
Jadual Kursus
- 9:30 Pagi - 11:00 Pagi
- Modul 1
- Pengenalan Protokol, Majlis Dan Sumber Amalan
- 11:00 Pagi - 11:30 Pagi
- Rehat
- Minum Pagi
- 11:30 Pagi - 12:30 Tengahari
- Modul 2
- Heirarki, Format Dan Susunan Tempat Duduk
- 12:30 Tengahari - 2:30 Petang
- Rehat
- Makan Tengahari / Solat Zohor
- 2:30 Petang - 4:30 Petang
- Modul 3
- Pengurusan Jemputan Dan Persiapan Venue
- 4:30 Petang -
- Tamat Kursus
Kursus Protokol Dalam Pengurusan Majlis
Pengetahuan dan kemahiran mengenai protokol bukan sahaja melibatkan aplikasi semasa menganjurkan majlis, program dan majlis keramaian tetapi juga turut digunakan dalam kerja-kerja dan tugasan seharian. Pekerja yang memahami dan mempraktikkan ilmu protokol dan pengurusan majlis akan dapat menimba pengetahuan, pengalaman dan pendedahan mengenai aspek protokol dan pengurusan majlis rasmi. Seterusnya melahirkan keyakinan dan rasa tanggungjawab dalam melaksanakan tugas-tugas dengan lebih mantap dan berwibawa.
Pengisian kursus untuk memberi pendedahan, kefahaman dan kemahiran mengaplikasikan sendiri aspek protokol dan pengurusan majlis rasmi kerajaan.
OBJEKTIF
- Memberi maklumat kepada peserta mengenai akta, peraturan, pekeliling dan amalan protokol yang ada sebagai panduan asas untuk melaksanakan tugasan harian bagi mengelakkan sebarang masalah yang berbangkit mengenai protokol.
- Memberi panduan dan bimbingan tentang kaedah dan hala cara pengurusan pelbagai majlis berasaskan konsep dan amalan protokol sejagat; dan
- Menerapkan nilai-nilai kemahiran sosial supaya dapat meningkatkan lagi kemahiran diri apabila terlibat dalam pengendalian majlis yang pelbagai bentuk.
SENARAI MODUL
- Modul 1: Pengenalan Protokol, Majlis Dan Sumber Amalan
- Modul 2: Heirarki, Format Dan Susunan Tempat Duduk
- Modul 3: Pengurusan Jemputan Dan Persiapan Venue