Creating A Good Impression In Delighting Customers | LHDN | 23 - 25 Ogos 2017

Pada 23 – 25 Ogos 2017, pihak Awaken Training & Consultancy Sdn Bhd telah dijemput oleh Jabatan Khidmat Korporat LHDNM untuk berkongsi ilmu dalam Kursus ‘Creating A Good Impression In Delighting Customers’ di Hotel Bangi Putrajaya. Para peserta adalah terdiri daripada Tim Hasil Care Line di mana bidang utama tugasan mereka adalah melayani panggilan masuk yang diterima melalui talian 1800 LHDN. Selain daripada itu, kursus ini turut disertai oleh peserta yang mengendalikan kaunter setempat di ibu pejabat LHDMN.

bengkel perkhidmatan pelanggan

Pengendalian aduan bermakna berurusan dengan pelanggan yang tidak berpuashati. Manusia yang tidak berpuashati selalunya bersikap mengikut emosi. Mereka bukanlah robot dan tingkahlaku mereka tidak boleh dijangkakan.

Kursus ini antaranya menerapkan dan menekankan perkara-perkara berikut :

– Teknik bagaimana menghadapi panggilan yang sukar (pembayar cukai yang tidak berpuas hati)

– Teknik bagaimana pengendalian telefon secara profesional dan berkualiti

– Teknik berhadapan dengan jangkaan pelanggan

– Teknik komunikasi (skrip, laras bahasa, ton suara) dan adab bersama pelanggan

Tahniah buat semua kakitangan LHDN yang datang atas komitmen luar biasa sepanjang kursus 3 hari ini, untuk menimba ilmu bagi memantapkan lagi kualiti perkhidmatan kepada pelanggan sehingga mencapai kualiti yang ‘FIRST CLASS’.

Kami kongsikan antara maklum balas dan pendapat daripada para peserta secara keseluruhan berkaitan kursus ini :

  1. “Kursus ini terbaik dan memenuhi keperluan semasa para peserta dalam tugasan. – Mohd Ridzuan Bin Shazili (Penolong Pegawai Eksekutif Penaksiran)
  2. “Penyampaian kursus yang menarik dan ilmu serta input yang sangat berguna bagi front liner.” – Zulhilmizan Bin Masudi (Pegawai Eksekutif)
  3. “Penceramah adalah berpengalaman termasuk pembantu penceramah yang masing-masing mempunyai bidang kemahiran tersendiri.” –  Suhairol Abdul Halim
  4. “Kedua-dua penceramah sangat sporting, pandai menarik perhatian peserta kursus  dan tiada ruang untuk peserta berasa mengantuk.” – Nur Izzati Bin Abdul Rani (Pen.Pegawai Eksekutif)
  5. “Kursus yang baik dan totally fun.” – Siti Nadwatul Shima Binti Nor (Pembantu Tadbir)
  6. “Penceramah yang berdedikasi dan kursus yang bagus.” – Noratiqah Binti Ahmad Hamidi (Pen. Pegawai Eksekutif)
  7. “Kursus Terbaik.” – Nurul Ain Binti Thoher (Pembantu Tadbir Penaksiran)
  8. “Penceramah Terbaik.” – Mohd Khairil Bin Mat Yaacob (Pegawai Eksekutif Penaksiran)
  9. “Terbaik.” – Amimah Binti Wamat

Related posts

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x