Kursus Personal Image Branding SIRIM BERHAD Pada 18 Disember 2019

Personal Image Branding SIRIM BERHAD

Awaken Training & Consultancy Sdn Bhd telah diberi kepercayaan buat kali ke-3 sebagai penyedia khidmat latihan oleh Sirim Berhad untuk mengendalikan Kursus Personal Image Branding  pada 18 Disember 2019, bertempat di Bilik Taklimat, Blok 5, Tingkat 3, Sirim Berhad, Shah Alam, Selangor.
Kursus Personal Image Branding : Perunding Imej Malaysia

Sekalung penghargaan kepada pihak Sirim Berhad Shah Alam atas jemputan dan kepercayaan untuk kami mengendalikan Kursus Personal Image Branding ini kepada para pegawai SIRIM BERHAD.

Kepada semua peserta dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan kursus ini, kami ucapkan jutaan terima kasih atas penyertaan dan komitmen anda yang hebat. Segala input dan semangat yang diperolehi dalam Kursus Personal Image Branding Sirim Berhad ini semoga bermanfaat kepada semua peserta yang hadir agar terus berjaya dengan cemerlang dalam kerjaya dan kehidupan.

Penjenamaan tidak lagi hanya untuk syarikat dan perniagaan sahaja. Penjenamaan atau ‘personal brand’ juga adalah untuk setiap individu atau kakitangan yang berada dalam sesebuah organisasi atau perniagaan yang ingin menonjolkan dirinya bagi tujuan mempromosi nilai-nilai profesional yang ada dalam diri, prinsip kerja yang hebat, servis profesional dan pengalaman kerja yang mampu disumbangkan kepada organisasi.

Penjenamaan diri adalah berkaitan membuatkan majikan, rakan sekerja, pelanggan atau sesiapa sahaja menyedari kewujudan diri kita yang berbeza, berkualiti, kompeten, profesional dan relevan dalam organisasi dan industri. Penjenamaan diri yang bijak membantu meninggalkan gambaran jelas tentang diri kita yang akan sentiasa diingati oleh majikan, rakan sekerja dan pelanggan. Penjenamaan imej profesional seseorang pekerja pastinya merupakan aset yang amat bernilai kepada sesebuah organisasi atau perniagaan, kerana imej seorang pekerja yang profesional pastinya akan mampu melonjakkan reputasi dan imej profesional organisasi dan perniagaan tersebut di mata para pelanggan dan industri.

Kursus Personal Image Branding : Perunding Imej Malaysia

Personal Image Branding atau penjenamaan imej diri melibatkan proses membangunkan imej diri mengenai bagaimana kita menampilkan diri di hadapan orang lain, daripada segi penampilan, tingkah-laku dan etika kerja serta cara berkomunikasi dengan orang lain.

Penjenamaan imej profesional seseorang pekerja pastinya merupakan aset yang amat bernilai kepada sesebuah organisasi. Imej dan Reputasi seseorang pekerja akan meningkat apabila mempunyai imej dan jenama diri yang profesional dari segi penampilan, etika kerja dan komunikasi.

Personaliti yang profesional bagi seorang pekerja sangat penting kerana ia memberi kesan langsung terhadap kepuasan pelanggan, seterusnya memberi kesan besar kepada reputasi dan  keuntungan sesebuah organisasi.  Personaliti bukan sahaja merujuk kepada cara berpakaian, paras rupa atau keadaaan fizikal seseorang. Dalam dunia profesional, personaliti adalah pakej diri yang mengandungi kualiti dan ciri-ciri seorang pekerja yang menggambarkan kompetensi dan karakternya semasa bekerja.

Personal Image Branding atau penjenamaan imej diri seorang pekerja ke arah menjadi imej profesional pastinya merupakan langkah terbaik sesebuah organisasi untuk memberi kepuasan kepada pelanggannya. Ini kerana imej seorang pekerja merupakan kayu ukur ketika pekerja tersebut berurusan dengan pelanggan dan orang lain seperti pengurus, penyelia, rakan sekerja dan staf. Ini bermakna, Personal Image Branding atau penjenamaan imej diri yang profesional bagi seseorang pekerja bukan sahaja mewakili jenama imej dan kredibiliti dirinya, malah melambangkan reputasi dan jenama profesional organisasinya.

Kursus Personal Image Branding SIRIM ini memberikan ilmu, kemahiran, panduan dan preskripsi bagi membantu setiap peserta untuk menjenamakan imej profesional dirinya melalui aspek penampilan, tingkah-laku dan etika kerja serta cara berkomunikasi ketika berurusan dengan pelanggan, majikan, rakan sekerja dan sesiapa sahaja.

Kursus Personal Image Branding : Perunding Imej Malaysia

Kursus Personal Image Branding : Perunding Imej Malaysia

Kursus Personal Image Branding : Perunding Imej Malaysia

Kursus Personal Image Branding : Perunding Imej Malaysia

Kursus Personal Image Branding SIRIM ini juga bertujuan untuk meningkatkan jenama dan imej profesional organisasi dengan membantu setiap peserta yang merupakan kakitangan di SIRIM BERHAD memahami konsep etiket sosial dengan baik, berupaya memahami serta mengamalkan tatacara berpakaian formal, semi-formal dan tidak formal mengikut kesesuaian tempat dan majlis, memahami serta mengamalkan adab-adab kesopanan ketika bersosial dan berupaya mempraktikkan kaedah-kaedah bersesuaian untuk tampil berkeyakinan dan profesional ketika berurusan.

Kursus Personal Image Branding : Perunding Imej Malaysia

Kursus Personal Image Branding : Perunding Imej Malaysia

Kursus Personal Image Branding : Perunding Imej Malaysia

Kursus Personal Image Branding : Perunding Imej Malaysia

Selain daripada itu, objektif Kursus  Personal Image Branding SIRIM ini adalah seperti berikut:

  1. Mengetahui kesan langsung keterampilan diri terhadap reputasi dirinya dan reputasi organisasi di mana beliau bekerja.
  2. Memberi keyakinan kepada para peserta untuk lebih berketrampilan di pejabat dan dalam semua urusan pekerjaan.
  3. Menyedari kesilapan-kesilapan dalam keterampilan diri yang boleh memusnahkan reputasi profesional diri dan organisasi.
  4. Mengenalpasti kod pakaian dalam penampilan (korporat, formal, semi formal dan tidak formal), mengikut masa, majlis dan tempat.
  5. Mengenalpasti gaya personaliti diri dan bagaimana meningkatkan gaya personaliti profesional.
  6. Mempraktikkan etiket sosial dan adab perhubungan di antara rakan sekerja, tetamu, pelanggan dan orang kenamaan, untuk lebih bertatatertib dan disenangi dalam pergaulan dan urusan kerja.

Kursus Personal Image Branding : Perunding Imej Malaysia

Kursus Personal Image Branding : Perunding Imej Malaysia

Kursus Personal Image Branding : Perunding Imej Malaysia

Terima kasih atas sambutan dan maklumbalas yang memberangsangkan daripada peserta-peserta yang hadir. Kami kongsikan sebahagian daripada komen dan pendapat peserta yang hadir mengenai Kursus Personal Image Branding SIRIM ini :

  1. Penyampaian yang berkesan  – Rohana Ishak – Administrative
  2. Gaya penyampaian penceramah sangat berkeyakinan / good speaker – Junaidah – Pembantu Tadbir
  3. Mencapai keseluruhan tajuk program – Suryani – Administrative Assistant
  4. Kursus yang bermanfaat dan boleh diaplikasikan untuk diri dan keluarga – Siti Mariam – Admin Assistant
  5. Banyak idea, sangat ramah dan meyakinkan – Yusni Mohd Yasin – Pembantu Penerbitan
  6. Bagus dan sesuai dilaksanakan untuk organisasi dan diri sendiri – Hamimah
  7. Sangat bagus, terang dan mudah difahami – Seriyati Ismail – Setiasaha Kanan
  8. Perkongsian ilmu yang berjaya menarik perhatian – Nur Fauziana – Pembantu Percetakan
  9. Bagus & cemerlang – Lilly Sarah – Pembantu Tadbir
  10. Bagus – Noor Fazhilah – Pembantu Tadbir
  11. Bagus – Rosnay Yoon – Pembantu Tadbir

Anda berminat untuk mengadakan Kursus Personal Image Branding ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci bengkel ini beserta sebutharga!

Related posts

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x