Kursus Customer Services For Frontliners – How To Serve With Love UTMSpace Services Sdn Bhd Pada 5 February 2020

Kursus Customer Services For Frontliners – How To Serve With Love.

Alhamdulillah, pada 5 Februari 2020 yang lalu Awaken Training & Consultancy Sdn Bhd telah dilantik sebagai penyedia khidmat latihan oleh Kolej SPACE untuk mengendalikan Kursus Customer Services For Frontliners – How To Serve With Love bertempat di Bilik Latihan UTMSPACE KL, Tingkat 2 (Podium) Bangunan Residensi UTMKL. Seramai 20 orang peserta yang terdiri daripada pensyarah, pensyarah kanan, penolong eksekutif, pembantu am, eksekutif HEP dan eksekutif  berkumpul di sini  bagi mendapatkan ilmu dan teknik terbaru dalam ilmu dan kemahiran perkhidmatan pelanggan profesional.

Kursus Customer Services For Frontliners - Perunding Imej Malaysia

Profesionalisme dalam perkhidmatan pelanggan termasuklah melayani pelanggan dengan sifat kasih sayang. Sifat kasih sayang itu akan mendorong seseorang petugas melayani pelanggan/tetamu dengan penuh kebaikan, kesegeraan, empati dan belas kasihan. Kasih sayang antara petugas dengan pelanggan akan terjalin apabila hati mereka dibekalkan keimanan. Firman Allah SWT;

Terjemahan: Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, Allah yang melimpah-limpah rahmatnya akan menanamkan bagi mereka dalam hati orang ramai perasaan kasih sayang. (Surah Mariam 19:96).

Seseorang petugas yang memberi layanan yang baik kepada tetamunya, bukanlah kerana tetamunya itu seorang yang istimewa atau mempunyai kedudukan yang tinggi atau mempunyai kelebihan, tetapi adalah semata-mata akur kepada seruan Allah SWT supaya mengasihi sesama insan. Tidak ada layanan double-standart terhadap mana-mana pelanggan kerana kebaikan dan kasih sayang itu bukan kerana siapa pelanggan tersebut tetapi melayani pelanggan dengan sifat kasih sayang adalah kerana Allah SWT semata-mata seperti dalam sebuah hadith;

Terjemahan: Diriwayatkan daripada Anas (RA) katanya: Nabi SAW bersabda: Tiga perkara, jika terdapat di dalam diri seseorang maka dengan perkara itulah dia akan memperolehi kemanisan iman: Seseorang yang mencintai Allah dan RasulNya lebih daripada selain keduanya, mencintai seseorang hanya kerana Allah, tidak suka kembali kepada kekafiran setelah Allah menyelamatkannya dari kekafiran itu, sebagaimana dia juga tidak suka dicampakkan ke dalam Neraka. (Hadith diriwayatkan oleh al Bukhari dan Muslim).

Hadith di atas menyentuh berkenaan seseorang itu akan merasai kenikmatan beriman kepada Allah SWT apabila mereka berkasih sayang sesama manusia adalah semata-mata kerana Allah, bukanlah disebabkan mempunyai kepentingan tertentu. Oleh yang demikian, sebagai kakitangan frontliner yang profesional, mereka melayani pelanggannya itu sesuai dengan perintah Allah SWT dan ingin mencari keredhaanNya.

Kursus Customer Services For Frontliners – How To Serve With Love  ini menunjukkan secara terperinci bagaimana sikap yang betul terhadap pelanggan, tingkah-laku, nada suara, pemilihan perkataan, adab dan etiket bisnes serta komunikasi profesional ketika berurusan dengan pelanggan atas prinsip kasih-sayang sesama manusia dalam mengejar redha Allah swt. Kursus ini juga diadakan bertujuan untuk memantapkan kemahiran para peserta ketika berhadapan dan berurusan dengan aduan pelanggan, terutamanya pelanggan yang mencabar, meliputi aspek kemahiran dalam mempamerkan imej dan ketrampilan diri yang profesional, etiket dan tingkah laku yang menyenangkan serta kemahiran komunikasi yang mantap dan berkeyakinan, seterusnya akan meningkatkan persepsi positif pelanggan terhadap imej dan reputasi organisasi. In sha Allah semoga bermanfaat kepada semua yang hadir dan dikongsikan kepada keseluruhan organisasi. Semoga semakin maju dan cemerlang serta diterima dan diganjari segala amal kebaikan dengan setinggi-tinggi ganjaran, in sha Allah.

Kursus Customer Services

Kursus Customer Services

Kursus Customer Services

Kursus Customer Services

Perkhidmatan pelanggan yang profesional juga termasuklah membina dan memastikan hubungan yang amat baik dengan para pelanggan. Kebolehan untuk mengendali aduan adalah bahagian penting di dalam perhubungan antara pelanggan dan organisasi. Proses perkhidmatan pelanggan tidak terhenti setakat pelanggan menerima produk atau perkhidmatan anda. Cabaran paling besar adalah tatkala pelanggan datang menyerang dan memerlukan bantuan anda untuk menyelesaikan masalah.

Kursus Customer Services

Kursus Customer Services

Kursus Customer Services

Pegawai yang berhadapan dengan pelanggan adalah petugas barisan hadapan yang merupakan wajah sesebuah organisasi, dan mereka adalah duta serta hero kepada organisasi tersebut. Kebolehan dan kemampuan petugas barisan hadapan ini berhadapan dan mengendalikan aduan pelanggan secara profesional merupakan aset bernilai kepada sesebuah organisasi. Personaliti, komunikasi dan tingkah-laku yang profesional bagi petugas barisan hadapan ketika berhadapan dengan pelanggan sangat penting kerana ia memberi kesan langsung terhadap kepuasan pelanggan, seterusnya memberi kesan besar kepada reputasi dan keuntungan sesebuah organisasi.

Kursus Customer Services

Kursus Customer Services

Kursus Customer Services

Kursus Customer Services

Semoga Kursus Customer Services For Frontliners – How To Serve With Love ini memberi semangat dan azam baru serta memantapkan lagi ilmu dan ketrampilan serta profesionalisme diri dalam menjalankan tanggungjawab kerja dengan penuh dedikasi.

Kursus Customer Services

Kami mengucapkan selamat maju jaya dan mendoakan yang terbaik untuk semua peserta.

Kami kongsikan antara maklum balas dan pendapat daripada para peserta secara keseluruhan berkaitan Kursus Customer Services For Frontliners  ini :

  1. Penceramah yang sangat bertenaga dan program ini memberi kesan pada saya – Norsyaheedan Bin Malek – Eksekutif
  2. Penceramah dan kursus yang diberikan sangat memuaskan, penyampaian mudah difahami dan banyak berikan kesan positif – Lyana Natasha Bt Mohammad Faizul – Pensyarah
  3. Penceramah bagus. Yang macam ini yang kita nak. Banyak ilmu dan kelakar – Ammar bin Salleh – Eksekutif HEP
  4. Isi kandungan yang jelas. Gaya penceramah yang efektif – Nik Farah Syahira Binti Nik Rahim – Penolong Eksekutif
  5. Cara penyampaian yang berkesan dan apa yang disampaikan amat membantu – Mohd Saifullah bin Yusof – Penolong Eksekutif
  6. Baik, peramah, dapat info yang baik, dapat menyelesaikan masalah – Abdullah Zakwan bin Zakaria – Pembantu Am/Driver
  7. Bagus, kursus ini mengajar cara-cara komunikasi pelanggan dengan betul – Aini Suraya Bt Isamil – Pensyarah
  8. Penceramah mantap – Nurul Najihah Binti Khairuddin – Pensyarah
  9. Keseluruhan mengenai penceramah dan program ini adalah memuaskan – Marsyiana Ahmad Murad – Pensyarah Kanan
  10. Insightful – Aiman Bin Ahmad – Pensyarah
  11. Bagus – Mohamed Soberi Md Isa – Pensyarah
  12. Penceramah berjaya membuatkan saya tidak tertidur – Nurfarhana Bt Zahari – Pensyarah
  13. Best dan terbaik – Siti Syaheera Binti Aminudin – Pensyarah

Anda berminat untuk mengadakan Kursus Customer Services For Frontliners – How To Serve With Love ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci bengkel ini beserta sebutharga!

Related posts

0 0 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x