Puan Noraini Mohd Hanafiah

Noraini Mohd Hanafiah ialah seorang ahli Persatuan Perunding Imej Antarabangsa (AICI) dan Perunding Imej Profesional Bertauliah (CPIC) dan Certified Style and Colour Consultant daripada ByFerial AICI.  Beliau juga merupakan Certified HRDF Competent Trainer, berkelulusan Diploma Penilaian (UTM) dan memperolehi Sijil  International Training Methodology Course (ITMC), INTAN.   Beliau telah mendapat latihan dalam Protokol dan Etiket dengan menghadiri beberapa kursus seperti kursus Protokol dan Etiket Antarbangsa untuk isteri-isteri Penasihat Pertahanan (Defense Attache) dan juga kursus Kaya Budi bagi Isteri-isteri Pegawai Kanan Tentera.

Latarbelakang profesional beliau merangkumi 19 tahun  sebagai Penolong Pegawai Penilaian yang berpengalaman dalam kerja-kerja Penilaian dan Hal Ehwal Korporat Jabatan. Beliau seterusnya menceburi bidang latihan selama 9 tahun sebagai tenaga pengajar dan pengurus program latihan di Institut Penilaian Negara (INSPEN) dan kini sudah 8 tahun di Academy Communication Etiquette and Protocol (ACCEPT).

Beliau berpengalaman luas dalam merekabentuk dan melaksanakan program pembangunan staf jabatan dan berkemahiran dalam bidang pengukuhan pasukan, kepimpinan, imej professional, etiket dan protokol.  Beliau juga menjalankan program-program induksi untuk kumpulan sokongan baru  serta mengurus seminar dan persidangan peringkat nasional dan antarabangsa.

Semasa beliau berkhidmat di institusi latihan dan pengajian tinggi dengan peserta tempatan dan antarabangsa, Noraini banyak melibatkan dirinya dalam bidang protokol dan etiket termasuk pengendalian pelbagai majlis rasmi.  Beliau juga aktif menjalankan berbagai program Keterampilan Diri dan Etiket Sosial untuk isteri-isteri Pegawai Kanan Kerajaan, Pegawai Kerajaan dan juga staf di agensi swasta. Kursus yang dijalankan berkaitan pengurusan imej professional organisasi, etiket sosial dan protokol, etiket bisnes dan korporat.

Antara sumbangan beliau dalam pengurusan majlis juga sebagai MC majlis yang terlibat ialah seperti berikut:

  • The International Surveyors Congress, 2005 – 2013 & 2017
  • The South East Asian Survey Congress, 2011
  • The National Real Estate Convention (NREC), 2010
  • The International Real Estate Research Seminar (IRERS), 2004, 2006, 2008
  • The Conference of the Commonwealth Head of Valuation Organizations (CHOVA), 2007
  • The Malaysian Technical Cooperation Programme (MTCP), 2000 – 2008