
Jadual Kursus
- 9:30 Pagi - 11:00 Pagi
- Modul 1
- Kemahiran Komunikasi - Skill Membina Pengaruh
- 11:00 Pagi - 11:30 Pagi
- Rehat
- Minum pagi
- 11:30 Pagi - 12:30 Tenghari
- Modul 2
- Mental Block – Penghalang Perubahan
- 12:30 Tengahari - 2:30 Petang
- Rehat
- Makan tengahari / Solat Zohor
- 2:30 petang - 3:30 petang
- Modul 3
- Kemahiran Kerja Berpasukan
- 3:30 Petang - 3:45 Petang
- Rehat
- 3:45 Petang - 4.30 Petang
- Modul 4
- Pengurusan Konflik
- 4.30 Petang -
- Tamat Kursus
Kursus Sikap Kerja Positif
Kursus Sikap Kerja Positif – Pekerja yang bersikap kerja positif merupakan aset yang paling penting untuk sesuatu organisasi. Walaupun penting, namun demikian ramai pekerja tidak diberikan latihan untuk bersikap kerja yang positif. Oleh itu, ramai pekerja cuma memandang kerja sebagai suatu tugasan yang perlu dibereskan, tanpa mementingkan kualiti atau keberkesanan kerja. Sikap positif boleh dibentuk dan adalah menjadi tanggungjawab pekerja itu sendiri untuk mengubah dan membentuk sikapnya supaya dia mencapai kejayaan diri dan makna hidup yang lebih mendalam. Dalam sesuatu organisasi, pekerja itu perlu memastikan sikapnya berselari dengan wawasan, matlamat dan budaya organisasi. Organisasi pula boleh memainkan peranan dalam membina sikap pekerja melalui bimbingan dan latihan untuk terus bersikap positif demi kejayaan bersama.
Oleh itu, kami mengambil inisiatif ini dengan memperkenalkan kaedah Effective Learning Activities (ELAS). Kaedah ini menggunakan aktiviti-aktiviti dan ‘games’ yang dijalankan sebagai tools dalam sesi latihan. Peserta akan melalui pengalaman di dalam setiap aktiviti dan games yang dijalankan dan mendapat pembelajaran melaluinya atau lebih dikenali sebagai learning by doing atau fun learning dan lebih seronok dalam menjalani latihan. Di akhir setiap aktiviti dan games, peserta akan mengupas atau melakukan debrief dengan mengaitkannya dengan subjek yang sedang dibincangkan.
OBJEKTIF
Kursus ini bertujuan untuk melatih pekerja untuk mempelajari teknik-teknik kerja positif dan melahirkan persekitaran yang positif di tempat kerja agar setiap pekerja di dalam organisasi tersebut dapat menghasilkan kualiti dan produktiviti kerja yang terbaik serta dapat kerja berpasukan.
HASIL PEMBELAJARAN
- Membentuk budaya kerja yang positf berasaskan faktor ‘ fun ‘ dalam perhubungan.
- Kemahiran pengurusan konflik dalam organisasi.
- Kemahiran meruntuh mental block.
SENARAI MODUL
- Modul 1 : Kemahiran Komunikasi – Skill Membina Pengaruh
- Modul 2 : Mental Block – Penghalang Perubahan
- Modul 3 : Kemahiran Kerja Berpasukan
- Modul 4 : Pengurusan Konflik