Motivasi Dan Semangat Kerja Berkumpulan

Motivasi Dan Semangat Kerja Berkumpulan

Perkhidmatan yang berkualiti dan cemerlang dalam sesebuah organisasi sangat dituntut oleh pelanggan dan pihak-pihak berkepentingan (stakeholders) lebih-lebih lagi dalam era globalisasi. Untuk mencapai tahap yang diharapkan ini modal insan yang berkualiti dan produktif amat diperlukan kerana hanya modal insan seperti ini sahajalah yang berupaya menyumbang kepada perkhidmatan yang berkualiti dan mendorong kepada kecemerlangan organisasi. Setiap ahli dalam organisasi tidak kira sama ada pengurus atau pekerja perlu membina perpaduan dan persefahaman bagi menjamin perkhidmatan dan produk yang bermutu tinggi. Bagi merealisasikan keadaan seperti ini pembinaan pasukan kerja  yang mantap perlu diwujudkan dalam  organisasi tersebut .

Oleh itu, Awaken Training & Consultancy Sdn bhd mengambil inisiatif ini dengan memperkenalkan kaedah Effective Learning Activities (ELAS). Kaedah ini menggunakan aktiviti-aktiviti dan ‘games’ yang dijalankan sebagai tools dalam sesi latihan. Peserta akan melalui pengalaman di dalam setiap aktiviti dan games yang dijalankan dan mendapat pembelajaran melaluinya atau lebih dikenali sebagai learning by doing atau fun learning dan lebih seronok dalam menjalani latihan. Di akhir setiap aktiviti dan games, peserta akan mengupas atau melakukan debrief dengan mengaitkannya dengan subjek yang sedang dibincangkan. ELAS juga membantu peserta merapatkan jurang antara peserta dengan aktiviti dan games yang dijalankan mengikut kehendak, keperluan dan gaya generasi kini.

 

OBJEKTIF

  • Memahami langkah membudayakan kerja berpasukan bagi mencapai matlamat organisasi.
  • Memperkasakan kemahiran kepimpinan.
  • Berkomunikasi secara berkesan serta memahami pentingnya komunikasi interpersonal dalam kerja berpasukan.
  • Membudayakan semangat bekerjasama dan mengatasi sikap menyalahkan antara satu sama lain dalam mencapai matlamat.

 

KAEDAH PENYAMPAIAN

  • Ceramah interaktif
  • Aktiviti berkumpulan
  • Tugasan individu
  • Persembahan video
  • Role play
  • Demonstrasi

 

KANDUNGAN MODUL

Modul 1 : Ice Breaking

Modul 2 : Pengurusan Kumpulan

Modul 3 : Team Building

Modul 4 : Karektor Building (Indoor)

Modul 5 : The Power Of Giving

Modul 6 : Team Building 2 (Outdoor)

 

TEMPOH PROGRAM

Kursus ini boleh diadakan selama 1 hari untuk peringkat asas. 2 hari untuk peringkat pertengahan dan 3 hari untuk peringkat advance.

 

Berminat untuk menjemput kami mengendalikan kursus?

Mohon isikan borang di bawah untuk membantu kami mengemukakan proposal bagi memenuhi keperluan latihan industri

Sila isikan borang ini dan kami akan menghubungi anda dengan kadar segera. Terima kasih.

 

Verification