Kursus Pengurusan Stres Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Johor Darul Ta’zim pada 21 Jun 2021
Alhamdulillah berjalan lancar Kursus Pengurusan Stres selama satu hari anjuran Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Johor Darul Ta’zim. Terima kasih kepada pihak Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Johor Darul Ta’zim kerana telah melantik Tim Perunding Imej Malaysia sebagai penyedia latihan untuk Kursus Pengurusan Stres ini. Kursus ini berjaya disampaikan dengan menggunakan platform online conferencing iaitu aplikasi Zoom dan aplikasi XSplit Broadcaster Live Streaming. Seramai 34 orang peserta yang telah menyertai kursus ini yang terdiri daripada Pegawai Pendaftaran, Pembantu Pendaftaran Kanan, Pembantu Pendaftaran dan Penolong Akauntan.
Stres adalah suatu fenomena yang berlaku secara universal dan semulajadi bagi manusia. Kajian terkini menunjukkan peningkatan yang ketara bagi penyakit-penyakit yang berkaitan dengan stres disebabkan oleh gaya hidup yang penuh dengan stres yang keterlaluan dan ketegangan kronik. Burnout, serangan jantung, ulser, pengurangan produktiviti, masalah-masalah perhubungan, depresi dan kesunyian adalah antara gejala-gejala stres kronik yang menjejaskan kita secara personel, profesional, dan fizikal.
Walaupun stres tidak boleh dihapuskan sama sekali, kita boleh belajar bagaimana untuk menanganinya dengan berkesan bagi mencapai potensi yang maksimum. Kursus ini dirangka untuk membolehkan peserta memahami dan mengenal pasti punca-punca stres dalam kehidupan mereka, memahami bagaimana penyebab stres boleh menjejaskan mereka, dan bagaiman strategi dan tip-tip bagi mengurangkan tekanan dan menguruskan stres secara berkesan.
Salye (1993) membahagikan stres kepada dua bahagian iaitu Eustress dan Distress.
Eustress dikenali sebagai stres yang positif atau menggembirakan kerana akan menjadikan seseorang itu bersemangat dalam melaksanakan sesuatu perkerjaan.
Hasilnya, seseorang itu akan merasai satu pengalaman manis yang memberikan kepuasan kepada dirinya. Sebagai contoh, seorang pekerja yang diberi tarikh akhir (deadline) untuk menyiapkan sesuatu tugasan akan sanggup mengorbankan masa rehatnya demi untuk menyiapkan tugasan untuk memastikan kejayaan tugasan yang telah diamanahkan oleh ketuanya.
Manakala Distress pula merupakan stres yang akan menyebabkan seseorang itu hilang pertimbangan dan akan mengambil tindakan yang di luar dugaan. Seseorang individu yang berhadapan dengan stres ini akan dilanda kemurungan seperti enggan bergaul, kemerosotan kesihatan dan mengganggu kelancaran aktiviti seharian.
Distress merupakan stres yang akan memusnahkan seseorang individu kerana distress berkait rapat dengan kebimbangan, ketakutan, perasaan berdebar-debar dan semua jenis perasaan negatif yang hadir dalam diri.
\
Berikut adalah modul-modul yang dipelajari oleh para peserta dalam Kursus Pengurusan Stres ini:
- Modul 1: Stres Untuk Kejayaan
- Modul 2: Strategi Pengurangan Stres
- Modul 3: Teknik Menangani Stres
- Modul 3: Pengurusan Emosi Ke Arah Kecemerlangan Kerjaya
Terima kasih kepada Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Johor Darul Ta’zim di atas jemputan dan kepercayaan untuk kami mengendalikan kursus ini. Alhamdulillah kami bersyukur di atas peluang ini dan sambutan serta maklum balas yang amat memberangsangkan daripada para peserta terhadap konten dan penyampaian kami selama satu hari ini. Diharapkan para peserta dapat mempraktikkan ilmu yang diperolehi untuk menguruskan stress dengan baik dan dapat menghasilkan kerja yang lebih berkualiti untuk masa akan datang.
Kami mengucapkan selamat maju jaya dan mendoakan yang terbaik untuk semua peserta.
Kami kongsikan antara maklum balas dan pendapat daripada para peserta secara keseluruhan berkaitan Kursus Pengurusan Stres anjuran Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Johor Darul Ta’zim ini:
-
- Penceramah menyampaikan ilmu dengan jelas dan huraian yang sangat baik. Penceramah sangat bersemangat – Roshazlinna Binti Johar – Pembantu Pendaftaran
- Penceramah menghuraikan topik dengan sangat terperinci – Siti Nur Hajar Binti Musa – Pegawai Pendaftaran
- Kedua-dua penceramah mempunyai ilmu pengetahuan yang luas dan program ini sangat baik untuk diteruskan pada masa akan datang – Nurul Faizah Binti Arsat – Penolong Pegawai Pendaftaran
- Ceramah yang diberi sangat bagus. Perisian yang jelas dan padat mudah di fahami. – Sarifah Rafidah Binti Mohd Suhaimi – Pembantu Pendaftaran
- Absolutely great! – Suhaila Binti A Gani – KP 32
- Amat baik. Advance. Looking for more hours – Mohd Khairi Bin Khfif @ Khafif – Pembantu Pendaftaran
- Alhamdulillah perkongsian ilmu yang baik dan bermanfaat – Noorizwan Bin Jaafar – Pembantu Pendaftaran
- Semua penceramah berpengalaman & berpengetahuan luas – Syazwana Binti Selamat – Pembantu Pendaftaran
- Terbaik dan penyampaian yang jelas – Norien Binti Masri – Pembantu Pendaftaran
- Berpengalaman dan penyampaian yang hebat – Farizan Binti Zualkifly – Penolong Pegawai Pendaftaran
- Sangat profesional – Mohammad Sharizal Bin Jasmani – Pembantu Pendaftaran Kanan
- Great job – Jaiyapratha A/P Thanmimalai – Pegawai Pendaftaran
- Secara keseluruhan banyak ilmu yang diperolehi sepanjang tempoh berkursus – Nashihah Binti Mohd Sukor – Penolong Pegawai Pendaftaran
- Sangat memuaskan – Noorazlina Binti Salamat – Pembantu Pendaftaran Kanan
- Mantap jelas – Noryasmin Binti Mohd Ali – Pembantu Pendaftaran
- All is good – Nur Salsabila – Pembantu Pendaftaran
- Terbaik. Oh yeah!! – Mohd Akmal Bin Abdullah Fahim – Pembantu Pendaftaran
- Berkebolehan – Suriati Binti Abdullah – Pembantu Pendaftaran Kanan
- Sangat baik – Rozialin – Pembantu Pendaftaran
- Sangat baik – Juleia Binti Taslim – N19
- Awesome – Muhammad Hamidi Bin Rosi – Pembantu Pendaftaran
- Baik – Norazliza Binti Abdul Karim – Pembantu Pendaftaran Kanan
- Semua baik – Siti Ruziana Binti Dul Jais – Penolong Akauntan
- Baik – Muhamad Khairulnizam Bin Jaafar – Pembantu Pendaftaran
- Baik – Nursufinah Binti Abdullah – Pembantu Pendaftaran
- Baik – Mohd Zakiyuddin Bin Mohaimin – Pembantu Pendaftaran
- Penyampaian Penceramah yang tak membosankan – Mazlin Binti Mustapa – Penolong Pegawai Pendaftaran – KP29
Anda berminat untuk mengadakan Kursus Pengurusan Stres ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci bengkel ini berserta sebutharga!