Mohd Zullutfi Abd Razak

Ejul Lutfi merupakan nama pena bagi Mohd Zullutfi bin Abd Razak. Beliau mendapat pendidikan awal di SK Bandar Pontian dan Sekolah Agama Kerajaan Johor, seterusnya menyambung persekolahan di SM Agama Persekutuan Kajang. Semasa cuti persekolahan, beliau mengisi waktu lapang beliau dengan menuntut di Ma’ahad Tahfiz Al-Qur’an Hidayatuddeen,Yong Peng, Johor. Beliau menyambung pelajaran di Universiti Islam Antarabangsa (UIA), dan memperolehi kelulusan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan.

Beliau adalah Pengasas dan Ketua Fasilitator Pembelajaran syarikat Goldmind Evolution Sdn Bhd dan pengasas kepada beberapa modul iaitu EVOLUSI DIRI! , EVOLUSI A+ Customer Service, EVOLUSI! Usahawan Superb, EVOLUSI! Team Superb dan EVOLUSI! xSuperb.x

Ejul Lutfi berpegang kepada prinsip KEJAYAAN daripada Surah Al Mukminun di mana setiap apa yang kita lakukan perlu bermula dari diri kita sendiri. Ejul Lutfi membawa pendekatan H.E.L.A.N.G (High Effective Learning Activities ’N’ Games) dalam penyampaian beliau. Percaya yang ilmu itu datang dari Allah dan perlu disampaikan dengan baik, difahami dan dipraktikkan.

Dibesarkan dalam keluarga yang sederhana, memberi kekuatan dalaman beliau untuk berdikari sejak dibangku sekolah lagi. Semasa menuntut di Universiti, beliau sangat aktif dalam berpersatuan juga berniaga. Pengalaman kerjaya sebagai jurujual sambilan, auditor dan juga pegawai bank membentuk proses kematangan beliau. Akhirnya pada tahun 2007, beliau meletakkan jawatan dari seorang Pegawai Bank di Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad kepada usahawan dan perunding pembelajaran professional secara sepenuh masa. Dalam bidang perundingan pembelajaran professional, beliau pernah mengendalikan kursus untuk agensi-agensi kerajaan dan swasta dalam bidang motivasi, komunikasi, perhubungan awam dan kemanusiaan, etika kerja, perkhidmatan pelanggan, perancangan perniagaan dan kewangan dan sebagainya.

Ejul Lutfi mengasaskan teknik Evolusi Diri berinspirasikan sistem beberapa orang mentornya yang terkenal dari dalam dan luar negara. Menariknya, Ejul Lutfi menggabungkan teknik Sains tingkah laku manusia, kejadian alam dan Al-Quran berdasarkan pengalaman, pembacaan, pengkajian, isi pergaulan dan pembelajaran beliau bersama mentor-mentor yang lain. Ejul Lutfi adalah pengamal sistem ‘Professional Learning Facilitators’ dan ahli Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivasi Muslim Malaysia (TAMRIN). Beliau adalah ‘Certified Professional Learning Facilitator (Mastery)’ dan ‘Certified SOIF Coach (Mastery)’ di bawah Take Charge Sdn Bhd. Beliau juga memiliki ‘Certified Train the Trainer’ daripada Richworks Resources Sdn Bhd dan juga Certified Trainer MasterPIES dari Total Success Sdn Bhd.