Kursus Pengurusan Dan Perancangan Strategik | UTHM | 16-17 Julai 2017

Awaken Training & Consultancy sebagai penyedia khidmat latihan kepada Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menjalankan Kursus Pengurusan dan Perancangan Strategik selama 2 hari (16 – 17 Julai 2017) di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

Program ini telah mendedahkan tentang peranan dan tanggungjawab anggota kerja masa kini berhadapan dengan fenomena atau cabaran baru sejajar mengikut perubahan, kemajuan dan kepesatan Pembangunan Organisasi. Anggota kerja hendaklah memiliki pengetahuan dan kemahiran yang relevan supaya dapat mempertingkatkan keyakinan diri dalam melaksanakan beban tugas yang diamanahkan oleh pihak atasan. Anggota kerja mestilah memiliki kebolehan yang maksima untuk membantu anggota kerja dalam usaha menghasilkan produktiviti yang cemerlang bagi organisasi tersebut. Fokus anggota kerja hendaklah bekerjasama, melibatkan secara aktif, inisiatif dan mengamalkan sikap mesra dengan rakan sejawat, pegawai atasan dan pihak pengurusan bagi mencapai matlamat organisasi. Bidang tugasan merupakan PELAKSANA DAN PERANTARA dalam organisasi yang menekankan amalan, etika kerja dan sifat dinamik sebagai seorang anggota kerja yang professional untuk mempertingkatkan prestasi dan imej organisasi.

Anggota dalam organisasi perlu melalui transformasi diri bagi mengubah dan membentuk kecemerlangan dalam organisasi. Jabatan memerlukan kakitangan yang mempunyai minda kelas pertama untuk membina organisasi yang hebat menjelang 2018 dengan memberikan perkhidmatan diluar jangkaan dan pengiktirafan antara bangsa. Organisasi yang hebat menjelang 2018 akan menyumbang kepada Negara maju 2020 melalui pekerja yang mempunyai minda kelas pertama, Negara maju yang berdasarkan acuan sendiri, berbudaya innovasi, keadilan nasional. Jabatan juga diharap akan menyumbang kepada Malaysia Hebat menjangkaui tahun 2020 dihormati diperingkat global, tenaga kerja berkemahiran tinggi, menjadi kuasa ekonomi dan peneraju pembangunan ekonomi dan ilmu dunia.

Selain dari transformasi kakitangan jabatan dan organisasi juga harus melaksanakan transformasi dengan melakukan pelan strategik berimpak tinggi bagi mendepani kehendak wawasan Negara, pengharapan rakyat dan persaingan di peringkat global.

Kursus Pengurusan dan Perancangan Strategik

Related posts

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x