Style Workshop : Pengurusan Imej Dan Personaliti | Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya | 11 April 2019

Style Workshop : Pengurusan Imej Dan Personaliti Bersempena Minggu Terbuka Akademi Pengajian Islam (MiTA) Pada 11 April 2019

Tim Perunding Imej Malaysia telah dijemput oleh Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya untuk menyampaikan Ceramah Style Workshop (Pengurusan Imej Dan Personaliti) pada 11 April 2019 yang lalu  kepada pelajar Akademi Pengajian Islam bertempat di Balai Ilmu @ The Cube Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

Program Style Workshop : Pengurusan Imej Dan Personaliti ini adalah slot khas ntuk menyampaikan perkongsian berkenaan modul  Kerjaya Dan Penataan Imej Diri kepada para peserta yag hadir yang merupakan pelajar dari pelbagai fakulti di Universiti Malya, terutamanya pelajar daripada Akademi Pengajian Islam. Program ini adalah bersempena Minggu Terbuka Akademi Pengajian pada tarikh 11 April 2019 tersebut.

Objektif program Style Workshop : Pengurusan Imej Dan Personaliti ini adalah untuk membantu para peserta memantapkan tatacara penampilan diri secara profesional, serta meningkatkan personaliti diri dan etiket sosial, menjenamakan diri untuk memiliki pakej yang diidamkan oleh majikan, memperbaiki imej diri dan meningkatkan profesionalisme dalam kerjaya dan keperibadian seterusnya akan membuka peluang untuk berjaya dalam temuduga kerja.

Bukan sekadar hanya untuk terpilih dipanggil menghadiri temuduga, slot Ceramah Imej ini juga memberikan pendedahan berkaitan alam pekerjaan yang bakal dilalui kelak oleh para pelajar. Penceramah turut menekankan persediaan dan pengurusan ‘wardrobe’ seawal kehidupan di universiti dan kolej agar para peserta lebih bersedia untuk melangkah ke dalam industri untuk menjalani latihan industri seterusnya memasuki alam pekerjaan.

Dalam slot ceramah Imej  ini, penceramah memberikan pendedahan pemakaian dan penampilan secara terperinci, dengan menunjukkan contoh-contoh pakaian kerja bagi calon pekerja lelaki dan wanita yang memenuhi kriteria penampilan yang diinginkan oleh majikan.

Pengurusan Imej Dan Personaliti

Antara pendedahan teknik berpakaian yang dikongsikan dengan para peserta ialah  pemilihan jenis, warna dan fabrik kemeja, seluar, baju kurung dan suit, jenis dan warna tali leher, jenis dan warna kasut, jenis dan warna stokin, jenis, saiz dan bilangan aksesori, jenis dan warna beg, gaya, warna dan jenis tudung (wanita) serta kombinasi ton warna dalam penggayaan profesional yang tepat bagi calon pekerja lelaki dan wanita.

Pengurusan Imej Dan Personaliti

Para peserta juga didedahkan dengan konsep penjenamaan diri secara profesional, iaitu proses di mana mengetengahkan peribadi diri menjadi profesional. Penjenamaan diri adalah berkaitan membuatkan bakal majikan serta masyarakat sedar kewujudan diri kita yang berbeza dan lebih baik daripada pesaing kita atau daripada  calon-calon yang lain. Penjenamaan diri yang bijak membantu meninggalkan gambaran jelas tentang diri kita yang akan sentiasa diingati oleh majikan dan pelanggan.

Pengurusan Imej Dan Personaliti

Penceramah juga memberikan pendedahan bagaimana menjenamakan diri sebagai seorang yang hanya satu dalam sejuta, yang cemerlang dan berbakat, dan mempunyai pakej yang tersendiri, luaran dan dalaman.

Pengurusan Imej Dan Personaliti

Kriteria penting yang perlu ada pada setiap graduan ialah etika dan ketrampilan diri yang membolehkan mereka memikat hati serta meyakinkan bakal majikan bahawa mereka berupaya bersaing dan sama-sama memajukan organisasi. Kesemua kriteria ini adalah pakej diri yang mengandungi kualiti dan ciri-ciri seorang graduan yang menggambarkan kompetensi dan karakternya sebagai persediaaan untuk menjalani latihan dalam industri dan semasa bekerja nanti.Pengurusan Imej Dan Personaliti

Pengurusan Imej Dan Personaliti

Sekalung penghargaan kepada pihak Akademi Pengajian Islam Universiti Malaysia atas jemputan dan kepercayaan untuk kami mengendalikan Ceramah Style Workshop ini. Kepada semua peserta dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis ilmu ini, kami ucapkan jutaan terima kasih atas penyertaan dan komitmen anda yang hebat. Kami mendoakan agar semua peserta yang hadir dapat memanfaatkan dan mengaplikasikan segala input yang diberikan dalam program ini untuk lebih bersemangat dalam merancang hala tuju kerjaya dan kehidupan mereka selepas ini. Terima kasih juga atas sambutan dan maklumbalas yang memberangsangkan daripada peserta-peserta yang hadir.Pengurusan Imej Dan Personaliti

Pengurusan Imej Dan Personaliti

Kami kongsikan antara maklum balas dan pendapat daripada para peserta secara keseluruhan berkaitan Ceramah Style Workshop ini :

  1. Sesi kursus ini sangat bermanfaat kerana diberikan penerangan secara jelas – Umaimah Zanuri – Pelajar
  2. Meyakinkan dan berketerampilan – Abdur Rahman – Pelajar
  3. Penyampaian yang sangat jelas dan menarik – Nur Sakinah Bt Mohamad Amir – Pelajar
  4. Terbaik – Abdul Kayimry B. Ab Rahman – Pelajar
  5. Terbaik – Zaid Husaini B. Kamis – Pelajar
  6. Baik – Nur Hanadia Hapendi – Pelajar
  7. Sangat sangat menarik – Siti Nur Nabila Bt Ahamad – Pelajar
  8. Menarik – Atikah – Pelajar
  9. Penyampaian yang efektif – Aimi Syakirah Binti Azman – Pelajar
  10. Menarik – Nur Ashikin Sulaiman – Pelajar
  11. Jelas dan berinformasi – Farah Najwa – PelajarPengurusan Imej Dan Personaliti

Anda berminat untuk mengadakan Ceramah Imej ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci ceramah ini beserta sebutharga!

Related posts

Leave your comment Required fields are marked *