Kursus Imej Profesional Online Institut Pengurusan Veterinar (IPV) Pada 21 hingga 22 Julai 2020

Kursus Imej Profesional Online

Berakhir 2 hari Kursus Imej Profesional Online bersama 55 orang peserta daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar dari seluruh Malaysia, anjuran Institut Pengurusan Veterinar (IPV), Cheras.

Terima kasih kepada Institut Pengurusan Veterinar (IPV), Cheras,  di atas peluang dan kepercayaan untuk kami mengendalikan Kursus Pemantapan Imej Profesional & Etiket Sosial ini buat kali kedua. Apa yang istimewanya mengenai kursus ini berbanding Kursus Pemantapan Imej & Etiket Sosial yang diadakan oleh pihak IPV pada tahun lepas, kursus kali ini dijalankan secara online virtual learning, atau pembelajaran maya dalam talian, memandangkan tarikh yang dijadulkan untuk kursus ini berlangsung adalah ketika negara kita berada dalam tempoh Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Kursus Imej Profesional Online ini menggunakan platform Webex meeting dan Xsplit Broadcaster dan berlangsung selama dua hari iaitu bermula dari 21 hingga 22 Julai 2020.

Mengambil kira cabaran semasa krisis pandemik yang melanda secara global dan turut mengikuti perkembangan industri berasaskan kepada penyampaian secara digital dan dalam talian, Perunding Imej Malaysia telah menyahut cabaran ini dengan merintis dan menerokai kaedah penyampaian modul kami secara digital maya dan dalam talian. Atas inisiatif ini kami telah membangunkan modul-modul serta kaedah penyampaian yang bersesuaian dengan cabaran era digital maya dan dalam talian.

Kursus Imej Profesional Online

Kursus Imej Profesional Online

Kursus  Imej Profesional Online

Kursus  Imej Profesional Online

Kursus Imej Profesional Online

Kursus Imej Profesional Online

Alhamdulillah, walaupun Kursus Imej Profesional Online selama 2 hari ini dijalankan secara online virtual learning, atau pembelajaran maya dalam talian, namun kesemua 6 modul yang dirancang dalam kursus ini berjaya disampaikan dengan lancar dan berkesan menggunakan platform Webex meeting dan Xsplit Broadcaster.

Kesemua peserta berada di pejabat dan institut Jabatan Perkhidmatan Veterinar di negeri masing-masing dan Trainer bersiaran langsung secara maya dari pejabat Awaken Training & Consultancy Kelana Jaya. Kelas online virtual learning, atau pembelajaran maya dalam talian ini adalah satu teknologi yang sangat bermanfaat untuk mengendalikan latihan dengan berkesan walaupun Trainer dan para peserta tidak berada dan berkumpul dalam satu kelas fizikal. Hanya dipisahkan oleh jasad namun kelas maya ini berjaya membawa perhatian, fikiran, minda dan tumpuan setiap peserta untuk mengikuti kursus ini dan berinteraksi di antara satu sama lain dengan amat berkesan.

Kursus Imej Profesional Online

Kursus Imej Profesional Online

Kursus Pemantapan Imej Online Virtual Learning

Kursus Imej Profesional Online

Kursus Imej Profesional Online ini bertujuan untuk meningkatkan imej profesional organisasi dengan membantu para peserta memahami konsep etiket sosial dengan baik, berupaya memahami serta mengamalkan kaedah komunikasi secara formal dan tidak formal dengan baik, berupaya memahami serta mengamalkan tatacara berpakaian formal, semi-formal dan tidak formal mengikut kesesuaian tempat dan majlis, memahami serta mengamalkan adab-adab kesopanan ketika bersosial dan berupaya mempraktikkan kaedah-kaedah bersesuaian untuk tampil hebat dan memancarkan positive vibes ketika berurusan dengan pelanggan, tetamu, VIP, rakan sekerja dan sesiapa sahaja.

Personaliti yang profesional bagi seorang pekerja sangat penting kerana ia memberi kesan langsung terhadap kepuasan pelanggan, seterusnya memberi kesan besar kepada reputasi dan  keuntungan sesebuah organisasi.  Personaliti bukan sahaja merujuk kepada cara berpakaian, paras rupa atau keadaaan fizikal seseorang. Dalam dunia profesional, personaliti adalah pakej diri yang mengandungi kualiti dan ciri-ciri seorang pekerja yang menggambarkan kompetensi dan karakternya semasa bekerja.

Kursus Imej Profesional Online

Kursus Imej Profesional Online

Kursus Imej Online Virtual Learning

Kami mendoakan agar segala perkongsian selama 2 hari ini bermanfaat kepada kesemua peserta untuk semakin hebat dan berketrampilan dalam kerjaya dan kehidupan, in sha Allah. Terima kasih di atas sambutan dan maklumbalas yang memberangsangkan daripada peserta-peserta yang hadir.

Kami kongsikan sebahagian daripada komen dan pendapat peserta daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar yang hadir mengenai Kursus Imej Profesional Online ini :

  1. Secara keseluruhan, penceramah berjaya menarik perhatian peserta dan kursus ini amat berguna untuk diaplikasikan dalam kehidupan kerja seharian – Fazleen binti Abdul Rahman – Penolong Pengarah Kanan
  2. Kursus ini sangat menyeronokkan! – Dr. Aisyah binti Aminuddin – Pegawai Veterinar
  3. Terbaik – Dr. Syed Zulkifli bin Syed Zainulabidin – Pegawai Veterinar
  4. Penceramah terbaik, bersemangat, cerdik dan bijak! – Dr Syamsiah binti Abdul Ghani – Penolong Pengarah Kanan (BLKP) L2
  5. Penyampaian yang mudah difahami – Dr. Shahidayani binti Safee – Pegawai Veterinar
  6. Kursus ini sangat bermanfaat – Dr Azita Hanim binti Hashim Ghani – Pegawai Veterinar
  7. Kursus yang sangat baik bagi meningkatkan imej profesionalisme dengan penceramah yang sangat informatif dan sentiasa berinteraksi bersama peserta – Kamilah Nazifah binti Kamin- Penolong Pengarah
  8. Very good – Dr. Mohd Ridzuan Bin Noorzahari – Pegawai Veterinar
  9. Penceramah mempunyai berpengetahuan yang tinggi dan dapat menyampaikan bahan kursus dengan baik – Marni binti Sapar – Pegawai Penyelidik
  10. Penceramah berpengalaman dan mempunyai interaksi yang baik dengan peserta – Dr. Wan Nor’Amirah Diana binti Hishamnuri – Pegawai Veterinar, GV41
  11. Terbaik – Dr Wan Aini binti Wan Mahamood – Pegawai veterinar
  12. Penceramah dan program ini bagus dan sangat membantu dalam meningkatkan imej dan etiket sosial saya – Zulriyana binti Mohammad – Penolong Pegawai Sains
  13. Berpuashati – Dr. Zurina Binti Ramli – Pegawai Veterinar
  14. Penceramah sangat berpengalaman dalam menyampaikan input kursus ini – Nur’izzah binti Mohd Ishak – Pegawai Tadbir dan Diplomatik
  15. Bertauliah! – Muhammad Amir Farhan bin Mohamad Zarif – Penolong Pegawai Veterinar
  16. Cemerlang dan bertenaga – Sariza binti Mohamad – Setiausaha Pejabat N29
  17. Penceramah mempunyai pengetahuan yang mendalam berkenaan topik yang dibincangkan dan dapat memberikan contoh-contoh yang bernas – Jalila binti Md Sanusi – Pembantu Tadbir (P/O) N19
  18. Profesional dan sopan santun – Mohamad Zaki bin Mohamad Amin – Penolong Pegawai Veterinar
  19. Penceramah bijak berinteraksi dengan baik bersama peserta biarpun program ini dijalankan secara dalam talian – Nurul Aimi Syahirah binti Abdul Rahimi – Pembantu Tadbir (p/o) N19
  20. Penceramah seorang yang berkaliber dan mempunyai ilmu yang sangat luas – Rahayu binti Mohamad Yunus – Pembantu Tadbir (P/O) N22 TBBK
  21. Imej dan penampilan sangat kemas – Norul Intan Safina binti Othman – Pembantu Tadbir (p/o) n19
  22. Kursus ini bagus – Juliana binti Jamal – N19
  23. Ilmu yang disampaikan dalam kursus ini amat berguna untuk penjawat awam – Farahainna Bt Mohd Adni – Pembantu veterinar
  24. Tahniah kepada Puan Raihan kerana berjaya mengendalikan kursus ini dengan baik – Rosni bt Salleh – Pembantu Tadbir
  25. Memang bagus penjelasan penceramah dan saya berharap saya dapat mempraktikkan cara, adab dan etiket sosial yang disampaikan – Sathiyaeni a/p Gaunseelan – Pembantu Veterinar
  26. Penyampaian yang baik – Wan Noor Jumirah binti Wan Ya’kub – Penolong Pegawai Tadbir N29
  27. Pn Raihan awesome dan sweet – Geethamalar Sathayah – G29 AVO
  28. Penceramah berjaya menyampaikan ceramah dengan baik dan memberikan maklumat yang berkesan – Nor Arniza binti Kasim – Pembantu Tadbir(p/o)
  29. Bagus – Khadijah binti Mustaffa – Penolong Pegawai Sains
  30. Sangat baik dan cemerlang – Syamsul Syawal bin Ismail – Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)
  31. Penyampaian yang sangat bernas – Nor Maya binti Mohamed – Penolong Akauntan W29(KUP)
  32. Menarik dan sesuai – Faridah@Faridzah binti Ismail – Pegawai Penyelidik
  33. Sangat bagus – Nor Liza binti Mansor – Penolong Pegawai Tadbir Kanan N36
  34. Dramatik and expressive – Mohamad Fazil Bin Hj Khalil Azmi – Penolong Pegawai Veterinar
  35. Terbaik – Shaarani bin Mohd Zolkurnain  – N19
  36. Penceramah yang bagus dan bertenaga – Salina binti Mat Ali – Pembantu Tadbir Kanan

Kursus Imej Profesional Online

Anda berminat untuk mengadakan Kursus Imej Profesional Online Virtual Learning  ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci bengkel ini beserta sebutharga!

Related posts

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x