Bengkel Fesyen Muslimah : Gorgeous Till Jannah | Universiti Malaysia Pahang | 6 Oktober 2017

Ilmu penampilan penting dalam memberi landasan untuk menampilkan cara berpakaian yang betul serta melambangkan peradaban wanita Islam yang tinggi dan bernilai. Penampilan yang diperlihatkan oleh seseorang wanita Islam akan mengangkat martabat wanita Islam dan membezakan mereka daripada wanita lain. Reputasi dan kredibiliti seorang muslimah adalah daripada kemahiran berpakaian dan berpenampilan yang mematuhi konsep yang tepat dalam menutup aurat.

Bengkel Fesyen Muslimah

Pada 6 Oktober 2017, pihak Awaken Training & Consultancy Sdn Bhd telah dijemput oleh Pusat Islam dan Pembangunan Insan (PIMPIN), Universiti Malaysia Pahang untuk mengendalikan Bengkel Fesyen Muslimah : Gorgeous Till Jannah. Antara peserta yang hadir adalah terdiri daripada penjawat awam wanita sekitar Negeri Pahang.

Bengkel Fesyen Muslimah

Bengkel Fesyen Muslimah ini diadakan bertujuan untuk memantapkan pemahaman para peserta mengenai konsep berpakaian dan berpenampilan patuh syariah dan aplikasi tatacara penampilan diri yang betul meliputi cara memakai tudung/hijab yang mematuhi syariah dan cara berpakaian dan berpenampilan yang betul mengikut konsep menutup aurat semasa ke pejabat / korporat, dalam majlis dan acara separuh rasmi.

Bengkel Fesyen Muslimah

Di akhir Bengkel Fesyen Muslimah ini, para peserta akan memahami konsep menutup aurat dan penampilan patuh shariah, menyedari kesilapan-kesilapan dalam imej yang tidak patuh shariah, mengenalpasti dan memahami kod pakaian korporat, formal, separuh formal dan santai patuh syariah, mengenalpasti gaya personaliti diri dan bagaimana meningkatkan gaya personaliti profesional dalam konsep patuh shariah, mengetahui beberapa tenik dan cara menggayakan hijab dalam konsep bergaya namun patuh shariah.

Bengkel Fesyen Muslimah

Para peserta juga akan dapat memahami konsep mekap, niat dalam merapikan wajah untuk berurusan, tidak berlebih-lebihan dan aplikasi mekap semasa berurusan / ke pejabat, mengenalpasti bentuk tubuh seterusnya mengetahui teknik dan tatacara pemakaian yang sesuai mengikut bentuk tubuh, serta memahami hubungan antara kemahiran mengenalpasti bentuk tubuh dalam aplikasi penampilan patuh shariah.

Bengkel Fesyen Muslimah

Selain itu, dalam Bengkel Fesyen Muslimah ini juga, mereka akan memahami konsep imej muslimah secara keseluruhan, meliputi aspek adab-adab dalam berkomunikasi dan berurusan, dalam konsep patuh shariah, dan mempraktikkan etiket bisnes dan adab perhubungan di antara rakan sekerja, tetamu, pelanggan dan orang kenamaan, dalam pergaulan dan urusan kerja serta meningkatkan reputasi imej muslimah.

Bengkel Fesyen Muslimah

Kami kongsikan antara maklum balas dan pendapat daripada para peserta secara keseluruhan berkaitan Bengkel Fesyen Muslimah ini :

  1. “Penceramah Bengkel Fesyen: Gorgeous Till Jannah sangat ceria dan menarik perhatian. Penyampaian ilmu mereka juga sangat berkesan”. – Nur Rafidah Bachik (MARA)
  2. “Sangat banyak input yang diperolehi dalam bengkel fesyen ini. Penceramah juga sangat bagus dalam penyampaian maklumat”. – Norsaini Abdul Samat (UMP)
  3. “Kedua-dua penceramah Bengkel Fesyen Muslimah ini sangat berpengetahuan luas dalam bidang yang disampaikan”. – Rafidah Muhammad Yusof (Penjara Penor)
  4. “Secara keseluruhannya, bengkel ini sangat bagus dan berguna bagi kaum wanita”. – Nur Illiya Syazana Bt Shahrumzaki (Politeknik Metro Kuantan)
  5. “Sangat banyak input yang diberikan oleh penceramah di dalam Bengkel Fesyen: Gorgeous Till Jannah ini”. – Nurul Husna Ranki (SMK Ubai)
  6. “Demostrasi dan gaya yang ditunjukkan oleh penceramah bengkel ini sangat berkesan”. – Fadillah Che Mat (Penjara Penor)
  7. “Gaya pertuturan penceramah Bengkel Fesyen: Gorgeous Till Jannah  jelas dan mudah difahami”. – Nor Anisha Nasharuddin (UMP)
  8. “Penceramah bengkel ini sporting dan cara pertuturan mereka juga jelas”. – Nur Meera Hafira Bt Mohd Nafi
  9. “Ilmu yang diperolehi di dalam Bengkel Fesyen: Gorgeous Till Jannah ini baik dan sangat berguna untuk dipraktikkan”. – Nur Azma Aziana Azman (UMP)
  10. “Bengkel Fesyen Muslimah ini terbaik dan ilmu yang disampaikan mudah difahami”. – Siti Nor Masirah Abdul Aziz (KPM)
  11. “Pada pendapat saya, Bengkel Fesyen: Gorgeous Till Jannah sangat bagus dalam membantu para peserta. – Amira Syuhada Mohd Zaid (KPM)
  12. Penceramah baik dan program seperti ini bagus dilakukan kerana dapat meningkatkan keyakinan diri seorang wanita”.
  13. “Bengkel yang sangat best”. – Fazila Hanim Bt Ramzan (IKM, Pekan)
  14. “Bengkel Fesyen: Gorgeous Till Jannah hebat! Muslimah okay yeah! – Sharifah Nazirah Syed Omar (UMP)

 

Anda berminat untuk mengadakan bengkel ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci bengkel ini beserta sebutharga!

Related posts

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x