
Jadual Kursus
- 9:30 Pagi - 11:00 Pagi
- Modul 1
- Profesionalisme VS Personaliti Setiausaha
- 11:00 Pagi - 11:30 Pagi
- Rehat
- Minum Pagi
- 11:30 Pagi - 12:30 Tengahari
- Modul 2
- Tugas, Prioriti Dan Cabaran Setiausaha
- 12:30 Tengahari - 2:30 Petang
- Rehat
- Makan Tengahari / Solat Zohor
- 2:30 Petang - 3:30 Petang
- Modul 3
- Pemantapan Imej Dan Keterampilan Diri Setiausaha
- 3:30 Petang - 4:30 Petang
- Modul 4
- Etiket Dalam Membina Perhubungan Profesional
- 4:30 Petang -
- Tamat Kursus
Kursus Setiausaha Cemerlang
Seorang setiausaha adalah duta kepada majikannya, jenama kepada organisasinya dan ketua kepada dirinya. Pengetahuan dan kemahiran mengenai tugas-tugas seorang setiausaha masa kini bukan sahaja melibatkan tugas mengurus pejabat dan majikan, lebih daripada itu adalah cabaran dalam kemahiran interpersonal seperti kemahiran komunikasi, etika dan ketrampilan diri dalam setiap majlis, masa dan tempat.
Dalam dunia profesional, mempunyai kemahiran dalam mengurus tugasan di pejabat dan kemahiran interpersonal merupakan pakej diri yang mengandungi kualiti dan ciri-ciri seorang setiausaha di mana ia menggambarkan kompetensi dan karakternya semasa bekerja. Penganjuran kursus ini adalah untuk memindahkan kemahiran dan teknik bagaimana menjadi seorang setiausaha yang berkredibiliti dan bergaya, seterusnya melahirkan keyakinan dan rasa tanggungjawab dalam melaksanakan tugas-tugas dengan lebih mantap dan berwibawa.
Matlamat akhirnya ialah dapat melengkapkan seorang setiausaha dengan ilmu dan teknik untuk menjalankan tugas-tugas dengan lancar, kemas dan tersusun di samping memiliki kemahiran interpersonal yang tinggi.
OBJEKTIF
Di akhir program ini nanti, peserta akan dapat:
- Mendalami ruang lingkup sebenar tugas seorang setiausaha masa kini
- Mengenal personaliti yang tepat serta ciri-ciri profesionalisme yang harus ada pada setiausaha
- Bijak dalam berpenampilan dan bergaya di dalam semua keadaan, masa dan tempat
- Mahir dalam 12 etika asas di tempat kerja
SENARAI MODUL
- Modul 1: Profesionalisme VS Personaliti Setiausaha
- Modul 2: Tugas, Prioriti Dan Cabaran Setiausaha
- Modul 3: Pemantapan Imej Dan Keterampilan Diri Setiausaha
- Modul 4: Etiket Dalam Membina Perhubungan Profesional