Kursus Komunikasi Berkesan
Seseorang individu yang mampu berkomunikasi dengan baik dan berkesan dapat menonjolkan kewibawaan diri dan organisasinya. Kemahiran komunikasi sangat penting kerana ia memberi kesan langsung terhadap kepuasan para pelanggan, pihak atasan, orang kenamaan, pekerja, rakan dan juga pihak media, seterusnya memberi kesan besar kepada reputasi dan keuntungan organisasinya.
OBJEKTIF
- Menyedari kesilapan-kesilpan dalam komunikasi secara berkesan dan kesannya kepada reputasi diri dan organisasinya
- Memberi lebih keyakinan berkomunikasi dengan pelbagai peringkat dalam organisasi serta pelanggan
- Memahami kepentingan komunikasi dalam kerjaya dan membina perhubungan profesional
- Mengamalkan laras bahasa dan skrip positif dalam komunikasi berkesan
- Mengamalkan etiket bisnes dan adab-adab dalam berkomunikasi secara profesional dengan pelanggan, pihak atasan, pekerja, rakan dan juga pihak media
- Mengetahui dan mengamalkan ciri-ciri komunikasi yang efektif
- Memahami 4 gaya komunikasi diri sendiri dan orang lain serta teknik berkomunikasi dengan mereka
- Mengetahui dan mengaplikasikan teknik melontarkan suara dan nada suara yang jelas dan difahami seterusnya mampu meningkatkan reputasi diri dan organisasi.
- Mengamalkan teknik NLP dalam komunikasi dan menyedari keperluannya dalam kerjaya
KAEDAH PENYAMPAIAN
- Ceramah interaktif
- Aktiviti berkumpulan
- Tugasan individu
- Latihan praktikal
- Persembahan video
- Demonstrasi
KANDUNGAN MODUL
- Modul 1: Konsep Komunikasi Dan Kesilapan Dalam Komunikasi Berkesan
- Modul 2 : Nada Dan Gaya Suara Dalam Meningkatkan Reputasi Individu
- Modul 3: Laras Bahasa Dan Skrip Dalam Komunikasi Berkesan
- Modul 4 : Mengenal 4 Gaya Komunikasi
- Modul 5 : Teknik NLP Dalam Berkomunikasi – Teknik Yang Mampu Melonjakkan Kredibiliti Diri
- Modul 6 : Kemahiran Bahasa Tubuh (Komunikasi Bukan Lisan)
- Modul 7 : Adab Dan Etiket Dalam Komunikasi Berkesan
- Modul 8 : Asas Pengucapan Awam
TEMPOH PROGRAM
Kursus ini boleh diadakan selama 1 hari untuk peringkat asas, 2 hari untuk peringkat pertengahan, dan 3 hari untuk peringkat advance.
.
Berminat untuk menjemput kami mengendalikan kursus ?
Mohon isikan borang di bawah untuk membantu kami mengemukakan proposal bagi memenuhi keperluan latihan anda.