Bengkel Imej Seanggun Gayamu THB Maintenance Sdn Bhd Pada 16 Mac 2020

Bengkel Imej Seanggun Gayamu – Awaken Training & Consultancy Sdn Bhd

Alhamdulillah, Awaken Training & Consultancy Sdn Bhd telah dilantik sebagai penyedia khidmat latihan oleh THB Maintenance Sdn Bhd untuk mengendalikan Bengkel Imej Seanggun Gayamu pada 16 Mac 2020, bertempat di Hotel Urban Inn, Alor Setar.

Tahniah kepada semua peserta yang hadir untuk memantapkan ilmu dan kemahiran dalam bengkel Imej ini, dan memberikan komitmen yang sangat baik sepanjang kursus berlangsung.

Bengkel Seanggun Gayamu

Bengkel Seanggun Gayamu

Bengkel Imej Seanggun Gayamu ini bertujuan untuk membantu para peserta yang terdiri daripada para wanita bekerjaya, memantapkan imej dan personaliti diri serta meningkatkan kemahiran dalam keterampilan diri termasuk teknik gaya berpakaian, gaya berhijab dan teknik solekan.

Menurut kajian, dalam masa 15 saat dari detik pertemuan pertama, orang yang baru dikenali akan membuat pelbagai tanggapan mengenai diri, peribadi dan kehidupan anda, semata-mata berdasarkan penampilan anda. Sekiranya mereka tidak kenal anda, perhubungan pertama di antara kita dan orang lain adalah berdasarkan apa yang mampu dilihat oleh mata semata-mata. Pandangan mata itu akan dibawa dan diproses di otak dan di hati dan mereka akan mula membuat penilaian tentang peribadi, kredibiliti, kemampuan melaksanakan tugasan, boleh dipercayai serta sifat-sifat lain.

Apabila orang yang kita temui memberi reaksi positif, mereka akan lebih yakin tentang kemampuan kita menjalankan tugas, prestasi, kredibiliti dan profesionalisme diri kita. Sebaliknya jika imej kita negatif, ia tidak akan mendatangkan rasa hormat orang lain terhadap kerjaya kita, peribadi dan kemampuan kita dalam mejalankan tugas yang diamanahkan.

Bengkel Seanggun Gayamu

Bengkel Seanggun Gayamu

Bengkel Seanggun Gayamu

Bengkel Seanggun Gayamu

Bengkel Imej Seanggun Gayamu ini memberikan teknik berpenampilan dan panduan pemakaian wanita muslimah bekerjaya, usahawan dan surimah. Kini ramai Muslimah yang bekerja dan tidak kurang juga yang bekerja sendiri. Namun masih ada yang kurang pasti apakah pakaian kerja yang dipakai, hijab yang digayakan dan solekan yang dikenakan selama ini benar-benar sesuai dengan kehendak bidang kerjaya dan personaliti mereka.

Sekiranya tiada panduan dan kayu ukur dalam meletakkan apakah busana dan gaya penempilan yang sesuai ke pejabat, besar kemungkinan ramai ke pejabat yang kelihatan terlalu santai atau terlalu menarik perhatian. Pemakaian, gaya hijab dan solekan yang betul, kemas dan sempurna di tempat kerja atau ketika menghadiri urusan penting akan melahirkan satu keyakinan kepada kita secara peribadi dan mampu meyakinkan orang lain untuk berurusan secara selesa dengan kita.

Bengkel Imej Seanggun

Bengkel Imej Seanggun Gayamu

Bengkel Imej Seanggun

Pelbagai gaya bertudung bukanlah penentu utama untuk memastikan penampilan anda menarik. Ia harus dimulakan dengan ilmu dalam mengenali bentuk wajah wanita.

Dengan mengenali dan memahami bentuk wajah, kita tidak akan membuang masa dan wang membeli atau mencuba tudung dan mengenakan gaya bertudung yang tidak sesuai dengan bentuk wajah. Usah terpengaruh dengan individu lain yang kelihatan cantik mengenakan gaya/ ikatan bertudung tertentu kerana gaya bertudung itu mungkin sesuai dengan bentuk wajahnya tetapi tidak dengan bentuk wajah kita.

Selain daripada itu, antara faktor yang perlu diambil kira ialah pilihan fabrik, saiz tudung, cara ikatan tudung, corak dan warna akan turut mempengaruhi rupa paras.

Pemilihan tudung dan gaya tudung juga turut ditentukan oleh majlis, suasana  dan tempat yang dihadiri. Seorang wanita yang bekerjaya dan profesional ketika berurusan adalah tidak sesuai menggunakan selendang yang dibelit dengan pelbagai fesyen, tampak merimaskan dan berserabut contohnya selendang dibelit berkali-kali di sekeliling kepala kemudian baki selendang dibiarkan jatuh melepasi lutut.

Cara tudung digayakan harus kemas, menutup aurat dan praktikal.

Bengkel Imej Seanggun Gayamu

Bengkel Imej Seanggun Gayamu

Bengkel Imej Seanggun Gayamu

Kami Awaken Training & Consultancy Sdn Bhd berharap agar setiap peserta yang menghadiri Bengkel Imej Seanggun Gayamu anjuran THB Maintenance ini dapat mengaplikasikan segala ilmu yang dikongsikan. Kami mendoakan agar para peserta mampu menggunakan seluruh kelebihan dan potensi diri melalui ilmu yang diperolehi daripada kursus ini seterusnya mampu  melonjak dan terbang lebih tinggi dalam bidang masing-masing, dalam kehidupan personal dan juga kerjaya profesional, in sha Allah.

Bengkel Imej Seanggun Gayamu

Terima kasih atas sambutan dan maklumbalas yang memberangsangkan daripada peserta-peserta yang hadir. Kami kongsikan sebahagian daripada komen dan pendapat peserta yang hadir mengenai Bengkel Imej Seanggun Gayamu ini :

  1. Menarik – Nur Najmi Azmi – Personal Assistant
  2. Penceramah memiliki ilmu yang mendalam – Norhafiza Bt Mhd Jamil – Admin Assistant
  3. Bagus – Fatimah Bt Zakaria – Admin Assistant
  4. Good!! – Aimi Zawani Bt Mohd Zuber – Contract Assistant
  5. Penyampaian sangat jelas – Nurul Anis Bt Md Dud – Admin Assistant

Anda berminat untuk mengadakan Bengkel Seanggun Gayamu ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci bengkel ini beserta sebutharga!

Related posts

0 0 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x