Protokol dan Pengurusan Majlis
Penganjuran kursus ini adalah untuk memberikan kemahiran dan teknik pengurusan majlis rasmi supaya lebih ramai pegawai dan kakitangan kementerian/ jabatan/agensi kerajaan, swasta, GLC, NGO dan sebagainya lebih yakin dalam pengurusan majlis rasmi kerajaan. Seterusnya melahirkan keyakinan dan rasa tanggungjawab dalam melaksanakan tugas-tugas dengan lebih mantap dan berwibawa. Matlamat akhirnya ialah dapat menyediakan pegawai dan kakitangan yang berilmu dan berpengetahuan untuk menjalankan tugas-tugas di setiap majlis rasmi yang dianjurkan dengan lancar, kemas dan tersusun.
OBJEKTIF
Pada akhir kursus ini, peserta akan dapat meningkatkan keyakinan dan kemahiran dalam perkara-perkara berikut:
- Memberi pengetahuan dan kefahaman tentang teori dan amalan protokol serta kemahiran sosial dalam urusan pengendalian majlis
- Memberi panduan dan bimbingan tentang kaedah dan hala cara pengurusan pelbagai majlis berasaskan konsep dan amalan protokol sejagat
- Menerapkan nilai-nilai kemahiran sosial supaya dapat meningkatkan lagi kemahiran diri apabila terlibat dalam pengendalian majlis yang pelbagai bentuk
KAEDAH PENYAMPAIAN
Kursus ini berorientasikan pemindahan ilmu dan kemahiran kepada para peserta. Peserta akan diminta untuk melakukan sendiri secara berkumpulan dan individu setiap gerak kerja yang diperlukan. Bagi memantapkan penguasaan ilmu dan kemahiran, peserta perlu melakukan aktiviti secara ‘hands on’ dengan beberapa latihan dan simulasi yang dirangka khusus berasaskan kumpulan dan individu.
KANDUNGAN MODUL
- Modul 1: Pengenalan Kepada Protokol Dan Majlis
- Modul 2: Aplikasi Protokol Dalam Majlis
- Modul 3: Heirarki Tetamu Dalam Majlis
- Modul 4: Susunan Tempat Duduk Tetamu Majlis
- Modul 5: Panggilan Hormat
- Modul 6: Pegawai Protokol Dan Penyambut Tetamu
- Modul 7: Projek Majlis Rasmi
- Modul 8: Simulasi Projek Majlis Rasmi
TEMPOH PROGRAM
Kursus ini boleh diadakan selama 1 hari untuk peringkat asas, 2 hari untuk peringkat pertengahan, dan 3 hari untuk peringkat advance.
Berminat untuk menjemput kami mengendalikan kursus ?
Mohon isikan borang di bawah untuk membantu kami mengemukakan proposal bagi memenuhi keperluan latihan anda.