<b>Kursus Perkhidmatan Pelanggan dan Komunikasi Cemerlang</b> l Jabatan Imigresen Negeri Sembilan l 24 April 2019

Kursus Perkhidmatan Pelanggan Dan Komunikasi Cemerlang

Awaken Training & Consultancy dilantik sebagai penyedia khidmat latihan oleh Jabatan Imigresen Negeri Sembilan untuk mengendalikan Kursus Perkhidmatan Pelanggan Dan Komunikasi Cemerlang kepada  para pegawai Jabatan Imigresen Negeri Sembilan mereka pada 24 April 2019 yang lalu.

Jutaan penghargaan kepada Jabatan Imigresen Negeri Sembilan atas jemputan dan kepercayaan untuk kami mengendalikan Kursus Perkhidmatan Pelanggan Dan Komunikasi Cemerlang pada 24 April 2019 yang lalu bertempat di Wisma Persekutuan Seremban, Bilik SPR, Tingkat 6, Negeri Sembilan.

Kursus Perkhidmatan Pelanggan Dan Komunikasi

Kursus Perkhidmatan Pelanggan Dan Komunikasi Cemerlang ini diadakan bertujuan untuk memantapkan kemahiran para peserta ketika berhadapan dan berurusan dengan aduan pelanggan, terutamanya pelanggan yang mencabar, meliputi aspek kemahiran dalam mempamerkan imej dan ketrampilan diri yang profesional, etiket dan tingkah laku yang menyenangkan serta kemahiran komunikasi yang mantap dan berkeyakinan, seterusnya akan meningkatkan persepsi positif pelanggan terhadap imej dan reputasi organisasi.

Kursus Perkhidmatan Pelanggan Dan Komunikasi

Kursus Perkhidmatan Pelanggan Dan Komunikasi

Staf yang berhadapan dengan pelanggan adalah petugas barisan hadapan yang merupakan wajah sesebuah organisasi, dan mereka adalah duta serta hero kepada organisasi tersebut. Kebolehan dan kemampuan petugas barisan hadapan ini berhadapan dan mengendalikan aduan pelanggan secara profesional merupakan aset bernilai kepada sesebuah organisasi. Personaliti, komunikasi dan tingkah-laku yang profesional bagi petugas barisan hadapan ketika berhadapan dengan pelanggan sangat penting kerana ia memberi kesan langsung terhadap kepuasan pelanggan, seterusnya memberi kesan besar kepada reputasi dan keuntungan sesebuah syarikat.

Kursus Perkhidmatan Pelanggan Dan Komunikasi

Kursus Perkhidmatan Pelanggan Dan Komunikasi

Kursus ini juga memberikan prinsip yang amat penting dan kemahiran dalam berkomunikasi dengan para pelanggan serta bagaimana berkomunikasi secara berkesan terutamanya dengan pelanggan yang mencabar.

Semoga segala ilmu yang disampaikan dalam Kursus Perkhidmatan Pelanggan Dan Komunikasi Cemerlang ini menyuntik semangat dan motivasi para peserta yang hadir untuk berkhidmat dengan lebih cemerlang dan mampu menjalankan tanggungjawab kerja dengan penuh dedikasi.

Kursus Perkhidmatan Pelanggan Dan KomunikasiKursus Perkhidmatan Pelanggan Dan Komunikasi

Kami mengucapkan selamat maju jaya dan mendoakan yang terbaik untuk kesemua peserta.

Anda berminat untuk mengadakan  Kursus Perkhidmatan Pelanggan Dan Komunikasi Cemerlang ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci bengkel ini beserta sebutharga!

Related posts

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x