Kursus Pemandu Profesional FELDA pada 11 – 12 Mac 2019

Kursus Pemandu Profesional FELDA  Wilayah Mempaga pada 11 – 12 Mac 2019.

Awaken Training & Consultancy Sdn Bhd telah diamanahkan untuk mengendalikan Kursus Pemandu Profesional pada 11 – 12 Mac 2019 yang lalu oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) Wilayah Mempaga bertempat di Pusat Latihan Kerteh, Felda Kerteh 2 Paka Terengganu.

Kursus Pemandu ProfesionalMemandu adalah aktiviti rutin bagi seseorang pekerja. Terutama sekali bagi mereka yang terlibat dalam logistik, contohnya seperti pemandu kenderaan penghantaran dan operator kurier. Di Malaysia, statistik kemalangan jalan raya menunjukkan data yang membimbangkan. Pekerja mengalami kemalangan semasa pergi dan pulang dari kerja setiap hari.

Kursus Pemandu Profesional ini bertujuan untuk membantu peserta berubah ke arah lebih selamat dan produktif. Program ini direka dengan aktiviti yang seronok supaya peserta boleh belajar dengan lebih cepat. Ia juga membantu mereka membentuk perubahan positif yang kekal.

Kursus Pemandu ProfesionalKursus Pemandu ProfesionalKepada semua peserta dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Kursus Pemandu Profesional ini, kami ucapkan jutaan terima kasih atas penyertaan dan komitmen anda yang hebat. Segala input dan semangat yang diperolehi dalam kursus  ini semoga memberikan motivasi dan menjadi inspirasi untuk menjayakan segala tugasan dan amanah yang diberikan dengan sebaiknya.

Antara objektif Kursus Pemandu Profesional ini adalah seperti berikut :

  • Meningkatkan kesedaran dan memberi kefahaman dalam melaksanakan peranan dan tanggungjawab sebagai seorang pemandu dan penyelia kenderaan organisasi.
  • Menerapkan etika, budaya dan teknik-teknik pemanduan yang berdisiplin dan berhemah serta mematuhi akta pengangkutan jalanraya.
  • Memahami dan mengamalkan prinsip pemanduan defensif dalam kaedah pemanduan harian.
  • Membina minda professional memperbaiki kualiti dan keselamatan diri mereka di tempat kerja dan kehidupan seharian.
  • Memahami dan mengenalpasti hazard di jalan raya.
  • Menggunakan Pelan Perjalanan Selamat untuk perjalanan mereka.
  • Menggunakan Senarai Semak Pemeriksaan Kenderaan.

Kursus Pemandu ProfesionalKursus Pemandu Profesional Felda Wilayah Mempaga ini berorientasikan pemindahan ilmu dan kemahiran kepada para peserta. Peserta akan diminta untuk melakukan sendiri secara berkumpulan dan individu setiap gerak kerja yang diperlukan. Bagi memantapkan penguasaan ilmu dan kemahiran, peserta perlu melakukan aktiviti secara ‘hands on’ dengan beberapa latihan dan simulasi yang dirangka khusus berasaskan kumpulan dan individu.

Selama 2 hari  berlangsung, terdapat enam modul pembelajaran yang dikongsikan secara teori dan praktikal kepada semua peserta yang hadir dalam Kursus Pemandu Profesional FELDA  ini. Antaranya ialah Modul Take Charge! Safety, Apakah itu Kemalangan dan puncanya, Senarai semak Pemeriksaan Kenderaan, Teknik Defensive Driving, Merancang Perjalanan dan Melaporkan Insiden Kemalangan Pekerjaan.Kursus Pemandu Profesional

Kursus Pemandu Profesional

Anda berminat untuk mengadakan Kursus Pemandu Profesional ini di tempat anda? Hubungi kami untuk mendapatkan maklumat terperinci bengkel ini beserta sebutharga!

Related posts

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x