Seminar Ketrampilan Imej Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia Pada 15 Januari 2020

Seminar Ketrampilan Imej

Sekalung penghargaan kepada Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia Malaysia, di atas jemputan dan kepercayaan untuk kami Awaken Training & Consultancy Sdn Bhd untuk  mengendalikan seminar ini pada  15 Januari 2020 bertempat di Dewan Serbaguna KSM, Aras 1, Blok D3, Kompleks D, Putrajaya.

Seminar Ketrampilan Imej ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan imej profesional dengan memantapkan tatacara penampilan diri secara profesional serta meningkatkan personaliti diri dengan kemahiran komunikasi dan etiket sosial dengan lebih efektif, yang mampu memberi impak kepada warga awam kementerian khususnya.

Seminar Ketrampilan Imej Diri

Ketrampilan diri dan personaliti seorang pekerja yang menarik merupakan aset bernilai kepada sesebuah organisasi. Ketrampilan dan imej diri  kita boleh mempengaruhi cara layanan serta tindak-balas rakan sekerja, kakitangan dan majikan terhadap kita. Ianya juga mampu mempengaruhi bagaimana cara kerja kita dinilai dalam syarikat.

Reputasi kerja dan rasa yakin diri seseorang pekerja akan meningkat dan berkembang apabila mempunyai personaliti yang profesional dari segi penampilan, etika dan komunikasi. Personaliti yang profesional bagi seorang pekerja sangat penting kerana ia memberi kesan langsung terhadap kepuasan pelanggan, seterusnya memberi kesan besar kepada reputasi dan keuntungan sesebuah organisasi. Personaliti bukan sahaja merujuk kepada cara berpakaian, paras rupa atau keadaaan fizikal seseorang. Dalam dunia profesional, personaliti adalah pakej diri yang mengandungi kualiti dan ciri-ciri seorang pekerja yang menggambarkan kompetensi dan karakternya semasa bekerja.

Seminar Ketrampilan Imej Diri

Keterampilan diri seorang pekerja juga menjadi kayu ukur ketika berurusan dengan pelanggan dan orang lain seperti pengurus, penyelia, rakan sekerja dan staf. Ini bermakna, personaliti diri pekerja yang baik bukan sahaja mewakili kredibiliti dirinya, malah melambangkan reputasi organisasinya.

Seminar Ketrampilan Imej Diri ini memberikan ilmu, kemahiran, panduan dan preskripsi yang spesifik membolehkan kemajuan peserta dalam memantapkan ketrampilan diri dan personalitinya. Program ini berbentuk diagnos di mana setiap peserta terlibat akan dinilai dan diperiksa akan keadaan imej semasanya. Kemudian, diberikan panduan dan preskripsi yang spesifik membolehkan kemajuan peserta dalam meningkatkan imej dirinya.

Seminar Ketrampilan Imej Diri

Terima kasih atas sambutan dan maklumbalas yang memberansangkan daripada peserta-peserta yang hadir. Kami kongsikan sebahagian daripada komen dan pendapat peserta yang hadir mengenai Seminar Ketrampilan Imej Jabatan Pembangunan Kemahiran ini.

1. Seminar ini sangat membantu dan memberi input yang banyak mengenai imej – Nurul Zanariah binti Kolan

2. Kursus sangat menarik dan Penceramah pandai menarik perhatian audiens – Mohd Sipulizan bin Harun – Penolong Kanan Pengarah

3. Amat berpengetahuan dan profesional – Nadzron bin Abd hamid – Penolong Kanan Pengarah

4. Penceramah sangat berpengalaman – Azlina binti Abdul Aziz – Penolong Kanan pengarah

5. Penceramah sangat berpengetahuan – Siti Harjar binti Mohd Noor – Penolong Kanan Pengarah

6. Informatif dan berjaya menarik perhatian peserta kursus – Shuhaina binti Ibrahim – DV44

7. Bagus dan menjawab semua soalan – Hartini binti Mat yasin – Pembantu Tadbir

8. Amat baik – Dr Aruna binti Ismail @ Wahab – Pengarah

9. Penceramah mempunyai kemahiran komunikasi dan interaksi dua hala yang berkesan – Mohd Amizan bin Musrafa – Pembantu Operasi

10. Topik dan intipati kursus telah berjaya disampaikan – Najwa binti Abdul Karim – Pembantu Tadbir

11. Penjelasan yang jelas dan mudah difahami – Shadatuljumai binti Arif Shah – Setiausaha Pejabat

12. Penceramah sangat bagus dan kelakar – Sarnia binti Muhamat Repie – Pembantu Tadbir

13. Sangat jelas dan menarik – Nurul Aisyah binti Awang @ Ismail – Pegawai

14. Bagus! – Fadilla binti Ibrahim – Setiausaha Pejabat

15. Perwatakan Penceramah yang menarik – Norlida binti Musa – Ketua Penolong Pengarah

16. Bagus – Siti Fariana binti Zakaria – Pembantu Tadbir

17. Terbaik dan Penceramah sentiasa senyum – Norhafizanawati binti Nawawi – Pembantu Tadbir

18. Penerangan jelas – Nor Azlina binti Mat Seman – Penolong pegawai

Anda berminat untuk mengadakan Seminar Ketrampilan Imej ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci bengkel ini beserta sebutharga!

Related posts

0 0 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x