Tuan Ahmad Dan Setafa

Ahmad Dan bin Setafa berasal dari Pekan, Pahang berkelulusan Bachelor Komunikasi (Komunikasi Korporat) UPM dan Diploma Pentadbiran Awam, UiTM serta memperolehi persijilan dalam Safety and Health Officer (SHO) dan Certificate of Small Medium Industry Consultancy.  Beliau juga telah ditauliahkan sebagai Konsultan Imej Bertauliah (Certified Professional Image Consultant (CPIC) dalam pembentukan imej dan personaliti diri. 

Beliau menceburi bidang latihan selama 24 tahun dan kemahiran beliau adalah dalam bidang Protokol setelah terlibat secara langsung dalam pengurusan majlis rasmi Kerajaan ketika beliau bertugas di Jabatan Perdana Menteri, di Bahagian Kabinet dan Bahagian Istiadat. Kerapkali beliau terlibat sebagai Urusetia dalam penganjuran Majlis Rasmi Jabatan, Pegawai Lojistik dalam Mesyuarat-mesyuarat Antara Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Persekutuan dan Mesyuarat Ketua Setiausaha-Ketua Setiausaha. Beliau juga terlibat sebagai Pegawai Protokol dan Penyambut tetamu dalam Majlis Rasmi Kerajaan peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa sejak tahun 2004.  Kini beliau bertugas sebagai Pegawai Penyelidik Protokol yang menyelidik dan memberi khidmat nasihat mengenai pelbagai aspek protokol di Malaysia dan antarabangsa.

Beliau juga berkemahiran dalam menyediakan teks ucapan aluan, teks ucapan perasmian, teks-teks ucapan pada buku cenderamata perasmian, buku program & buku atur cara.

AntaraSpecial Program’ yang pernah dikendalikan sebagai Urusetia ialah:

  • Istiadat Menghantar Pulang SPB Yang di-Pertuan Agong ke XII,
  • Istiadat Menyambut Ketibaan SPB Yang di-Pertuan Agong ke XIII,
  • Istiadat Pelantikan & Lafaz Sumpah Menjadi SPB YDPA ke XIII,
  • Istiadat Pertabalan SPB Yang di-Pertuan Agong ke XIII.

Dari aspek penulisan dalam bidang protokol pula, beliau juga berpengalaman menjadi pengarang dan terlibat dalam kerja-kerja penyuntingan dan penerbitan buku-buku:

  • Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan dan Cara Memakainya, terbitan Bahagian Istiadat, JPM dengan Kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
  • Buku Garis Panduan Amalan Istiadat dan Protokol Dalam Majlis Rasmi Kerajaan juga terbitan Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa, Jabatan Perdana Menteri dengan Kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
  • Buku Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIII RAJA BERPERLEMBAGAAN oleh Puan Rozilah Katan terbitan Jabatan Penerangan Malaysia 2007.
  • Buku Kenali Jalur Gemilang terbitan Jabatan Penerangan Malaysia oleh Puan Kartini Hashim 2008.