
Jadual Kursus
- 9:30 Pagi - 11:00 Pagi
- Modul 1
- Konsep Komunikasi Dan Kesilapan Dalam Komunikasi
- 11:00 Pagi - 11:30 Pagi
- Rehat
- Minum Pagi
- 11:30 Pagi - 12:30 Tengahari
- Modul 2
- Mengenal 4 Gaya Komunikasi Manusia
- 1:00 Tengahari - 2:30 Petang
- Rehat
- Makan Tengahari / Solat Zohor
- 2:30 Petang - 3:30 Petang
- Modul 3
- Laras Bahasa Dan Skrip Positif Berkomunikasi Secara Berkesan
- 3:30 Petang - 3:45 Petang
- Rehat
- 3:45 Petang - 4:30 Petang
- Modul 4
- Adab Dan Etiket Dalam Komunikasi Berkesan
- 4:30 Petang -
- Tamat Kursus
Kursus Komunikasi Berkesan
Kursus Komunikasi Berkesan – Seseorang individu yang mampu berkomunikasi dengan baik dan berkesan dapat menonjolkan kewibawaan diri dan organisasinya. Kemahiran komunikasi sangat penting kerana ia memberi kesan langsung terhadap kepuasan para pelanggan, pihak atasan, orang kenamaan, pekerja, rakan dan juga pihak media, seterusnya memberi kesan besar kepada reputasi dan keuntungan organisasinya. Dalam dunia profesional, kemahiran komunikasi adalah pakej diri yang mengandungi kualiti dan ciri-ciri seorang individu berjaya yang menggambarkan kompetensi dan karakternya dalam menjalankan urusannya. Dengan memiliki kemahiran komunikasi, seorang individu akan mampu ‘menjual diri’, iaitu menjual nilai-nilai positif yang ada di dalam diri mereka, contohnya kepintaran, idea yang hebat, kreativiti, kejujuran, kesungguhan dan kewibawaan sebagai seorang ketua atau pegawai yang disegani.
OBJEKTIF
Memberikan pendedahan, ilmu, teknik dan kemahiran kepada kakitangan bagaimana berkomunikasi secara berkesan, beretika dan profesional dengan rakan sekerja, pihak atasan, ahli lembaga pengarah dan pelanggan.
Kursus ini juga antaranya akan mendedahkan kepada para peserta tentang cabaran perkhidmatan komunikasi pelanggan atas talian dan kebiasaan baru (new norm), serta bagaimana kemahiran berurusan dan berkomunikasi dalam cabaran semasa era digital dan krisis pandemik.
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir program ini nanti, para peserta akan:
- Menyedari kesilapan-kesilapan dalam komunikasi berkesan dan kesannya kepada reputasi diri dan kerjaya.
- Memahami kepentingan komunikasi dalam perhubungan profesional.
- Mengamalkan laras bahasa dan skrip positif dalam berkomunikasi secara berkesan.
- Mengamalkan etika, adab-adab dan protokol dalam berkomunikasi dengan pihak atasan, ahli lembaga pengarah, rakan sejawat dan pelanggan luaran.
- Mengetahui dan mengamalkan ciri-ciri komunikasi yang efektif.
- Memahami 4 gaya komunikasi diri sendiri dan orang lain serta cara mengendalikannya.
SENARAI MODUL
- Modul 1 – Konsep Komunikasi Dan Kesilapan Dalam Komunikasi
- Modul 2 – Mengenal 4 Gaya Komunikasi Manusia
- Modul 3 – Laras Bahasa Dan Skrip Positif Berkomunikasi Secara Berkesan
- Modul 4 – Adab Dan Etiket Dalam Komunikasi Berkesan