Kursus Penulisan Surat Rasmi, Memo Dan Penggunaan Tatabahasa Yang Betul Majlis Perbandaran Manjung Pada 3 – 4 November 2020

Kursus Penulisan Surat, Memo Dan Penggunaan Tatabahasa Yang Betul

Alhamdulillah, pada 3 dan 4 November 2020 yang lalu Awaken Training & Consultancy Sdn Bhd telah dilantik sebagai penyedia khidmat latihan oleh Majlis Perbandaran Manjung  untuk mengendalikan Kursus Penulisan Surat, Memo Dan Penggunaan Tatabahasa Yang Betul bertempat di Dewan Alamanda, Majlis Perbandaran Manjung.

Seramai 29 orang peserta yang terdiri daripada Pembantu Setiausaha Pejabat, Pembantu Tadbir, Penolong Akauntan, Pembantu Penilaian, Penolong Pegawai, Pembantu Awam, Pembantu Tadbir Kewangan dan Pembantu Operasi berkursus selama 2 hari bagi mendapatkan ilmu dan teknik terkini dalam penulisan surat, memo dan penggunaan tatabahasa yang betul.

Kursus Penulisan Surat
Peserta didedahkan dengan proses lengkap penyediaan dokumen rasmi yang berkesan bermula dari peringkat pra penulisan, penulisan dan pasca penulisan.

 

Kursus Penulisan Surat
Peserta didedahkan dengan contoh-contoh dokumen berkualiti yang pernah disediakan bagi tujuan rasmi. Contoh ini dirujuk sepanjang proses bengkel berjalan.

Terdapat mereka yang agak mengambil mudah mengenai kepentingan dokumen seperti surat rasmi, memo dan emel. Namun apabila diberikan tugasan bagi menyediakan dokumen berkenaan, hasilnya kadangkala mengecewakan dan tidak seperti yang dijangkakan. Realitinya, dokumen mudah ini membawa beban berat sebagai wakil organisasi dalam proses komunikasi tulisan.

Oleh yang demikian, kemahiran penyediaan dokumen rasmi pengurusan yang berkesan adalah kemahiran penting bukan sahaja bagi pegawai sokongan bahkan pegawai di peringkat atasan juga. Kemahiran ini wajar dikuasai oleh semua bagi menjamin kecekapan proses kerja, penjimatan masa dan tenaga, serta memberi kesan kepada reputasi dan imej profesional organisasi.

Ketiga-tiga dokumen iaitu surat rasmi, memo dan emel ini adalah instrumen utama dalam proses komunikasi bertulis dalam organisasi. Komponen tambahan yang akan dibincangkan adalah mengenai tatabahasa melayu yang digunakan merentas semua dokumen yang dinyatakan ini.

Kursus Penulisan Surat
Peserta diberikan latihan amali bagi pendedahan proses penyediaan dokumen rasmi pengurusan untuk memastikan maklumat yang dipelajari dapat dipraktikkan secara terus.

Kursus Penulisan Surat

Kami komited bagi memastikan objektif kursus ini selari dengan objektif memperkukuhkan kemampuan anggota organisasi dalam mengendali dan menguruskan dokumen rasmi secara berkesan.

MENGAPA KURSUS INI AMAT PERLU DILAKSANAKAN DI ORGANISASI?

  • Pendedahan kepada peserta mengenai format rasmi setiap kertas sesuai Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam (bagi agensi kerajaan) ataupun piawaian dan amalan industri swasta.
  • Pendedahan kepada peserta mengenai penggunaan tatabahasa melayu yang betul dalam komunikasi tulisan melibatkan penyediaan dokumen rasmi pengurusan.
  • Pendedahan kepada peserta mengenai proses lengkap penyediaan dokumen rasmi yang berkesan bermula dari peringkat pra penulisan, penulisan dan pasca penulisan.
  • Pelaksanaan latihan amali bagi proses penyediaan dokumen rasmi pengurusan bagi memastikan maklumat yang dipelajari dapat dipraktikkan secara terus.
  • Pendedahan kepada peserta dengan contoh-contoh dokumen berkualiti yang pernah disediakan bagi tujuan rasmi. Contoh ini dirujuk sepanjang proses bengkel berjalan.
  • Pendedahan kepada peserta mengenai keperluan penilaian profil pembaca dokumen rasmi bagi tujuan memastikan dokumen yang ditulis memenuhi matlamat penyediaannya.

 

 

Pendedahan kepada peserta mengenai format rasmi setiap kertas sesuai Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam (bagi agensi kerajaan) ataupun piawaian dan amalan industri swasta.

 

Kami mengucapkan selamat maju jaya dan mendoakan setiap peserta yang hadir akan dapat memanfaat sepenuhnya ilmu yang diperolehi ini untuk menambahbaik tugasan yang diamanahkan dan semakin cemerlang dalam mendaki tangga kejayaan dalam kerjaya serta kehidupan peribadi.

Kami kongsikan antara maklum balas dan pendapat daripada para peserta secara keseluruhan berkaitan Kursus Penulisan Surat, Memo Dan Penggunaan Tatabahasa Yang Betul ini :

  1. Pada keseluruhan kursus ini adalah yang terbaik antara kursus yang lain. – Norliza Mohamed – Pembantu Tadbir N22
  2. Penceramah secara bijaksana mampu menarik minat peserta dalam kesemua topik dengan aktiviti secara dua hala – Nurjuriah Binti Zakaria – Penolong Akauntan W29 KUP
  3. Sangat baik, mudah memahami dan seronok untuk belajar dengan beliau – Vhinothini A/P Appadorey – Pembantu Tadbir N19
  4. Sangat menarik dan memberi ilmu yang bermanfaat untuk melaksanakan tugas-tugas seharian – Raja Shalawati Binti Haship – Pembantu Tadbir N22 KUP
  5. Penceramah sangat bagus dan maklumat mudah difahami – Nurul Aimi Binti Raauddin – Pembantu Tadbir
  6. Sangat memuaskan dan menyampaikan secara jelas – Nor Hazwani Binti Abdul Wahab – Pembantu Tadbir N19
  7. Jelas difahami penyampaian dan  soal jawab yang berkesan – Nur Ain Binti Mohammad Isa – Pembantu Tadbir (N19)
  8. Penceramah yang terbaik – Fifi Nur Syahiera Binti Suhaimi – Pembantu Penilaian (W19)
  9. Penceramah menyampaikan dengan kemas dan teratur – Raja Zaliha Yahya – Pembantu Tadbir
  10. Sangat sporting, terbaik. Memberi ilmu dengan ikhlas – Rosuhaila Bt Jantan – Pembantu Tadbir
  11. Penyampaian Penceramah sangat menarik – Khamisah Binti MD Shah – Pembantu Tadbir
  12. Penceramah sangat menarik – Hamidah Binti Abd Kadir – Pembantu Tadbir Kewangan
  13. Sangat jelas dari segi penyampaian – Noratiqah Binti MD Saad – Pembantu Tadbir
  14. Sangat baik! Jemput datang lagi – Siti Zaleha Bt Hasan – Pembantu Tadbir N19
  15. Sangat bagus dari segi penyampaian – Hedzaida Binti Azamuddin – Pembantu Tadbir
  16. Penceramah yang sangat baik, handsome, sporting serta cara penerangan sangat jelas – Muhammad Faizzzwan Bin Dorahim – Pembantu Awam H11
  17. Penceramah seorang yang agresif, kelakar dan pandai menarik perhatian peserta untuk terus fokus mendengar di dalam kursus ini – Lily Hartini Binti Halidi – Pembantu Tadbir
  18. Sangat cemerlang – Mohd Redzuan Bin Abdul Rashid – Pembantu Tadbir

Kursus Penulisan Surat

Anda berminat untuk mengadakan Kursus Penulisan Surat, Memo Dan Penggunaan Tatabahasa Yang Betul ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci bengkel ini beserta sebutharga!

Related posts

0 0 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x