Kursus Temuduga Kenaikan Pangkat (Grooming For Promotion) UITM Sabah Pada 13 Februari 2019

Kursus Ketrampilan Diri UITM Sabah

Tim Perunding Imej Malaysia telah dilantik sebagai penyedia khidmat latihan oleh Institut Kepimpinan Dan Pembangunan (ILD) Universiti Teknologi Mara (UITM) untuk mengendalikan Kursus Temuduga Kenaikan Pangkat Dan Ketrampilan Diri  UITM Sabah pada 13 Februari 2019, bertempat di UITM Kampus Sabah.

Kursus Ketrampilan Diri UITM Sabah Kursus Ketrampilan Diri UITM Sabah

Jutaan penghargaan kepada pihak Institut Kepimpinan Dan Pembangunan (ILD) atas jemputan dan kepercayaan untuk kami mengendalikan Kursus Temuduga Kenaikan Pangkat Dan Ketrampilan Diri UITM Sabah (Grooming For Promotion) ini kepada para pensyarah kanan UITM Sabah yang akan melalui proses kenaikan pangkat kepada jawatan yang lebih tinggi.

Kursus Temuduga Kenaikan Pangkat – Kursus Temuduga Kenaikan Pangkat Dan Ketrampilan Diri UITM Sabah ini bertujuan untuk melengkapkan ilmu terkini berkaitan ketrampilan dan pemakaian calon lelaki dan wanita untuk temuduga kenaikan pangkat kerja, serta mengetahui kaedah bagaimana untuk bersedia menjawab soalan-soalan temuduga dengan cara yang akan membuat penemuduga tertarik kepada mereka. Mereka juga diberikan kemahiran bagaimana untuk memperkenalkan diri dengan menarik dan berbeza kepada panel penemuduga.

Kursus Ketrampilan Diri UITM Sabah

Kursus ini juga dapat meningkatkan kefahaman proses pengambilan dalam organisasi dan mengambil inisiatif dalam menerapkan teknik strategi menghadiri temuduga kenaikan pangkat yang betul.

Personaliti seorang tenaga pengajar universiti yang profesional bukan sahaja merujuk kepada cara berpakaian, paras rupa atau keadaaan fizikal. Dalam dunia profesional, personaliti adalah pakej diri yang mengandungi kualiti dan ciri-ciri seorang individu yang menggambarkan kompetensi dan karakternya semasa menjalankan tugas dan amanah yang diberikan.

Trend pekerjaan masa kini kian berubah. Perubahan itu amat sukar bagi mereka yang mencari kerja. Menurut statistik yang dilaporkan pada tahun 2016, bilangan penganggur yang terdiri daripada pelajar universiti dan kumpulan yang lain dianggarkan 540 ribu orang, dan angka ini dijangka meningkat lagi disebabkan oleh ‘pemberhentian’ atau pemotongan pekerjaan yang dibuat oleh syarikat-syarikat besar berikutan kemelesetan ekonomi.

Kursus Ketrampilan Diri UITM Sabah

Syarikat yang menawarkan peluang pekerjaan lebih berhati-hati dalam memilih calon yang akan bekerja dengan mereka. Mereka juga tidak akan teragak-agak untuk menolak permohonan daripada calon yang memohon kerja jika standard dan kualiti resume calon dan temuduga serta penmapilan diri berada pada tahap yang tidak memuaskan.

Oleh itu, Kursus Temuduga Kenaikan Pangkat  Ketrampilan Diri UITM Sabah ini amat perlu diadakan untuk membantu mereka yang memerlukan bantuan dalam meningkatkan kemahiran untuk temu duga dan tatacara berpakaian agar dapat membantu mereka untuk mendapatkan peluang yang lebih luas untuk kenaikan pangkat ke peringkat kerjaya yang lebih tinggi.

Di samping itu, kursus ini secara tidak langsung mampu memotivasikan serta menaikkan semangat para peserta untuk membina personaliti profesional yang diingini oleh majikan serta memperbaiki imej diri dan meningkatkan profesionalisme dalam kerjaya dan keperibadian.

Terima kasih atas sambutan dan maklumbalas yang memberangsangkan daripada peserta-peserta yang hadir Kursus Temuduga Kenaikan Pangkat Dan Ketrampilan Diri UITM Sabah ini.

Kursus Ketrampilan Diri UITM Sabah

Anda berminat untuk mengadakan kursus ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci bengkel ini beserta sebutharga!

Related posts

Leave your comment Required fields are marked *