Kursus Transformasi Penampilan Dan Imej Profesional SUK Selangor Pada 3 Ogos 2018

Kursus Transformasi Penampilan Dan Imej Profesional SUK Selangor – Tim Perunding Imej Malaysia telah dilantik sebagai penyedia khidmat latihan oleh  Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor untuk mengendalikan Kursus Transformasi Penampilan Dan Imej Profesional pada 3 Ogos 2018, bertempat di Bilik Mesyuarat Kemboja, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Shah Alam .

Kursus Transformasi Penampilan Dan Imej Profesional SUK SelangorKursus Transformasi Penampilan Dan Imej Profesional SUK SelangorKursus Transformasi Penampilan Dan Imej Profesional SUK Selangor

Sekalung penghargaan kepada pihak Bahagian Pengurusan Sumber Manusia SUK Selangor atas jemputan dan kepercayaan untuk kami mengendalikan Kursus Transformasi Penampilan Dan Imej Profesional SUK Selangor ini. Kepada semua peserta dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan kursus ini, kami ucapkan jutaan terima kasih atas penyertaan dan komitmen anda yang hebat. Segala input dan semangat yang diperolehi dalam Kursus Transformasi Penampilan Dalam Imej Profesional SUK Selangor ini semoga bermanfaat agar kita terus berjaya dengan cemerlang dan bersyukur dengan kerjaya yang Allah kurniakan kepada kita.

Keterampilan diri dan personaliti seorang pekerja yang menarik merupakan aset bernilai kepada sesebuah organisasi. Reputasi pekerja akan meningkat dan berkembang apabila mempunyai personaliti yang professional dari segi penampilan, etika dan komunikasi. Personaliti yang profesional bagi seorang pekerja sangat penting kerana ia memberi kesan langsung terhadap kepuasan pelanggan, seterusnya memberi kesan besar kepada reputasi dan keuntungan sesebuah organisasi. Personaliti bukan sahaja merujuk kepada cara berpakaian, paras rupa atau keadaaan fizikal seseorang. Dalam dunia profesional, personaliti adalah pakej diri yang mengandungi kualiti dan ciri-ciri seorang pekerja yang menggambarkan kompetensi dan karakternya semasa bekerja.

Kursus Transformasi Penampilan Dan Imej Profesional SUK Selangor

Kursus Transformasi Penampilan Dan Imej Profesional SUK Selangor

Keterampilan diri seorang pekerja juga menjadi kayu ukur ketika berurusan dengan pelanggan dan orang lain seperti pengurus, penyelia, rakan sekerja dan staf. Ini bermakna, personaliti diri pekerja yang baik bukan sahaja mewakili kredibiliti dirinya, malah melambangkan reputasi organisasinya.

Kursus Transformasi Penampilan Dan Imej Profesional SUK Selangor ini memberikan ilmu, kemahiran, panduan dan preskripsi yang spesifik membolehkan kemajuan peserta dalam memantapkan ketrampilan diri dan personalitinya. Program ini berbentuk diagnos di mana setiap peserta terlibat akan dinilai dan diperiksa akan keadaan imej semasanya. Kemudian, diberikan panduan dan preskripsi yang spesifik membolehkan kemajuan peserta dalam meningkatkan imej dirinya.

Kursus Transformasi Penampilan Dan Imej Profesional SUK Selangor

Kursus Transformasi Penampilan Dan Imej Profesional SUK Selangor ini dikendalikan menggunakan teknologi metodologi latihan terkini di mana hampir 70% pengisian dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti pembelajaran secara individu, berpasangan dan berkumpulan. Kesemua aktiviti yang dijalankan telah dirangka dengan teliti bagi memastikan peserta dapat memahami semua modul dengan mudah dan berkesan.

Kursus Transformasi Penampilan Dan Imej Profesional SUK Selangor

Terima kasih atas sambutan dan maklumbalas yang memberansangkan daripada peserta-peserta yang hadir. Kami kongsikan sebahagian daripada komen dan pendapat peserta yang hadir mengenai Kursus Transformasi Penampilan Dan Imej Profesional SUK Selangor ini.

  1. Secara keseluruhannya, kursus ini sangat menarik dan sekarang saya lebih memahami pemakaian yang sesuai (Nur Shuhada Binti Mohd Yusuff, Penolong Pegawai Tadbir)
  2. Penceramah yang dapat menarik minat dan program yang membantu mengenali personaliti masing-masing (Aina Shahila Bt Shamsuddin, Pegawai Tadbir)
  3. Modul yang mudah difahami, penceramah yang ceria dan menyampaikan mesej dengan penuh bersemangat (Norhaffadila Ahmad Munir, Pegawai Tadbir)
  4. Kursus yang baik dan bermanfaat (Norfil Jannatul Naim, PA)
  5. Pengisian yang bagus! (Muhammad Asyraf, Pembantu Tadbir)
  6. Bagus! (Faimi Fajeley Bin Mohd Zubir, Pembantu Tadbir)
  7. Input yang sangat baik dan mudah dipraktikkan (Nurul Izzah Abdul Karim, PPP)
  8. Bagus! Mesej disampaikan jelas (Jariah Bt Saleh, Pembantu Operasi Taska)
  9. Sangat baik dan jelas (Norashidah Binti Mohd Kasim)

Anda berminat untuk mengadakan bengkel ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci bengkel ini beserta sebutharga!

Related posts

Leave your comment Required fields are marked *