Tentang Kami

Latar Belakang Syarikat

Awaken Training & Consultancy Sdn Bhd adalah sebuah syarikat latihan dan perunding yang komited dengan usaha membangunkan sumber manusia secara holistik bagi mencapai kecemerlangan yang bersepadu merangkumi diri, keluarga, masyarakat dan organisasi. Tenaga penggerak syarikat ini terdiri daripada mereka yang mempunyai pelbagai latar-belakang pendidikan, minat, kecenderungan dan disiplin ilmu.

Syarikat ini mula berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia pada 12 Julai 2011 di bawah nama Awaken Learning & Services dan telah menukar nama kepada Awaken Training & Consultancy dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia pada 18 September 2012. Perkhidmatan terdiri daripada sesi rundingan peribadi, bengkel berkumpulan, seminar dan kursus untuk organisasi.

Visi

Visi Syarikat Awaken Training & Consultancy ialah menjadi sebuah syarikat perunding yang bertaraf dunia dengan menyediakan latihan, bimbingan, khidmat perunding, penyelidikan dan penerbitan yang berkualiti dalam pelbagai bidang untuk mencapai kecemerlangan dunia dan akhirat.

Misi

Misi Syarikat Awaken Training & Consultancy ialah membangunkan potensi yang terbaik yang ada di dalam diri manusia dengan melaksanakan ‘reengineering’ kaedah penyampaian ilmu dan latihan dengan menawarkan perkhidmatan yang berkualiti, inovatif, holistik serta bersinergi dengan pelbagai pihak.

Objektif

  • Membantu menggilap potensi pelanggan seterusnya pelanggan mampu untuk mencapai kemajuan dan mempunyai daya saing yang tinggi dalam hidup dan karier mereka.
  • Memberi khidmat terbaik dan menjanjikan kelainan yang efektif dalam mengendalikan khidmat latihan.
  • Membangunkan modal insan yang menjadi teras utama pembangunan ummah dan negara.

Nilai Teras

  • Komitmen Pelanggan
  • Profesionalisme
  • Inovasi
  • Kebolehpercayaan

Strategi Korporat

  • Membangunkan potensi individu (termasuk staf syarikat) dari segi ilmu pengetahuan, kemahiran dan tingkah laku melalui kursus-kursus yang dikendalikan dan mendorong mereka untuk mengambil peluang yang ditawarkan di dalam hidup demi mencapai kecemerlangan dunia dan akhirat.
  • Menetapkan standard dan kajian yang sistematik untuk perkembangan kearah kecemerlangan dan meningkatkan akses kepada latihan yang berkualiti dan kos efektif.

Polisi Kualiti 

  • Menyediakan solusi pembelajaran / modul latihan yang diubah suai mengikut keperluan klien.
  • Sentiasa komited untuk menyediakan pakej latihan yang cemerlang dan terus memberikan latihan bercirikan standard tertinggi.
  • Sentiasa berusaha untuk mencapai hasil latihan yang cemerlang.
  • Sentiasa komited kepada proses penambahbaikan dan peningkatan mutu perkhidmatan untuk memastikan objektif syarikat tercapai.
  • Sentiasa meminta pandangan klien terhadap taraf latihan yang mereka jalani.Melalui maklum balas pihak klien, kami menilai dan membuat pembaikan di mana perlu.
  • Kajian pengurusan tahunan diadakan setiap tahun melibatkan semua jurulatih kami, kakitangan dan klien kami. Kami mengenal pasti kekuatan, kelemahan dan penambahbaikan lain yang perlu. Melalui kajian ini, pelan pembangunan tahunan dapat dihasilkan dimana ia menunjukkan bagaimana mutu syarikat akan bertambah baik dari masa ke semasa.