
Jadual Kursus
- 9:30 Pagi - 11:00 Pagi
- Modul 1
- Menyampaikan Ucapan : Kuasa ‘First Impression’
- 11:00 Pagi - 11:30 Pagi
- Rehat
- Minum Pagi
- 11:30 Pagi - 12:30 Tengahari
- Modul 2
- Seni Vokal Dan Fonetiks
- 12:30 Tengahari - 2:00 Petang
- Rehat
- Makan Tengahari / Solat Zohor
- 2:00 Petang - 3:30 Petang
- Modul 3
- Teknik Merangka Peta Presentasi (Konten)
- 3:30 Petang - 3:45 Petang
- Rehat
- 3:45 Petang - 4:30 Petang
- Modul 4
- Seni Bicara
- 4:30 Petang -
- Tamat Kursus
Pengucapan Awam : Keterampilan Bertutur
Kursus Pengucapan Awam : Keterampilan Bertutur – Keberkesanan dalam pengucapan awam adalah terletak kepada tiga perkara asas, iaitu diri pengucap, bahan yang ingin diucapkan dan teknik pengucapan. Idea atau buah fikiran yang paling hebat sekalipun tidak mungkin akan diterima dan berkesan kepada para pendengar sekiranya idea dan buah fikiran itu tidak disampaikan dengan berkesan.
Oleh itu, bagi memastikan para pendengar tertarik dan terpengaruh dengan ucapan yang disampaikan, maka amat penting seseorang pengucap mempelajari teknik pengucapan awam yang berkesan. Kursus ini diadakan untuk memindahkan teknik-teknik dan kemahiran pengucapan awam dan berkesan agar para peserta dapat memperhebatkan teknik pengucapan awam dan komunikasi mereka selepas tamat kursus ini.
OBJEKTIF
Objektif kursus adalah untuk meningkatkan kemahiran pengucapan awam dengan memberikan para peserta kemahiran menggunakan teknik STAND, teknik pengeluaran suara yang berpengaruh, teknik copywriting dalam konten pengucapan serta teknik NLP dengan menggunakan audio, visual dan penggunaan prop. Kursus ini juga bertujuan untuk memberikan kemahiran dan etika berkomunikasi secara berkesan dalam melonjakkan reputasi dan kredibiliti para peserta.
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir program ini nanti, peserta akan :
- Menguasai teknik STAND – ‘First Impression Does Matter’.
- Memahami ilmu fonetiks yang berkesan dan mampu menggunakan nada suara yang berpengaruh dalam pengucapan awam.
- Mewujudkan konten yang mengujakan, serta mahir menggunakan butang logik, emosi dan tindakan dalam pengucapan awam.
- Mempengaruhi dan mengurus audien menggunakan teknik NLP (visual, auditori dan kinestetik).
SENARAI MODUL
- Modul 1: Menyampaikan Ucapan : Kuasa ‘First Impression’
- Modul 2: Seni Vokal Dan Fonetiks
- Modul 3: Teknik Merangka Peta Presentasi (Konten)
- Modul 4: Seni Bicara