Kursus Pengucapan Awam Berkesan Yayasan Selangor

Kursus Pengucapan Awam Berkesan – Gentar, takut dan kurang yakin untuk bercakap di hadapan ramai orang ! Perasaan ini dihadapi oleh ramai orang termasuk mereka yang berkelulusan dan berpendidikan tinggi. Walaupun ada yang bergelar ketua dan biasa memberikan arahan kepada kakitangan bawahan, tidak semestinya seseorang itu mempunyai keberanian berucap di hadapan ramai orang. Bukan semua orang mampu berdiri di hadapan orang ramai dan memberikan ucapan dengan penuh keyakinan.

Kursus Pengucapan Awam BerkesanTim Awaken Training & Consultancy Sdn Bhd telah dilantik oleh Yayasan Selangor untuk mengendalikan Kursus Pengucapan Awam Berkesan. Tahniah kepada pihak penganjur atas usaha penganjuran kursus ini dan tahniah kepada semua peserta atas komitmen dan minat yang luar biasa untuk memantapkan pakej personaliti diri yang hebat dengan mempelajari ilmu pengucapan awam ini.

 

Bagaimanapun apabila sedang membina dan mendaki tangga kerjaya, kita perlu cuba sedaya upaya menampilkan kebolehan dan keyakinan diri ketika diminta memberi ucapan.  Kemahiran pengucapan awam mampu melonjakkan kredibiliti dan ketrampilan diri kita dalam tangga membina kerjaya ke tahap yang tertinggi. Persiapkan diri dan penuhi ilmu dan kemahiran pengucapan awam dalam diri agar tidak kelam-kabut apabila perlu berhadapan dengan orang ramai dan berucap, sama ada menyampaikan ucapan, menyampaikan usul dan buah fikiran, memberikan arahan dan taklimat kerja, menyampaikan perkongsian dan presentasi di seminar-seminar atau ketika dijemput dalam slot bual-bicara di media.

Kursus Pengucapan Awam Berkesan

 

Dalam Kursus Pengucapan Awam Berkesan ini, para peserta yang hadir telah mempelajari teknik lontaran vokal dan nada suara yang mantap serta sebutan yang jelas dan berkredibiliti. Mereka juga mempelajari teknik untuk bagaimana kelihatan profesional dengan ketrampilan bahasa tubuh yang berpengaruh, dan gaya berucap yang meyakinkan. Dan yang paling hebat, para peserta didedahkan dengan rahsia bagaimana menyusun konten yang berpengaruh, menggunakan teknik konten marketing yang menyentuh butang logik, emosi dan tindakan, teknik menyusun flow yang berkesan menggunakan teknik empat penjuru, dan teknik memilih perkataan dan laras bahasa menggunakan ilmu bahasa multisensori.

Kursus Pengucapan Awam Berkesan

 

Di samping itu mereka mendapat teknik bonus membina pengaruh ucapan dengan teknik mirroring & matching, dan teknik metafora dalam memberi kejutan kepada audien. Kursus dijalankan dengan 70% daripada kaedah penyampaian adalah dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti praktikal dan latihan secara individu, berpasangan dan berkumpulan untuk memantapkan pemahaman dan memberi pengalaman sebenar kepada setiap peserta.

Terima kasih kepada penganjur di atas jemputan ini. Semoga ilmu yang dikongsikan beroleh nilai yang tinggi dan bermanfaat dalam melonjakkan kerjaya dan profesion setiap peserta, dan memperolehi kejayaan yang cemerlang dalam kehidupan di dunia dan akhirat.

Kursus Pengucapan Awam BerkesanKami kongsikan antara maklum balas dan pendapat daripada para peserta secara keseluruhan berkaitan Kursus Pengucapan Awam Berkesan Yayasan Selangor ini :

  1. Sempoi, berkeyakinan dan pengisian yang jelas. (Muhammad Ishrafil bin Azam, Eksekutif Pelatih)
  2. Kursus yang sangat baik ! (Nor Rizar Che Husin, Penyelia Kanan)
  3. Penceramah yang bagus dan amat berpengetahuan. (Muhammad Hanafi Mohd Kamal)
  4. Cara pengendalian kursus ini mudah difahami oleh peserta. (Mohd Nazrin bin Md Raji, Penyelia)
  5. Saya amat jelas dan faham. (Muhd Haziq b. Md Isa, Eksekutif Pelatih)
  6. Kursus ini bagus! (Muhamad Nur Muhaimin b. Jaafar,-)
  7. Penceramah dapat menyampaikan konten dengan baik dan mudah difahami. (Azmi bin Ahmad, Penyelia Kanan)
  8. Cemerlang! (Mohamad Hazrani bin Harun, Eksekutif)
  9. Kursus yang bagus! (Nor Umaimah binti Suhaimi)

Anda berminat untuk mengadakan bengkel ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci kursus ini beserta sebutharga!

 

Related posts

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x