
Jadual Kursus
- 9:30 Pagi - 11:00 Pagi
- Modul 1
- Pengurusan Emosi
- 11:00 Pagi - 11:30 Pagi
- Rehat
- Minum Pagi
- 11:30 Pagi - 12:30 Tengahari
- Modul 2
- Lapan Kategori Emosi
- 12:30 Tengahari - 2:30 Petang
- Rehat
- Makan Tengahari / Solat Zohor
- 2:30 Petang - 4:30 Petang
- Modul 3
- Marah Dan Sikap Positif
- 4:30 Petang -
- Tamat Kursus
Kursus Kecerdasan Emosi Dan Pengurusan Stres
Kehidupan manusia kini dipenuhi dengan pelbagai tuntutan dan tanggungjawab. Peranan yang dimainkan oleh setiap individu bukan sahaja melibatkan peranan didalam keluarga, malah peranan sebagai pelajar, pekerja, ahli masyarakat, pemimpin dan juga rakyat kepada sebuah negara. Keadaan ini sudah pasti memerlukan individu mempunyai ketahanan mental dan emosi yang kuat bagi menghadapi cabaran dan permasalahan kehidupan yang semakin kompleks.
Kandungan modul Kecerdasan Emosi Dan Pengurusan Stres ini mampu membimbing peserta mengenali dan menyedari kewujudan emosi dan stress dalam diri dan peranannya, pengaruh dan sebab-sebab keperluannya terhadap kehidupan manusia, implikasi jika emosi dan stres tidak diurus dengan baik dan kaedah-kaedah atau pendekatan-pendekatan yang boleh diaplikasikan untuk mengurus emosi dan stres.
OBJEKTIF
- Menambahkan pengetahuan peserta untuk mengurus tekanan diri dengan berkesan melalui pemantapan kaedah pengurusan emosi dan kawalan minda bawah paras sedar dalam kontek organisasi, berkumpulan dan individu.
- Meningkat kemahiran peserta untuk mengesan, mengawal dan mengatasi tekanan dalaman diri serta meningkatkan fokus kawalan diri dan kemampuan mengawal minda bawah sedar dan memberi kesan positif kepada prestasi kerja.
- Mewujudkan persekitaran yang lebih positif di tempat kerja dan mengatasi tekanan dalam perhubungan dengan rakan sekerja melalui kemahiran dan kecerdasan emosi & kreativiti diri positif.
- Memantapkan kemahiran mengurus emosi diri dengan lebih baik dan menangani emosi orang lain dengan bijaksana sekaligus mewujudkan suasana kerja yang harmoni dan kondusif.
SENARAI MODUL
- Modul 1: Pengurusan Emosi
- Modul 2: Lapan Kategori Emosi
- Modul 3: Marah Dan Sikap Positif