Finishing School Programme: How To Dress For A Job Interview? | 20 October 2016 | Politeknik Nilai

Pakaian mampu menaikkan kredibiliti diri kita dalam masa yang singkat, dan pakaian juga mampu menjatuhkan kredibiliti diri kita dalam sekelip mata.

‘People should not judge us by our outer appearance, but of course they do!’

Memang terdapat segelintir bidang kerjaya yang diberi kelonggaran tentang pakaian yang boleh dipakai ketika menghadiri temuduga berdasarkan jenis industri. Bidang seni dan kreatif seperti fesyen, muzik, penyiaran, pengiklanan dan perhubungan awam lebih cenderung kepada gaya yang kurang formal dan tidak konservatif. Manakala, bidang yang lebih serius seperti perundangan, perbankan, pengauditan dan perakaunan yang memerlukan gaya yang lebih formal dan konvensional.

Namun untuk menghadiri apa-apa temuduga kerja, calon dinasihatkan berpakaian formal dan agak konservatif tidak kira apa bidang sekalipun. Kasut, kemeja, seluar, kain, tudung, blazer yang dipilih untuk dipakai ke temuduga bukan sekadar pakaian, ia menunjukkan komitmen dan kredibiliti diri anda. Ia juga menunjukkan bagaimana anda menganggap temuduga itu penting, syarikat dan jawatan yang anda mohon bekerja itu penting, diri anda adalah orang yang penting serta para penemuduga anda adalah penting !

Bengkel ini memberikan pendedahan secara terperinci, beserta contoh-contoh pakaian temuduga bagi calon-calon lelaki dan wanita yang memenuhi kriteria penampilan yang diinginkan oleh panel penemuduga. Antara pendedahan teknik berpakaian yang kami kongsikan dengan para peserta ialah  jenis, warna dan fabrik kemeja, seluar, baju kurung dan suit, jenis dan warna tali leher, jenis dan warna kasut, jenis dan warna stokin, jenis, saiz dan bilangan aksesori, jenis dan warna beg, gaya, warna dan jenis tudung (wanita) serta kombinasi ton warna yang tepat bagi calon lelaki dan wanita.

Selain daripada pengisian berkenaan pakaian lelaki dan wanita ke temuduga, para peserta juga ditunjukkan teknik dan contoh menyediakan resume dan cover letter yang berkesan dan berpengaruh untuk menawan hati majikan dan seterusnya akan dipanggil ke sesi temuduga. Para peserta seterusnya diberikan dan ditunjukkan teknik dan tatacara menghadiri temuduga, beserta dengan pendedahan apakah soalan-soalan yang akan dan biasa ditanya dalam sesi temuduga dan bagaimana teknik menjawab soalan-soalan ini. Para peserta seterusnya ditunjukkan sesi simulasi temuduga di mana beberapa orang peserta dipanggil ke hadapan untuk menjalani sesi simulasi temuduga.

Kami mendoakan para peserta yang hadir dapat memanfaatkan segala ilmu dan teknik yang diberi dengan mengaplikasikannya semasa melakukan persiapan menghadiri temuduga untuk mendapatkan pekerjaan yang diinginkan kelak. Langkah-langkah asas dalam mencari pekerjaan terbahagi kepada tiga iaitu Persediaan, Pelaksanaan dan Memanfaatkan Peluang. Lebih teliti dan terperinci perancangan yang dibuat, lebih baik hasilnya, dan lebih cepat peluang yang akan tiba.

Di sini kami kongsikan gambar-gambar semasa program berlangsung :

  finishing school   

Related posts

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x