Kursus Pengucapan Awam Pengurus Kawasan | Felcra Berhad | 2-4 Mei 2018

Awaken Training & Consultancy Sdn Bhd telah dilantik oleh Felcra Berhad untuk mengendalikan Kursus Pengucapan Awam Pengurus Kawasan kepada hampir 40 orang Pengurus Kawasan Felcra Berhad di seluruh Malaysia. Kursus yang berlangsung selama 3 hari 2 malam bermula pada 2 Mei dan berakhir pada 4 Mei ini berlangsung di Hotel New York, Johor Bahru. Tahniah kepada pihak penganjur atas usaha penganjuran kursus ini dan tahniah ahniah juga atas komitmen hebat setiap peserta yang hadir selam 3 hari 2 malam ini untukmenimba ilmu.

Para peserta terdiri daripada Pengurus Kawasan yang antara rutin tugasan mereka adalah sering memberikan ucapan sama ada berbentuk taklimat dan arahan kerja, pembentangan laporan, mengendalikan mesyuarat dan banyak lagi urusan yang mereka perlu tampil berucap. Mereka bukan sekadar memerlukan keyakinan diri yang tinggi untuk menyampaikan ucapan, malah mereka perlu mahir dengan teknik dan kreativiti menarik perhatian audien untuk mendengar ucapan mereka dan melaksanakan arahan kerja dengan berkesan.

Mereka juga memerlukan teknik menyusun konten dan ‘flow’ ucapan yang berkesan serta berpengaruh, mahir menggunakan ayat dan laras bahasa yang pelbagai dan multisensori untuk disesuaikan dengan audien mereka yang terdiri daripada staf di kalangan warga tempatan dan warga asing, audien yang terdiri daripada peserta felcra daripada pelbagai lapisan umur, dan dengan audien yang terdiri daripada tetamu agensi luar, VVIP dan pihak atasan.

Kursus Pengucapan Awam Pengurus Kawasan

Kursus Pengucapan Awam Pengurus Kawasan

Mereka bukan sekadar memberikan arahan, penerangan, laporan dan taklimat tugasan, namun dalam ucapan mereka perlu memberikan motivasi, inspirasi, pemahaman dan semangat untuk memastikan objektif hasil kerja tercapai.

Keberkesanan dalam pengucapan awam terletak kepada tiga perkara asas, iaitu diri pengucap, bahan yang ingin diucapkan dan teknik pengucapan. Idea atau buah fikiran yang paling hebat sekalipun tidak mungkin akan diterima dan berkesan kepada para pendengar sekiranya idea dan buah fikiran itu tidak disampaikan dengan berkesan.

Kursus Pengucapan Awam Pengurus KawasanKursus Pengucapan Awam Pengurus KawasanOleh itu, bagi memastikan para pendengar tertarik untuk mengikuti sesebuah pengucapan, memahami seterusnya mampu mengamalkan perkara-perkara yang disampaikan, amat penting seseorang pengucap mempelajari teknik pengucapan awam yang berkesan dan berpengaruh.

Kursus ini diadakan untuk memindahkan teknik-teknik dan kemahiran pengucapan awam serta ketrampilan bertutur yang berkesan agar para peserta terus dapat memperhebatkan teknik pengucapan awam dan ketrampilan bertutur mereka selepas tamat kursus ini.

Kursus pengucapan awam ini juga diadakan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran ketrampilan bertutur dengan memberikan para peserta kemahiran menggunakan teknik Kuasa ‘First Impression’-teknik ketrampilan bertutur dan posture tubuh yang mantap dan berpengaruh. Seni lontaran suara dan vokal yang padu, posture tubuh yang menarik dan berkesan serta kelebihan menarik perhatian pendengar dengan teknik metafora, konten marketing, formula ‘Matching’, formula penggunaan ayat dan perkataan ‘Multisensori’ dan teknik ‘Empat Penjuru’ adalah antara modul yang dikongsikan dengan para peserta yang hadir dalam Bengkel Transformasi Ketrampilan Pengucapan Awam Dan Ketrampilan Bertutur Profesional ini.

Anda berminat untuk mengadakan bengkel ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci kursus ini beserta sebutharga!

Related posts

Leave your comment Required fields are marked *