Bengkel Keterampilan Diri & Etiket Sosial | PWB | 19 November 2017

Pengetahuan dan kemahiran mengenai etiket sosial bukan sahaja melibatkan aplikasi semasa menganjurkan majlis, program dan keramaian tetapi juga turut digunakan dalam kerja-kerja dan tugasan seharian. Individu yang mampu mempraktikkan ilmu etiket sosial akan lebih disenangi dalam pergaulan, dilihat yakin, profesional dan berketerampilan.

Bengkel Ketrampilan Diri & Etiket Sosial

Penganjuran kursus ini adalah supaya setiap peserta yang hadir lebih memahami dan dapat mengaplikasikan ilmu etiket sosial terutamanya semasa menghadiri keramaian dan sebarang bentuk majlis termasuklah majlis rasmi.

Bengkel Keterampilan Diri & Etiket Sosial

Pada 19 Novemeber 2017, Pihak Awaken Training & Consultancy Sdn Bhd telah dijemput oleh Pusat Wanita Berdaya untuk mengendalikan Bengkel Keterampilan Diri & Etiket Sosial yang berlangsung di Carlton Holiday Hotel & Suites, Shah Alam.

Bengkel Keterampilan Diri & Etiket Sosial Bengkel Keterampilan Diri & Etiket SosialBengkel Keterampilan Diri & Etiket Sosial

Melaui bengkel ini, para peserta telah mempelajari dan mempraktikkan etiket sosial ketika menghadiri keramaian dan majlis rasmi di antara rakan sekerja, tetamu, pelanggan dan orang-orang kehormat. Bukan itu sahaja, para peserta juga telah mempelajari tatacara penampilan diri ketika menghadiri majlis-majlis rasmi.

Keterampilan Diri & Etiket Sosial

Kami kongsikan antara maklum balas dan pendapat daripada para peserta secara keseluruhan berkaitan Bengkel Keterampilan Diri & Etiket Imej ini :

  1. “Bengkel Keterampilan Diri & Etiket Sosial ini sangat membantu para wanita untuk berkeyakinan dan berketerampilan” .- Rafidah Abu Bakar (Pengusaha Taska)
  2. “Saya sangat berpuas hati dengan bengkel ini kerana penceramah amat sporting dan enjoy masa program dijalankan”. – Kamsiah Ali
  3. “Penyampaian yang sangat jelas, tidak boring dan kelakar dengan lawak jenaka” .- Nor Asiah Salleh (Freelance Artist)
  4. “Penceramah Bengkel Keterampilan Diri & Etiket Sosial pandai menarik perhatian peserta”. – Fatin Najwa
  5. “Bengkel ini sangat memuaskan” . -Siti Daharah Ismail (Senior Accountant Assistant)
  6. “Penceramah dalam bengkel ini sangat baik dan penjelasan yang diberikan sangat detail”.  -Rokiah Daud
  7. “Cara penyampaian penceramah di dalam bengkel keterampilan diri & etiket sosial ini sangat bagus dan boleh difahami”. – Siti Hajar Abdul Kadir
  8. “Penceramah bengkel keterampilan diri & etiket sosial sangat bagus dan dapat menarik perhatian audience” . – Mariah Abdullah
  9. “Bengkel Keterampilan Diri & Etiket Sosial ini terbaik”. – Zarina Ahmad
  10. “Pada pendapat saya, gaya penyampaian penceramah sangat bagus”. – Helmiah Asri

Anda berminat untuk mengadakan bengkel ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci bengkel ini beserta sebutharga!

Related posts

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
1 Comment
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Norra
5 years ago

Cam best.. Utk berkumpulan je ke

1
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x