Business Etiquette and Protocol Workshop | MRT Corp | 06 August 2017

Kami dijemput bekerjasama dengan Academy Communication, Etiquette & Protokol (ACCEPT) dalam mengendalikan Slot Etiket Komunikasi dalam Business Etiquette and Protocol Workshop pada 6 Ogos yang lalu.

Bengkel ini memberikan ilmu dan kemahiran kepada kakitangan MRT Corp bagaimana tampil profesional dalam penampilan, etiket dan komunikasi ketika berurusan.

Kursus ini menggabungkan tiga orang Trainer yang berkemahiran dalam bidang masing-masing iaitu Puan Noraini Mohd Hanafiah, Encik Ahmad Dan Bin Setafa dan Puan Raihan Abdul Rahman.

Etiket atau adab berkomunikasi adalah sebahagian daripada etiket bisnes di mana ia menggambarkan profesionalisme  seseorang dalam menjalankan tugasnya. Objektifnya adalah untuk menjadikan suasana bekerja harmoni dan memberi ketenangan emosi kepada pelanggan, tetamu, pihak atasan, sesama rakan sekerja dan sesiapa sahaja pihak yang kita sedang berurusan. Kesannya apabila etiket ini diaplikasi dalam urusan kerja, ia mampu melonjakkan produktiviti, reputasi dan keuntungan sesebuah organisasi.

Dalam bengkel ini, semasa slot Etiket Komunikasi, para peserta didedahkan dengan prinsip asas etiket bisnes dan etiket komunikasi dalam berurusan, termasuklah skrip dan laras bahasa dalam adab berkomunikasi, ayat larangan, cara menyampaikan maksud dengan pemilihan perkataan yang tepat, ton dan nada suara serta bahasa tubuh yang betul, sama ada berkomunikasi secara berhadapan atau melalui telefon, surat, emel, sms dan whats app.

Adab atau etiket komunikasi  apabila diamalkan dalam berurusan ia akan memperlihatkan kepintaran emosional atau emotional intelligence seseorang. Kepintaran jenis ini lebih lebih besar pengaruhnya ke atas kejayaan dan reputasi profesional diri kita dan organisasi. Adab dan etiket dalam komunikasi ini juga mampu menaikkan nilai sosial diri seseorang, dan apabila orang itu mewakili sesebuah organisasi atau bisnes, ia mampu melonjakkan reputasi, kredibiliti dan nama baik organisasi tersebut.

Di kesempatan ini  kami ingin melahirkan penghargaan kepada pihak ACCEPT dan MRT Corp yang sudi menjemput Tim Perunding Imej Malaysia untuk menjayakan Business Etiquette and Protocol Workshop ini. Semoga bermanfaat dan memberikan inspirasi dan transformasi kepada para peserta yang hadir dalam melonjakkan pakej diri mereka seterusnya melonjakkan produktiviti dan kejayaan syarikat.

Related posts

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x