Seminar Penampilan Imej Muslimah
Ilmu penampilan penting dalam memberi landasan untuk menampilkan cara berpakaian yang betul serta melambangkan peradaban wanita Islam yang tinggi dan bernilai. Penampilan yang diperlihatkan oleh seseorang wanita Islam akan mengangkat martabat wanita Islam dan membezakan mereka daripada wanita lain. Reputasi dan kredibiliti seorang muslimah adalah daripada kemahiran berpakaian dan berpenampilan yang mematuhi konsep yang tepat dalam menutup aurat.
OBJEKTIF
Kursus ini bertujuan untuk memantapkan pemahaman para peserta mengenai konsep berpakaian dan berpenampilan patuh syariah dan aplikasi tatacara penampilan diri yang betul meliputi cara memakai tudung/hijab patuh syariah dan cara berpakaian dan berpenampilan yang betul mengikut konsep menutup aurat semasa ke pejabat / korporat, dalam majlis dan acara separuh rasmi.
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir program ini nanti, para peserta akan :
- Memahami konsep menutup aurat dan penampilan patuh shariah.
- Menyedari kesilapan-kesilapan dalam imej yang tidak patuh shariah
- Mengenalpasti dan memahami kod pakaian korporat, formal, separuh formal dan santai patuh
syariah. - Mengenalpasti gaya personaliti diri dan bagaimana meningkatkan gaya personaliti profesional
dalam konsep patuh shariah. - Mengetahu beberapa tenik dan cara menggayakan hijab dalam konsep bergaya namun patuh
shariah. - Memahami konsep mekap, niat dalam merapikan wajah untuk berurusan, tidak berlebih-lebihan dan aplikasi mekap semasa berurusan / ke pejabat.
- Mengenalpasti bentuk tubuh seterusnya mengetahui teknik dan tatacara pemakaian yang sesuai
mengikut bentuk tubuh, serta memahami hubungan antara kemahiran mengenalpasti bentuk tubuh dalam aplikasi penampilan patuh shariah. - Memahami konsep imej muslimah secara keseluruhan, meliputi aspek adab-adab dalam
berkomunikasi dan berurusan, dalam konsep patuh shariah. - Mempraktikkan etiket bisnes dan adab perhubungan di antara rakan sekerja, tetamu, pelanggan dan orang kenamaan, dalam pergaulan dan urusan kerja serta meningkatkan reputasi imej muslimah.
KAEDAH PENYAMPAIAN
- Ceramah interaktif
- Aktiviti berkumpulan
- Tugasan individu
- Persembahan video
- Role play
- Demonstrasi
KANDUNGAN MODUL
- Modul 1: Konsep Menutup Aurat Dan Penampilan Patuh Shariah
- Modul 2: Konsep Hijab Dan Teknik Menggayakan Hijab Patuh Shariah
- Modul 3: Fesyen Pakaian Dan Aplikasi Pemakaian Patuh Shariah
- Modul 4: Konsep Make-Up Dan Merapikan Wajah Dalam Berurusan
- Modul 5: Adab-Adab Berkomunikasi Dan Berurusan
TEMPOH PROGRAM
Kursus ini boleh diadakan selama 1 hari untuk peringkat asas, 2 hari untuk peringkat pertengahan, dan 3 hari untuk peringkat advance.
Fesyen Muslimah : Cinderella VS Kak Limah, Ideal Women Convention UMP, 16 November 2016
.
Kursus Transformasi Imej Muslimah Profesional, Lembaga Pertubuhan Peladang, 30 Mei 2016
.
Muslimah Personal Image Empowerment, Masjid Batu 10 Cheras, 22 Mei 2016
.
Seminar Ketrampilan Muslimah Anggun, SUK Selangor, 26 April 2016
Seminar Penampilan Imej Muslimah, Universiti Malaya
Berminat untuk menjemput kami mengendalikan kursus ?
Mohon isikan borang di bawah untuk membantu kami mengemukakan proposal bagi memenuhi keperluan latihan anda.