Kursus Kemahiran Pengurusan Masa dan Peningkatan Produktiviti Kerja anjuran Zakat Pulau Pinang pada 28 Februari – 1 Mac 2023

Kursus Kemahiran Pengurusan Masa Dan Peningkatan Produktiviti Kerja anjuran Zakat Pulau Pinang Pada 28 Februari – 1 Mac 2023 di Hotel Iconic, Bukit Mertajam.

 

Terima kasih kepada Zakat Pulau Pinang di atas peluang  dan kepercayaan yang diberikan kepada Awaken Training & Consultancy Sdn Bhd untuk mengendalikan Kursus Kemahiran Pengurusan Masa Dan Peningkatan Produktiviti Kerja yang telah berlangsung pada 28 Februari sehingga 1 Mac 2023. Kursus Motivasi ini telah berlangsung di Hotel Iconic, Bukit Mertajam dan telah dihadiri oleh seramai 27 pegawai-pegawai daripada Zakat Pulau Pinang.

Kursus Kemahiran Pengurusan Masa Dan Peningkatan Produktiviti Kerja

Pengurusan masa adalah kemampuan untuk merancang dan mengawal penggunaan masa kita dalam sehari dengan cara yang efektif untuk mencapai matlamat kita. Penggunaan masa yang efektif merujuk kepada bagaimana kita merancang masa itu dengan lebih berkesan dan mendatangkan keuntungan kepada kita. Dalam agama juga sangat mementingkan tentang pengurusan masa. Sehinggakan perkataan masa itu sendiri diangkat menjadi salah satu surah dalam Al-Qur’an.

Setiap sesi dikendalikan dengan menggunakan teknik NLP, pembelajaran berdasarkan pengalaman dan teknik pembelajaran berimpak tinggi dimana peserta akan sentiasa bertenaga dan ceria semasa menimba ilmu. Teknik- teknik ini digunakan bagi memastikan peserta mudah faham isi dan fakta yang bakal disampaikan dan ia akan kekal terpahat dalam minda mereka selamanya.

Dalam masa yang sama, sesi latihan ini akan diselitkan dengan klip-klip video, memperdengarkan lagu dan mengatur aktiviti yang menarik yang mampu mendorong peserta menjadi lebih fokus kepada apa yang hendak disampaikan.

Kursus Kemahiran Pengurusan Masa Dan Peningkatan Produktiviti Kerja

Objektif utama Kursus Kemahiran Pengurusan Masa Dan Peningkatan Produktiviti Kerja adalah supaya peserta dapat mengetahui dan memahami dengan lebih jelas perbezaan antara urus kerja dengan urus masa, peserta mampu menguruskan masa kerja dengan baik dengan menggunakan formula yang dipelajari, bijak membahagikan masa kerja dan urusan sendiri dengan lebih baik serta mampu mengatur kerja berdasarkan keutamaan penting dan segera untuk mendapatkan hasil yang cemerlang dan produktif.

Antara perkara-perkara yang dipelajari oleh para peserta dalam Kursus Kemahiran Pengurusan Masa Dan Peningkatan Produktiviti Kerja ini ialah:

  • Modul 1: Lead Myself
  • Modul 2My Time
  • Modul 3: My Tools
  • Modul 4: Manage My Tools
  • Modul 5: Actionable Plan

Kursus Kemahiran Pengurusan Masa Dan Peningkatan Produktiviti Kerja

Alhamdulillah kami bersyukur di atas sambutan serta maklumbalas yang amat memberangsangkan daripada para peserta terhadap konten dan penyampaian kami dalam Kursus Kemahiran Pengurusan Masa Dan Peningkatan Produktiviti Kerja iniTahniah kepada semua peserta diatas penyertaan aktif dan komitmen yang hebat sepanjang kursus. Kami ucapkan selamat maju jaya dan kami mendoakan yang terbaik kepada semua peserta.

Kami kongsikan antara maklum balas dan pendapat daripada para peserta secara keseluruhan berkaitan Kursus Kemahiran Pengurusan Masa Dan Peningkatan Produktiviti Kerja ini :

  1. Penuh dengan aktiviti berkaitan dengan kursus dan sangat menarik – Siti Norashiema binti Mohd Sufian, Eksekutif
  2. Penyampaian yang amat baik dan mencapai matlamat – Noorhaswani binti Salleh, Setiausaha KPE
  3. Penceramah sangat bersemangat dalam mencapai matlamatnya untuk menyampaikan perkara yang ingin disampaikan – Nurul Afiqah binti Johan, Tugas-Tugas Khas
  4. Terbaik dan sangat ceria dan menceriakan – Siti Jauharah binti Silahhudian, Penolong Eksekutif
  5. Sangat awesome – Muhammad Nazreen bin Aduan, Dakwah Am
  6. Penceramah memukau – Mohd Zaidi bin Shaari, Akaun
  7. Penyampaian yang memuaskan dan menarik – Muhamad Sharizal bin Samsudin, Projek Khas
  8. Penyampaian yang baik dan santai – Yusnita binti Md. Yusof, JOA
  9. Situasi menarik dan memuaskan – Roslina binti Hamid, Akaun
  10. Ceria, hormat-menghormati dan baik – Mazura binti Ismail, Khidmat Majikan
  11. Penceramah yang baik dan pandai menarik minat peserta – Nadrah binti Mohd Rasidi, Unit Undang-Undang
  12. Baik, penyampaian jitu, bersahaja dan bermatlamat – Mohd Jasmin bin Abdullah, Eksekutif
  13. Sangat friendly dan enjoy – Nur Syazwani binti Mohd Zambri, Penolong Eksekutif Zakat

Anda berminat untuk mengadakan Kursus Kemahiran Pengurusan Masa Dan Peningkatan Produktiviti Kerja ini di tempat anda? Klik di sini  untuk mendapatkan maklumat terperinci kursus ini berserta sebutharga!

Related posts

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x