Kursus Pengurusan Acara Rasmi Dan Program Sosial | Institut Latihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (IDB) | 16 – 17 April 2019

Kursus Pengurusan Acara Rasmi Dan Program Sosial – Setinggi tahniah diucapkan kepada semua peserta yang menyertai Kursus Pengurusan Acara Rasmi Dan Program Sosial bagi Warga Institut Latihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur pada 16-17 April 2019 baru-baru ini. Terima kasih kepada Institut Latihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur kerana memberikan peluang kepada Awaken Training & Consultancy Sdn Bhd untuk mengendalikan kursus ini. Tahniah kepada pihak penganjur yang mengambil inisiatif mengadakan Kursus Pengurusan Acara Rasmi Dan Program Sosial bagi Warga Institut Latihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ini.

Kursus Pengurusan Acara Rasmi

Kursus Pengurusan Acara Rasmi

Kursus Pengurusan Acara Rasmi Dan Program Sosial ini bertujuan untuk menyediakan warga Institut Latihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang berilmu dan berpengetahuan untuk menjalankan tugas-tugas di setiap majlis yang dianjurkan dengan lancar, kemas dan tersusun.

Kursus Pengurusan Acara Rasmi

Kursus Pengurusan Acara Rasmi

Kursus Pengurusan Acara Rasmi

Pengetahuan dan kemahiran mengenai pengurursan acara, etiket sosial dan imej profesional bukan sahaja melibatkan aplikasi semasa menganjurkan majlis, program dan keramaian tetapi juga turut digunakan dalam kerja-kerja dan tugasan seharian. Para peserta yang memahami dan mempraktikkan ilmu pengurusan, etiket sosial dan imej profesional akan lebih berketerampilan dan berkeyakinan dalam melaksanakan tugas seterusnya menaikkan reputasi organisasi dan pertubuhan.

Kursus Pengurusan Acara Rasmi

Kursus Pengurusan Acara Rasmi

Kursus Pengurusan Acara Rasmi

Kursus Pengurusan Acara Rasmi

Antara objektif Kursus Pengurursan Acara Rasmi Dan Program Sosial ini adalah seperti berikut :

  • Memberi pengetahuan dan kefahaman tentang teori dan amalan pengurusan acara rasmi serta kemahiran sosial dalam urusan pengendalian majlis rasmi di Malaysia
  • Memberi panduan dan bimbingan tentang kaedah dan hala cara pengurusan pelbagai majlis berasaskan konsep dan amalan protokol sejagat
  • Menerapkan nilai-nilai kemahiran sosial supaya dapat meningkatkan lagi kemahiran diri apabila terlibat dalam pengendalian majlis yang pelbagai bentuk
  • Mengetahui tugas dan tanggungjawab urusetia iaitu pegawai protokol dan penyambut tetamu dalam mengendalikan majlis rasmi
  • Mengaplikasi pengurusan majlis rasmi melalui simulasi majlis rasmi di akhir kursus

Kursus Pengurusan Acara Rasmi Dan Program Sosial ini berorientasikan pemindahan ilmu dan kemahiran kepada para peserta. Peserta akan diminta untuk melakukan sendiri secara berkumpulan dan individu setiap gerak kerja yang diperlukan. Bagi memantapkan penguasaan ilmu dan kemahiran, peserta perlu melakukan aktiviti secara ‘hands on’ dengan beberapa latihan dan simulasi yang dirangka khusus berasaskan kumpulan dan individu dalam menganjurkan dan mengendali majlis rasmi.

Selama 2 hari kursus berlangsung, terdapat 7 modul pembelajaran yang dikongsikan secara teori dan praktikal kepada semua peserta yang hadir dalam Kursus Pengurusan Acara Rasmi Dan Program Sosial ini. Antaranya ialah Modul Pengenalan Kepada Protokol Dan Majlis, Modul Aplikasi Protokol Dalam Majlis, Modul Heirarki Tetamu Dalam Majlis, Modul Susunan Tempat Duduk Tetamu Dan VVIP Dalam Majlis, Etiket Sosial Tetamu Ketika Menghadiri Majlis Rasmi, Penampilan Dan Pemilihan Pakaian Yang Sesuai Mengikut Jenis Majlis dan lain-lain modul.

Kursus Pengurusan Acara Rasmi

Kami kongsikan antara maklum balas dan pendapat daripada para peserta secara keseluruhan berkaitan Kursus Pengurursan Acara Rasmi Dan Program Sosial ini :

    1. Penceramah pandai menarik perhatian dan memberikan contoh-contoh yang jelas – Saiful Azhar Ahmad – Pegawai Cawangan Titiwangsa
    2. Amat profesional dan penuh ilmu – Sahrizul Bin Saat – Pembantu Tadbir
    3. Baik dan berpengetahuan dan berpengalaman dalam bidang berkaitan kursus – Mohd Ridhuan
    4. Penyampaian yang baik – Fazdaruddin – Ketua Penyelaras
    5. Penceramah yang berpengetahuan – Azmi Abdul Hamid – PPT N40
    6. Penyampaian yang jelas dan tersusun – Mohd Farid B. Zulkafli – Penolong Jurutera Awam
    7. Sangat memuaskan – Anas Mohamad Mansor – Penolong Jurutera
    8. Penyampaian yang jelas – Rosmin Bt Rosman – Penolong Pegawai Perancang Bandar Dan Desa

Anda berminat untuk mengadakan bengkel ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci bengkel ini beserta sebutharga!

Related posts

Leave your comment Required fields are marked *