Kursus Penampilan Profesional SIRIM | 28 November 2018

Kursus Penampilan Profesional SIRIM

Tim Perunding Imej Malaysia telah dilantik sebagai penyedia khidmat latihan oleh Sirim Berhad Shah Alam untuk mengendalikan Kursus Penampilan Profesional & Etiket Sosial pada 28 November 2018, bertempat di Bilik Taklimat, Bangunan 5, Tingkat 3, Sirim Berhad, Shah Alam, Selangor.

Kursus Penampilan Profesional SIRIM

Sekalung penghargaan kepada pihak Sirim Berhad Shah Alam atas jemputan dan kepercayaan untuk kami mengendalikan Kursus Penampilan Profesional SIRIM ini kepada para pegawai dan eksekutif kanan SIRIM BERHA.

Kepada semua peserta dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan kursus ini, kami ucapkan jutaan terima kasih atas penyertaan dan komitmen anda yang hebat. Segala input dan semangat yang diperolehi dalam Kursus Penampilan Profesional & Etiket Sosial Sirim Berhad ini semoga bermanfaat kepada semua peserta yang hadir agar terus berjaya dengan cemerlang dalam kerjaya dan kehidupan.

Kursus Penampilan Profesional SIRIM

Kursus Penampilan Profesional SIRIM

Keterampilan diri dan personaliti seorang pekerja yang menarik merupakan aset bernilai kepada sesebuah organisasi. Reputasi pekerja akan meningkat dan berkembang apabila mempunyai personaliti yang profesional dari segi penampilan, etika dan komunikasi. Personaliti yang profesional bagi seorang pekerja sangat penting kerana ia memberi kesan langsung terhadap kepuasan pelanggan, seterusnya memberi kesan besar kepada reputasi dan  keuntungan sesebuah organisasi.  Personaliti bukan sahaja merujuk kepada cara berpakaian, paras rupa atau keadaaan fizikal seseorang. Dalam dunia profesional, personaliti adalah pakej diri yang mengandungi kualiti dan ciri-ciri seorang pekerja yang menggambarkan kompetensi dan karakternya semasa bekerja.

Kursus Penampilan Profesional SIRIM

Kursus Penampilan Profesional SIRIM

Keterampilan diri seorang pekerja juga menjadi kayu ukur ketika berurusan dengan pelanggan dan orang lain seperti pengurus, penyelia, rakan sekerja dan staf. Ini bermakna, personaliti diri pekerja yang baik bukan sahaja mewakili kredibiliti dirinya, malah melambangkan reputasi organisasinya. Program ini akan memberikan ilmu, kemahiran, panduan dan preskripsi yang spesifik membolehkan kemajuan peserta dalam memantapkapkan ketrampilan diri dan personalitinya. Program ini berbentuk diagnos di mana setiap peserta terlibat akan dinilai dan diperiksa akan keadaan imej semasanya. Kemudian, diberikan panduan dan preskripsi yang spesifik membolehkan kemajuan peserta dalam meningkatkan imej dirinya.

Kursus Penampilan Profesional SIRIM

Kursus Penampilan Profesional SIRIM

Kursus Penampilan Profesional SIRIM ini bertujuan untuk meningkatkan imej profesional organisasi dengan membantu para peserta yang merupakan para pegawai dan eksekutif kanan SIRIM memahami konsep etiket sosial dengan baik, berupaya memahami serta mengamalkan tatacara berpakaian formal, semi-formal dan tidak formal mengikut kesesuaian tempat dan majlis, memahami serta mengamalkan adab-adab kesopanan ketika bersosial dan berupaya mempraktikkan kaedah-kaedah bersesuaian untuk tampil hebat dan memancarkan positive vibes ketika berurusan.

Kursus Penampilan Profesional SIRIM

Selain daripada itu, objektif Kursus Penampilan Profesional SIRIM ini adalah seperti berikut :

  1. Mengetahui kesan langsung keterampilan diri terhadap reputasi dirinya dan reputasi organisasi di mana beliau bekerja.
  2. Menyedari kesilapan-kesilapan dalam keterampilan diri yang boleh memusnahkan reputasi profesional diri dan organisasi.
  3. Mengenalpasti kod pakaian dalam penampilan (korporat, formal, semi formal dan tidak formal), mengikut masa, majlis dan tempat.
  4. Mengenalpasti gaya personaliti diri dan bagaimana meningkatkan gaya personaliti profesional.
  5. Mempraktikkan etiket sosial dan adab perhubungan di antara rakan sekerja, tetamu, pelanggan dan orang kenamaan, untuk lebih bertatatertib dan disenangi dalam pergaulan dan urusan kerja.

Kursus Penampilan Profesional SIRIM

Terima kasih atas sambutan dan maklumbalas yang memberangsangkan daripada peserta-peserta yang hadir. Kami kongsikan sebahagian daripada komen dan pendapat peserta yang hadir mengenai Kursus Penampilan Profesional SIRIM ini :

    1. Very good! (Sarimah Othong – Perunding Utama)
    2. Professional, contoh yang diberi senang difahami, knowledgeable dengan tajuk kursus (Zuhaidah Bt Shahbudin – Senior Executive)
    3. Amat baik dan the way communication (Zainal Hj. Mustapa – Senior Executive)
    4. Dapat menyampaikan mesej dengan jelas (Rusmawati Binti Mokhtar – Eksekutif Kanan)
    5. Menambah pengetahuan saya berkenaan penampilan professional dan etiket sosial (Yusmaiza Yunos – Senior Executive)
    6. Penyampaian yang jelas dan program yang baik dalam mempertingkatkan imej seseorang (Noraida Md Salleh – Eksekutif Kanan)
    7. Knowledgeable and makes the programme enjoyable (Zalinda Binti Baharum – Senior Consultant)
    8. Baik & sangat berpengetahuan (Noor Rauna – Consultant)
    9. Sangat cekap & berpengalaman (Azli Azwan – Senior Executive)
    10. Bagus (Liza – Senior Executive)
    11. Sangat bagus (Mahnom Mohd. Yusof – Senior Executive)
    12. Sangat baik (Muhammad Faiz Bin Ismail –Marketing)
    13. Best (Anijah)

 

Anda berminat untuk mengadakan bengkel ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci bengkel ini beserta sebutharga!

Related posts

Leave your comment Required fields are marked *