Kursus Pemantapan Imej Dan Etiket Sosial Hospital Sultan Ismail Petra Pada 24 – 25 Ogos 2020

Kursus Pemantapan Imej Personaliti Dan Etiket Sosial

Alhamdulillah, pada 24-25 Ogos 2020 yang lalu Awaken Training & Consultancy Sdn Bhd telah dilantik sebagai penyedia khidmat latihan oleh Unit Latihan Hospital Sultan Ismail Petra (HISP)  untuk mengendalikan Kursus Pemantapan Imej Dan Etiket Sosial bertempat di Auditorium Raffelsia, Hospital Sultan Ismail Petra (HISP). Seramai 69 orang peserta yang terdiri daripada Pegawai, Penolong Pegawai, Jururawat dan Pembantu Tadbir berkumpul di sini bagi mendapatkan ilmu dan teknik terkini dalam pengurusan imej dan etiket sosial.

Penjenamaan imej yang sesuai dan tepat adalah mudah apabila kita jelas dengan keperluan jawatan dan hala tuju karier dan organisasi kita, seterusnya kita mampu memadankan imej personal kita dengan imej organisasi tempat kita bekerja. Banyak yang boleh dirumuskan dengan hanya melihat penampilan seseorang. Persepsi orang lain terhadap imej kita akan membentuk kesimpulan mereka terhadap organisasi kita seterusnya mempengaruhi tahap kebolehpercayaan dan penerimaan serta tindakan mereka.

Keterampilan diri dan personaliti seorang pekerja yang menarik merupakan aset bernilai kepada sesebuah organisasi. Reputasi pekerja akan meningkat dan berkembang apabila mempunyai personaliti yang profesional dari segi penampilan, etika dan komunikasi. Personaliti yang profesional bagi seorang pekerja sangat penting kerana ia memberi kesan langsung terhadap kepuasan pelanggan, seterusnya memberi kesan besar kepada reputasi dan keuntungan sesebuah organisasi. Personaliti bukan sahaja merujuk kepada cara berpakaian, paras rupa atau keadaaan fizikal seseorang. Dalam dunia profesional, personaliti adalah pakej diri yang mengandungi kualiti dan ciri-ciri seorang pekerja yang menggambarkan kompetensi dan karakternya semasa bekerja.

Imej Personaliti
Imej
Keterampilan diri seorang pekerja juga menjadi kayu ukur ketika berurusan dengan pelanggan dan orang lain seperti pengurus, penyelia, rakan sekerja dan staf. Ini bermakna, personaliti diri pekerja yang baik bukan sahaja mewakili kredibiliti dirinya, malah melambangkan reputasi organisasinya. Program ini akan memberikan ilmu, kemahiran, panduan dan preskripsi yang spesifik membolehkan kemajuan peserta dalam memantapkapkan ketrampilan diri dan personalitinya. Program ini berbentuk diagnos di mana setiap peserta terlibat akan dinilai dan diperiksa akan keadaan imej semasanya. Kemudian, diberikan panduan dan preskripsi yang spesifik membolehkan kemajuan peserta dalam meningkatkan imej dirinya.
Imej Personaliti
Imej Personaliti
Imej Personaliti
Imej Personaliti
Kursus ini bertujuan untuk :
  • Memantapkan imej dan personaliti
  • Menonjolkan imej profesional dan korporat
  • Membentuk personaliti yang berkeyakinan
  • Berupaya menyampaikan sesuatu perkara dengan baik dan tidak beremosi.
  • Know how to carry yourself professionally
Imej Personaliti
Terima kasih atas sambutan dan maklumbalas yang memberangsangkan daripada peserta-peserta yang hadir. Kami mendoakan kejayaan yang cemerlang untuk setiap peserta yang hadir, semoga perkongsian ilmu ini memberi impak dalam kehidupan kerjaya dan peribadi semua peserta yang hadir ini. Kami kongsikan sebahagian daripada komen dan pendapat peserta yang hadir mengenai Kursus Pemantapan Imej & Etiket Sosial ini :
  1. Penceramah sangat bagus. Kursus yang seronok dan penerangan dari penceramah amat jelas – Wan hamidah Bt Wan Mohd Din – Ketua Jururawat U32
  2. Amat baik, amat cemerlang dlm memberi input dan contoh yang bersesuaian dengan tajuk yang diberi. TQSM Pn Raihan…..huyeee! – Shabibah Muhammad – Juruteknologi Makmal Perubatan
  3. Penyampaian penceramah adalah amat baik dan perjalanan kursus secara keseluruhan cemerlang – Rohayu Daud – Pen. Pegawai Tadbir
  4. Penyampaian sampai kepada saya, sedikit pun tidak mengantuk semasa berkursus. Program ini sangat bagus untuk penjawat awam – Farah Shahida Haryani – Jurupulih Perubatan Fisioterapi
  5. Penceramah seorang yang amat ceria dan mesra. Setiap topik yang disampaikan mudah difahami beserta contoh. – Normahizam Maliki – Pen. Pegawai Penyediaan Makanan.
  6. Penceramah yang hebat dan program ini perlu diteruskan untuk semua kakitangan – Anisah Binti Noor – Ketua Jururawat
  7. Intipati yang bagus dan penceramah yang sopan – Farah Hanim Mamat – Pen. Pegawai Perubatan
  8. Baik dan memberi ilmu pengetahuan lebih – Nur Alia Naznin Bt Ibrahim – Occupational Theropist
  9. Penceramah memberi penjelasan yang jelas dan gaya persembahan yang menarik serta mudah difahami – Noorasibah Bt Adam – Penyelia Jururawat
  10. Penceramah yang penuh bersemangat dan kursus yang memberi motivasi diri – Emelia Ariffin – JT U32 KUP
  11. Amat memuaskan sebab kursus ini dapat memberi kesedaran kepada penjawat awam dalam tuntutan kerja yang berkualiti – Siti Nor Rizan Bt Mat Jusof – Jururawat KUP U32
  12. Sangat bagus – Zaiton Bt Ghazali – Jururawat U32 (KUP)
  13. Gaya penyampaian bagus – Che Nordiana Bt Che Deraman – Ketua Jururawat
  14. Sangat hebat. Mudah faham. Ceria dan cantik. – Siti Noor Fazani Falawati Binti Shahrul Alam – JM U24(KUP)
  15. Penceramah yang berpengalaman. Penggunaan bahasa dan bahasa badan yang mudah difahami. Berpakaian kemas – Halimatussa’diyyah Binti Haji Mohamad – Pegawai Khidmat Pelanggan
  16. Terbaik, tidak membosankan dan mudah difahami – Masayuti Binti Ahmad – Jururawat U29
  17. Terbaik, ilmu yang sangat bagus – Fauzah Binti Mohamad – UD41
  18. Secara keseluruhannya penceramah kursus ini terbaik – Wan Latipah Wan Ibrahim – Penyelia Jururawat
  19. Baik dan memberi manfaat – Suzyana Binti Muhammad – Pen. Pegawai Penyediaan Makanan
  20. Seorang penceramah yang berkaliber – Ruzita Binti Pauzi – Jururawat Terlatih
  21. Sangat bagus dan penyampaian yang amat jelas dan senang dipelajari – Rosnolailaaspa Binti Ghazali – Pembantu Pembedahan Pergigian
  22. Gaya dan informasi penyampaian yang menarik dan berkesan – Azmani Ab Manaf – Pegawai Perubatan
  23. Bagus dan baik – Syeed Mohamad Aiman Bin Mahiyuddin – Penolong Pegawai Perubatan
  24. Secara keseluruhan semua topik amat menarik dan penceramah (Pn Raihan) mampu memberi ceramah yang terbaik – Siti Zainab Mat Salleh – Penyelia Jururawat
  25. Ceria dan berpengetahuan – Amer Hakimi Bin Mohd Adnan – P.Jurutera JA29
  26. Berkarisma – Siti Rohanis Zakariah – Pembantu Tadbir
  27. Sangat baik dan profesional – Siti Nor Saarah Bt Abdullah – Jururawat Terlatih
  28. Menarik dan tidak bosan – Siti Zulaikha Bt Mohd Razak – PT N19
  29. Bagus dan tidak membosankan – Cik Rosnani Bt Che Hassan – Ketua Jururawat
  30. Professional & attractive – Rosminee Binti Hussin – Medical Lab Technologist
  31. Cemerlang – Lili Khuzaimah Hamzah – P/Jururawat
  32. Penyampaian jelas, sesuai dengan topik – Nurul Akmal Binti Mohamed – Pembantu Tadbir N19
  33. Penceramah yang sangat berpengalaman & program yang menarik – Muhammad Fitri Bin Mamat – Penolong Jurutera
  34. Mampu menarik minat peserta mendengar isi kandungan ceramah beliau – Dr Nur Hafizah Kamarudin – Pegawai Perubatan
  35. Terbaik, terima kasih atas ilmu yang disampaikan – Norshahira Binti Abd Rahman – Jururawat.
  36. Sangat enjoy – Nurul Farhanim Binti Mohd Radzuan – Pegawai Khidmat Pelanggan
  37. Baik dan bagus untuk pengetahuan semua staff – Cik Marini Che Kamaruddin – Ketua Jururawat
  38. Sangat baik dan dapat memberi inspirasi – Ruzana Binti Ahmad – Jururawat
  39. Sangat ceria. Sangat bersemangat. Sangat menarik – Nazifatulakma Zakaria – Pembantu Tadbir
  40. Secara keseluruhan program ini banyak memberi ilmu – Nik Saffwati Azwa Bt Nik Md’ail – Pembantu Pembedahan Pergigian
  41. Sangat baik – Shahrul Zamani – Pembantu Operasi
  42. Sangat bagus dan saya sangat berpuas hati. TQ Puan Raihan dan Team – Eny Rosafida Jamaludin – Medical Lab Technologist
Imej Personaliti
Anda berminat untuk mengadakan Kursus Pemantapan Imej Dan Etiket Sosial ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci bengkel ini beserta sebutharga.

Related posts

0 0 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x