
Jadual Kursus
- 9:30 Pagi - 11:00 Pagi
- Modul 1
- Bahasa Melayu Tinggi Dan Tatabahasa Penulisan
- 11:00 Pagi - 11:30 Pagi
- Rehat
- Minum Pagi
- 11:30 Pagi - 12:30 Tengahari
- Modul 2
- Memahami Penulisan Surat Rasmi, Memo & Emel
- 12:30 Tengahari - 2:30 Petang
- Rehat
- Makan Tengahari/Solat Zohor
- 2:30 Petang - 4:30 Petang
- Modul 3
- Amali Penulisan Surat Rasmi, Memo & Emel
- 4:30 Petang -
- Tamat Kursus
Kursus Penulisan Surat Dan Memo Berkualiti
Ramai pegawai dalam mana-mana organisasi mengambil mudah mengenai kepentingan dokumen seperti surat rasmi, memo dan emel. Namun apabila diberikan tugasan bagi menyediakan dokumen berkenaan, hasilnya kadangkala tidak seperti yang dijangkakan. Realitinya, dokumen mudah ini membawa beban berat sebagai wakil organisasi dalam proses komunikasi tulisan.
Oleh yang demikian, kemahiran penyediaan dokumen rasmi pengurusan yang berkesan adalah kemahiran penting bukan sahaja bagi pegawai sokongan bahkan pegawai di peringkat atasan juga. Kemahiran ini wajar dikuasai oleh semua bagi menjamin kecekapan proses kerja, penjimatan masa dan tenaga, serta penampilan imej professionalisme organisasi.
Kertas cadangan ini memperincikan cadangan bagi bengkel penulisan dokumen rasmi pengurusan melibatkan dokumen surat rasmi, memo, emel. Ketiga-tiga dokumen ini adalah instrumen utama dalam proses komunikasi bertulis dalam organisasi. Komponen tambahan yang akan dibincangkan adalah mengenai tatabahasa melayu yang digunakan merentas semua dokumen yang dinyatakan ini.
OBJEKTIF
MENGAPA BENGKEL INI SESUAI UNTUK ORGANISASI ANDA?
Kami komited bagi memastikan objektif bengkel selari dengan objektif memperkukuhkan kemampuan anggota organisasi dalam mengendali dan menguruskan dokumen rasmi secara berkesan
- Pendedahan kepada peserta mengenai format rasmi setiap kertas sesuai Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam (bagi agensi kerajaan) ataupun piawaian dan amalan industri swasta.
- Pendedahan kepada peserta mengenai penggunaan tatabahasa melayu yang betul dalam komunikasi tulisan melibatkan penyediaan dokumen rasmi pengurusan.
- Pendedahan kepada peserta mengenai proses lengkap penyediaan dokumen rasmi yang berkesan bermula dari peringkat pra penulisan, penulisan dan pasca penulisan.
- Pelaksanaan latihan amali bagi proses penyediaan dokumen rasmi pengurusan bagi memastikan maklumat yang dipelajari dapat dipraktikkan secara terus.
- Pendedahan kepada peserta dengan contoh-contoh dokumen berkualiti yang pernah disediakan bagi tujuan rasmi. Contoh ini dirujuk sepanjang proses bengkel berjalan.
- Pendedahan kepada peserta mengenai keperluan penilaian profil pembaca dokumen rasmi bagi tujuan memastikan dokumen yang ditulis memenuhi matlamat penyediaannya.
SENARAI MODUL
- Modul 1: Bahasa Melayu Tinggi Dan Tatabahasa Penulisan
- Modul 2: Memahami Penulisan Surat Rasmi, Memo & Emel
- Modul 3: Amali Penulisan Surat Rasmi, Memo & Emel