Kursus Potensi Diri Jabatan Perdana Menteri Putrajaya Pada 11 Februari 2020

Kursus Potensi Diri Jabatan Perdana Menteri Putrajaya Pada 11 Februari 2020.

Anda mungkin dapat menjadi cemerlang dalam kerja anda dengan bekerja keras dan dengan bersungguh-sungguh, namun kadang-kala usaha dan kerja keras itu tidak dapat dirasai oleh orang sekeliling anda apatah lagi untuk menghargai  kerja anda itu. Jangan lupa bahawa sebaik mana sekalipun kerja anda, orang tidak dapat menghargainya melainkan anda dapat memastikan agar nilai kerja anda itu diketahui oleh mereka dengan cara yang dapat difahami oleh mereka. Ini bermaksud selain bekerja keras dan bagus dalam melakukan pekerjaan anda, anda juga perlu bagus dan perlu memiliki kemampuan untuk memastikan orang lain menyedari nilai yang hebat pada diri dan kerja anda.

Jika anda seorang yang bagus dalam melakukan kerja namun pendiam dan tergamam apabila disuruh membentangkan kertas kerja, maka sekalipun kerja anda mungkin bagus, namun kerja anda yang bagus itu itu tidak dapat diketahui dan disedari oleh orang lain hanya kerana anda tidak memiliki kemahiran dalam komunikasi dan penyampaian yang berkesan. Begitu juga, jika anda bertemu dengan ketua tanpa membawa kertas kerja berkaitan yang disusun dengan berkesan, anda akan dianggap tidak cekap biarpun sehebat mana penyelidikan anda.

Maka untuk memperbaiki imej kerja anda, anda perlu menentukan apakah kemahiran dan nilai profesional kerja yang anda perlu bangunkan dan kembangkan, anda juga perlu menentukan bagaimana rakan sekerja anda melihat anda, dan anda perlu mengenal pasti kumpulan yang tepat yang ingin anda tonjolkan diri dan kerja anda yang berkualiti di syarikat itu. Anda tidak perlu tonjolkan kelebihan diri anda kepada semua orang, atau bukan semua orang anda perlu kagumkan. Namun ada orang atau kumpulan yang perlu tahu, perlu nampak dan perlu sedar kehebatan kerja anda malahan orang-orang ini memberi impak yang besar dalam masa hadapan kerja anda.

Setelah anda mengetahui bagaimana cara anda dipandang atau apakah imej anda di tempat kerja, maka input itu amat penting untuk anda menentukan hala tuju imej anda dalam syarikat, anda boleh merancang strategi bagaimana sepatutnya anda dilihat atau apakah imej diri yang perlu anda tonjolkan demi memajukan kerjaya dan reputasi anda dalam syarikat dan industri.

Kursus Potensi Diri ini akan membantu anda mengetahui bagaimana orang lain di tempat kerja melihat anda, bagaimana hendak membuat keputusan tentang kumpulan orang yang ingin anda kagumkan di tempat kerja anda dan bagaimana hendak mengubah imej anda untuk menyampaikan mesej yang tepat tentang kelebihan diri anda dan kehebatan kerja anda kepada setiap kumpulan. Kursus Potensi Diri ini juga menunjukkan cara bagaimana anda dapat menganalisa dan menggunakan kekuatan diri, dan membangunkan imej diri anda yang lebih mantap untuk memperolehi manfaat yang maksimum demi masa hadapan kerjaya dan kehidupan anda.

 

Alhamdulillah, pada 12 Februari 2020 yang lalu kami dijemput bekerjasama dengan Minda Training Consultant untuk mengendalikan Kursus Potensi Diri : Imej Profesional kepada para pembantu operasi Jabatan Perdana Menteri bertempat di INTAN Kampus Wilayah Selatan (IKWAS), Kluang Johor.

Seramai 19 orang peserta yang terdiri daripada pembantu operasi dari Jabatan Perdana Menteri Putrajaya berkumpul di sini  bagi mendapatkan ilmu dan meningkatkan imej profesional dengan menyedari potensi serta kelebihan diri seterusnya memantapkan tatacara penampilan diri secara profesional, meningkatkan personaliti diri dengan kemahiran komunikasi dan etiket sosial dengan lebih efektif, yang mampu memberi impak kepada orang lain terutama warga kementerian khususnya.

Kursus Potensi Diri

Kursus Potensi Diri

Kadang-kala ada sesetengah orang yang mungkin berfikir bahawa mereka langsung tidak mempunyai imej yang menyerlah. Ada yang merasakan pakaiannya seringkali tidak bersesuaian dengan keadaan atau urusana, ada yang gementar apabila bertemu dengan pelanggan, ada yang kurang yakin untuk berkomunikasi dan membuat pembentangan dan malah ada yang merasakan tiada siapa yang suka kepadanya. Kita semua kadangkala berfikiran demikian, namun benarkah? Ianya mungkin hanya imaginasi kita sahaja, jika benar masakan kita terpilih untuk menjawat jawatan dan mampu berada di tempat kita sekarang.

“What you think, it becomes….”

Apa yang kita fikir dan katakan kepada diri kita, itulah yang akan menjadi diri kita. Kita mampu menipu orang lain, namun kita tidak mampu menipu diri kita sendiri. Maka berhati-hati dengan apa yang kita fikirkan dan apa yang kita katakan pada diri kita setiap hari.

Kita mesti bermula dengan mengenalpasti apakah kekuatan yang ada pada diri kita supaya dapat dimanfaatkan dan dikembangkan kekuatan tersebut melalui kerjaya kita sekarang. Lebih banyak perhatian ditumpukan kepada kekuatan diri kita, maka lebih tajamlah kekuatan yang ada itu dan lebih banyaklah ruang untuk kekuatan itu boleh dimanfaatkan. Begitu juga sebaliknya apabila banyak perhatian ditumpukan kepada kelemahan diri kita, maka akan semakin ketara kelemahan diri kita itu dan semakin lemahlah semangat serta motivasi diri untuk cemerlang dalam kerjaya kita. Amat rugi bagi orang-orang yang seringkali memikirkan tentang kelemahan diri tanpa berusaha untuk segera mengatasinya.

Bagaimana caranya untuk kita menjadikan kekuatan diri kita bermanfaat kepada kerjaya dan syarikat/organisasi tempat kita bekerja ?

Bagaimana kita boleh menggunakan kelebihan diri itu untuk menaikkan imej dan reputasi diri kita?

Senaraikan kekuatan anda yang positif dalam melakukan kerja, contohnya seperti berikut:

  1. Saya sentiasa menyiapkan kerja tepat pada waktunya. Ini merupakan satu kelebihan dalam aspek imej anda yang boleh menaikkan kredibiliti diri anda. Tidaka ada orang yang tidak senang dengan orang yang dapat menyiapkan kerja tepat pada waktunya. Pastinya ketua anda akan menghargai anda dan melihat anda sebagai seorang kakitangan yang boleh diharapkan. Sekiranya kerja anda melibatkan berurusan dengan pelanggan, kelebihan anda ini akan mewujudkan kepercayaan di kalangan pelanggan syarikat untuk senang berurusan dengan syarikat anda, seterusnya menaikkan reputasi syarikat di mana anda bekerja. Reputasi yang sedemikian merupakan harta yang amat penting dan bernilai dalam syarikat dan perniagaan.
  2. Saya pendengar yang baik. Anda mungkin berasa bahawa anda terlalu pendiam dan mungkin merasakan ianya adalah satu bentuk kelemahan diri. Namun jika anda dapat menggunakan sifat pendiam itu untuk menjadi pendengar yang baik, maka itu adalah kekuatan diri anda yang jarang diperolehi oleh ramai orang. Anda hanya perlu mengembangkan kelebihan mendengar itu dengan menjadi seorang pendengar yang teliti dan berkualiti. Bukan hanya duduk mendengar dan menganggukkan kepala sahaja, namun berilah pendapat untuk menunjukkan bahawa anda memahami apa-apa yang diperkatakan oleh orang itu. Gunakanlah maklumat yang diperoleh itu dan bertindaklah berdasarkan maklumat tersebut. Jika ramai orang mendapati bahawa anda bukan sekadar mendengar tetapi mampu menganalisa dengan baik maklumat yang didengari itu dan memberikan pendapat yang mampu membantu orang lain, maka maka imej dan reputasi kerja anda akan meningkat dengan hebat.
  3. Saya suka bertemu dengan pelanggan. Imej anda akan meningkat jika anda sanggup bertemu muka dengan pelanggan. Bukan semua orang dapat suka bertemu pelanggan malah mengharapkan mereka diletakkan di bahagian yang tidak perlu berurusan dengan pelanggan. Anda boleh mengembangkan kelebihan ini dengan membangunkan kemahiran berkomunikasi dan berunding dengan pelanggan. Kelebihan ini sudah tentu mempunyai nilai yang tinggi dalam industri dan akan membawa anda pergi dengan lebih jauh dan cemerlang dalam kerjaya anda.

Kursus Ketrampilan Potensi Diri

Kursus Potensi Diri

Kursus Potensi Diri

KursusPotensi Diri

Anda berminat untuk mengadakan Kursus Potensi Diri : Imej Profesional ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci bengkel ini beserta sebutharga!

Related posts

0 0 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x