Kursus Jati Diri dan Kepimpinan anjuran KEJORA pada 7 dan 8 Mac 2023 di Pangkor Bay View Beach Resort, Pulau Pangkor
Terima kasih kepada Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) di atas peluang dan kepercayaan yang diberikan kepada Awaken Training & Consultancy Sdn Bhd untuk mengendalikan Kursus Jati Diri dan Kepimpinan yang telah berlangsung pada 7 Mac sehingga 8 Mac 2023. Kursus ini telah berlangsung di Pangkor Bay View Beach Resort, Pulau Pangkor dan telah dihadiri oleh seramai 35 orang para belia KEJORA.
Perkhidmatan yang berkualiti dan cemerlang dalam sesebuah organisasi sangat dituntut oleh pelanggan dan pihak-pihak berkepentingan (stakeholders) lebih-lebih lagi dalam era globalisasi. Untuk mencapai tahap yang diharapkan ini modal insan yang berkualiti dan produktif amat diperlukan kerana ianya berupaya menyumbang kepada perkhidmatan yang berkualiti dan mendorong kepada kecemerlangan organisasi.
Setiap ahli dalam organisasi tidak kira sama ada pengurus atau pekerja perlu membina perpaduan dan persefahaman bagi menjamin perkhidmatan dan produk yang bermutu tinggi. Bagi merealisasikan keadaan seperti ini pembinaan pasukan kerja yang mantap perlu diwujudkan dalam organisasi tersebut .
Oleh itu, Awaken Training & Consultancy Sdn bhd mengambil inisiatif ini dengan menyampaikan Kursus Jati Diri dan Kepimpinan bagi memperkasakan pasukan kerja dalam organisasi dengan membudayakan kerja berpasukan bagi mencapai matlamat organisasi, memperkasakan kemahiran kepimpinan, berkomunikasi secara berkesan dalam kerja berpasukan, membudayakan semangat bekerjasama dan mengatasi sikap menyalahkan antara satu sama lain dalam mencapai matlamat.
Untuk mencapai objektif Kursus Jati Diri dan Kepimpinan ini, kami memperkenalkan kaedah Effective Learning Activities (ELAS) dalam methodologi penyampaian kursus, di mana kaedah ini menggunakan aktiviti-aktiviti dan ‘games’ yang dijalankan sebagai tools dalam sesi latihan. Peserta akan melalui pengalaman di dalam setiap aktiviti dan games yang dijalankan (learning by doing and fun learning ) dan mendapat pembelajaran melaluinya dengan lebih menyeronokkan dan berkesan.
Di akhir setiap aktiviti dan games, trainer akan mengupas atau melakukan debrief dengan mengaitkannya aktiviti dan games yang dilakukan oleh peserta dengan modul yang telah dirangka dalam kursus. Kaedah ELAS ini juga membantu peserta merapatkan jurang di antara sesama peserta. Aktiviti dan games yang dijalankan dalam kursus ini juga akan disesuaikan mengikut kehendak, keperluan dan gaya generasi terkini.
Objektif utama Kursus Jati Diri dan Kepimpinan ini adalah untuk memahami langkah membudayakan kerja berpasukan bagi mencapai matlamat organisasi, memperkasakan kemahiran kepimpinan, berkomunikasi secara berkesan serta memahami pentingnya komunikasi interpersonal dalam kerja berpasukan, membudayakan semangat bekerjasama dan mengatasi sikap menyalahkan antara satu sama lain dalam mencapai matlamat. Selain daripada itu objektif kursus ini agar para peserta dapat mengaplikasikan nilai-nilai korporat sebagai antara elemen dalam kerja berpasukan, dan bagaimana untuk membina budaya kreatif dan inovatif dalam menghasilkan prestasi kerja yang cemerlang, memahami pentingnya peranan setiap orang dalam kerja berpasukan, mengukuhkan persefahaman serta kerjasama serta mendorong dan memotivasikan diri serta rakan lain untuk sentiasa bekerja dalam semangat berpasukan yang jitu dan padu.
Antara perkara-perkara yang dipelajari oleh para peserta dalam Kursus Jati Diri dan Kepimpinan ini ialah:
- Modul 1: The Power of Chance
- Modul 2: Soft Skill: Ice Breaking
- Modul 3: Action & Vision Board
- Modul 4: Team Work vs Dysfunctional Team
- Modul 6: The Kolam Jiwa
Alhamdulillah kami bersyukur diatas sambutan serta maklumbalas yang amat memberangsangkan daripada para peserta terhadap konten dan penyampaian kami dalam Kursus Jati Diri dan Kepimpinan ini. Tahniah kepada semua peserta diatas penyertaan aktif dan komitmen yang hebat sepanjang kursus. Kami ucapkan selamat maju jaya dan kami mendoakan yang terbaik kepada semua peserta.
Kami kongsikan antara maklum balas dan pendapat daripada para peserta secara keseluruhan berkaitan Kursus Jati Diri dan Kepimpinan ini :
- Kursus terbaik sepanjang saya menghadiri kursus sebelum ini – Norhidayah binti Ismail, Bendahari
- Sangat bagus – Muhammad Syuaib bin Sabri, Peserta
- Sangat efektif, berpenampilan baik dan kemas – Siti Noor Mazlin binti Mazlan, Peserta
- Sangat jelas dan bagus – Siti Wasillah Sazali, Peserta
- Sangat membantu untuk penambahan ilmu – Sapari bin Abrori, Peserta
- Penceramah menyeronokkan dan bersemangat – Nurul Shahirah binti Abdullah, Peserta
- Lucu, seronok, gembira – Asmariana binti Melan, AJK JPKK
- Penceramah mempunyai aura yang tersendiri dan program ini menarik – Muhammad Faris Ibtisam bin Sapari, Peserta
- Banyak aktiviti , tidak berpandukan slide semata-mata. Good Job ! – Nor Adibah binti Azlan, Peserta
Anda berminat untuk mengadakan Kursus Jati Diri dan Kepimpinan ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci kursus ini berserta sebutharga!