Syed Faizal Sitheek Rahman

Syed Faizal mula berkecimpung di dalam bidang latihan & motivasi sejak di UiTM lagi serta merupakan mahasiswa yang meraih Anugerah Tokoh Kepimpinan Pelajar Diploma Pentadbiran Awam 2007 dari Pengarah UiTM Melaka iaitu Dato’ Dr. Mizan Hitam. Beliau berpengalaman melebihi 8 tahun dalam menjalankan program-program motivasi bersama para pelajar, belia & dewasa. Beliau aktif bersama NGO-NGO dalam membantu membangunkan potensi masyarakat umum. Sehingga kini saya telah mengendalikan dan menjalankan program untuk 35 000 orang pelajar dan lebih 3 000 warga korporat. Beliau juga telah tampil di dalam beberapa rancangan RTM dan Astro.

Sewaktu di alam persekolahan pula beliau meraih Naib Presiden Terbaik PBSMM 2002, SMK La Salle sehingga membolehkan persatuan beliau pada ketika itu memenangi Persatuan Terbaik di sekolah.  Beliau juga berjaya membawa persatuan PBSM di sekolah mendapat Anugerah Johan Kawad Kaki Peringkat Daerah Petaling Jaya pada tahun 2002 di mana ketika itu beliau bertanggungjawab untuk merangka formasi kawad kaki anak-anak didik beliau.

Antara tanggungjawab yang beliau pikul sewaktu di alam pengajian IPT beliau ialah:

  • Naib Presiden, JawatanKuasa Penggerak Masjid, UiTM Melaka
  • Ketua Biro Tarbiyah, JawatanKuasa Penggerak Masjid, UiTM Melaka
  • Komander Muda Kesatria, UiTM Melaka
  • Ketua Sekretariat Majlis Perwakilan Pelajar, Festival Islam, UiTM Melaka
  • Ketua Biro Kaunseling, Sekretariat Majlis Perwakilan Pelajar, UiTM Malaysia
  • Ketua Biro Sukan, Intellectual Students Association, UiTM Melaka
  • Sekretariat Biro Diploma in Public Administration Club, UiTM Melaka
  • Fasilitator Unit Kaunseling, UiTM Melaka
  • Fasilitator Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung, UiTM Malaysia
  • Vokalis Kumpulan Nasyid Salaam Express

Antara Pencapaian Professional beliau ialah seperti berikut:

  • Certified NLP Profesional Trainer (National Federation NLP-USA)
  • Certified NLP for Teacher (Akademi NLP Malaysia)
  • Jurulatih Kelab Pidato Perdana, Pusat Bandaraya Kuala Lumpur
  • Professional Learning Facilitator Practitioner (PLF)
  • Pengamal Teknik Nabi Muhammad s.a.w (Tim Pengkaji Hadith)
  • Pemidato Mahir Pangkat 2 (Kelab Pidato Perdana)
  •  Ahli Pertubuhan Perunding Latihan & Motivasi Muslim Malaysia
  • Tokoh Contoh Kolej Poly-Tech MARA, Cheras bagi Subjek Career Management 2013
  • Tokoh Kepimpinan Mahasiswa Diploma Pentadbiran Awam, UiTM Melaka 2007