Kursus Khidmat Pelanggan 5 Bintang UTM Space Pada 24 – 25 Julai 2018

Kursus Khidmat Pelanggan 5 Bintang UTM Space ini telah berlangsung selama dua hari  pada 24 hingga 25 Julai 2018. . Tim Awaken Training & Consultancy Sdn Bhd telah dijemput oleh UTM Space untuk mengendalikan kursus ini bertempat di Pejabat UTM Space Johor Bahru.

Seramai hampir 35 orang peserta yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan UTM Space di seluruh Malaysia berkumpul di sini selama 2 hari ini bagi mendapatkan ilmu dan teknik terbaru dalam perkhidmatan pelanggan 5 bintang.

Kursus Khidmat Pelanggan 5 Bintang UTM Space Perunding Imej Malaysia

Kursus Khidmat Pelanggan 5 Bintang UTM Space ini diadakan bertujuan untuk memantapkan kemahiran para peserta ketika berhadapan dan berurusan dengan aduan pelanggan, terutamanya pelanggan yang mencabar, meliputi aspek kemahiran dalam mempamerkan imej dan ketrampilan diri yang profesional, etiket dan tingkah laku yang menyenangkan serta kemahiran komunikasi yang mantap dan berkeyakinan, seterusnya akan meningkatkan persepsi positif pelanggan terhadap imej dan reputasi organisasi.

 Kursus Khidmat Pelanggan 5 Bintang UTM Space Perunding Imej Malaysia

Perkhidmatan pelanggan termasuklah membina dan memastikan hubungan yang amat baik dengan para pelanggan. Kebolehan untuk mengendali aduan adalah bahagian penting di dalam perhubungan antara pelanggan dan organisasi. Proses perkhidmatan pelanggan tidak terhenti setakat pelanggan menerima produk atau perkhidmatan anda. Cabaran paling besar adalah tatkala pelanggan datang menyerang dan memerlukan bantuan anda untuk menyelesaikan masalah.

Kursus Khidmat Pelanggan 5 Bintang UTM Space Perunding Imej Malaysia

Pegawai yang berhadapan dengan pelanggan adalah petugas barisan hadapan yang merupakan wajah sesebuah organisasi, dan mereka adalah duta serta hero kepada organisasi tersebut. Kebolehan dan kemampuan petugas barisan hadapan ini berhadapan dan mengendalikan aduan pelanggan secara profesional merupakan aset bernilai kepada sesebuah organisasi. Personaliti, komunikasi dan tingkah-laku yang profesional bagi petugas barisan hadapan ketika berhadapan dengan pelanggan sangat penting kerana ia memberi kesan langsung terhadap kepuasan pelanggan, seterusnya memberi kesan besar kepada reputasi dan keuntungan sesebuah organisasi.

Semoga kursus Kursus Khidmat Pelanggan 5 Bintang UTM Space ini memberi semangat dan azam baru serta memantapkan lagi ilmu dan ketrampilan serta profesionalisme diri dalam menjalankan tanggungjawab kerja dengan penuh dedikasi.

Kami mengucapkan selamat maju jaya dan mendoakan yang terbaik untuk semua peserta.

Kursus Khidmat Pelanggan 5 Bintang UTM Space Perunding Imej malaysia

Kami kongsikan antara maklum balas dan pendapat daripada para peserta secara keseluruhan berkaitan Kursus Khidmat Pelanggan 5 Bintang UTM Space ini :

  1. Pengisian kursus sangat baik dan jelas – Anwar bin Ibrahim – Pembantu Tadbir
  2. Penceramah mampu menyampaikan ceramah dengan baik sekali dan keseluruhan program ini sangat cemerlang! – Norehan binti Rejali – Pembantu Tadbir Kanan
  3. Secara keseluruhan, program ini sangat berguna dan boleh diguna pakai untuk staf yang terlibat dengan pelanggan. Penceramah juga sangat terbuka dan sentiasa memberi info yang lebih – Nik Nadiah Syahirah binti Nik Anuay – Eksekutif
  4. Sangat baik – Muhammad Yusof bin Mohd Noor – Pembantu Tadbir
  5. Amat baik – Furizan bin Adnan – Penolong Ekesekutif Kanan
  6. Wow! – Norfatiha binti Md Noh – Pembantu Tadbir Kanan
  7. Program sangat baik manakala penceramah telah berjaya menyampaikan kursus dengan baik – Mohd noor Azlizan bin Senin – Eksekutif
  8. Awesome! – Nurul Athma binti Mohd Shukry – Eksekutif
  9. Baik dan memuaskan! – Suzielawati binti Djoni @ Johan – Pembantu Tadbir
  10. Amat baik – Nor Fatin binti Ahamad – Pembantu Tadbir
  11. Bagus, baik, berkesan! – Siti Azyrimah binti Abdul Rahim – Pembantu Tadbir
  12. Penceramah yang memberi penjelasan yang baik untuk soalan yang dikemukakan. Program yang berguna untuk peserta dari segi kandungan dan cara penyampaian – Norizan binti Abu Bakar – Pembantu Tadbir
  13. Terbaik – Muhammad Amirul Hakim bin Mazlan – Penolong Pegawai
  14. Best – Rabiyatul Dalila binti Rosli – Kerani
  15. Program dan penceramah yang baik – Khairiel Idzham bin Nordin – Eksekutif
  16. Bagus & menarik dari segi penerangan – Mohd Fazli bin Mohd Isa – Kerani
  17. Baik – Siti Habibah binti Sa’aban – Eksekutif
  18. Terbaik dan mudah sesuai dengan situasi – Mohd Nazri bin Nordin – Pembantu Tadbir
  19. Awesome & Wow!!! – Mohd Nazren bin Zainal Abidin – Pembantu Tadbir
  20. Baik- Kahirul Azry bin Ahmad – Penolong Eksekutif
  21. Peramah, mesra dan cantik – Nur Faradiana binti Ruhazat – Pembantu Tadbir
  22. Bagus, sangat berguna untuk masa akan datang – Norshahina binti Selamat – Kerani
  23. Terbaik – Nassyuha Assyillah binti Abdul Samad – Eksekutif
  24. Cool dan tidak menyentuh perasaan mana-mana individu – Mohd Sasman bin Samuri – Pengawal
  25. Sangat Terbaik- Muhammad Abdul Rauf bin Abdullah Sani – Pembantu Tadbir

Anda berminat untuk mengadakan Kursus Khidmat Pelanggan 5 Bintang ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci bengkel ini beserta sebutharga!

Related posts

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x