Kursus Memperkasa Kerja Berpasukan ini telah berlangsung selama sehari pada 19 November 2019 bertempat di Bilik Seminar Tingkat 5, Hospital Slim River, Perak .
Tim Perunding Imej Malaysia telah dilantik oleh Hospital Slim River untuk mengendalikan Memperkasakan Kerja Berpasukan ini kepada staff Hospital Slim River Perak. Tahniah kepada pihak penganjur atas usaha penganjuran kursus ini dan tahniah kepada semua peserta atas komitmen dan minat yang luar biasa!
Perkhidmatan yang berkualiti dan cemerlang dalam sesebuah organisasi sangat dituntut oleh pelanggan dan pihak-pihak berkepentingan (stakeholders) lebih-lebih lagi dalam era globalisasi. Untuk mencapai tahap yang diharapkan ini modal insan yang berkualiti dan produktif amat diperlukan kerana hanya modal insan seperti ini sahajalah yang berupaya menyumbang kepada perkhidmatan yang berkualiti dan mendorong kepada kecemerlangan organisasi.
Setiap ahli dalam organisasi tidak kira sama ada pengurus atau pekerja perlu membina perpaduan dan persefahaman bagi menjamin perkhidmatan dan produk yang bermutu tinggi. Bagi merealisasikan keadaan seperti ini pembinaan pasukan kerja yang mantap perlu diwujudkan dalam organisasi tersebut.
Oleh itu, Awaken Training & Consultancy Sdn bhd mengambil inisiatif ini dengan memperkenalkan kaedah Effective Learning Activities (ELAS). Kaedah ini menggunakan aktiviti-aktiviti dan ‘games’ yang dijalankan sebagai tools dalam sesi latihan. Peserta akan melalui pengalaman di dalam setiap aktiviti dan games yang dijalankan dan mendapat pembelajaran melaluinya atau lebih dikenali sebagai learning by doing atau fun learning dan lebih seronok dalam menjalani latihan.
Di penghujung Kursus Memperkasa Kerja Berpasukan ini, peserta akan dapat:
- Memahami langkah membudayakan kerja berpasukan bagi mencapai matlamat organisasi.
- Memperkasakan kemahiran kepimpinan.
- Berkomunikasi secara berkesan serta memahami pentingnya komunikasi interpersonal dalam kerja berpasukan.
- Membudayakan semangat bekerjasama dan mengatasi sikap menyalahkan antara satu sama lain dalam mencapai matlamat.
- Mengaplikasikan nilai-nilai korporat sebagai salah satu eleman dalam kerja berpasukan.
- Membina budaya kreatif dan inovatif dalam menghasilkan prestasi cemerlang.
- Memahami pentingnya menjadi SATU pasukandan mengukuhkan persefahaman serta kerjasama.
- Mendorong dan memotivasikan diri serta rakan lain untuk sentiasa bekerja dalam semangat berpasukan yang jitu dan padu
Terima kasih kepada penganjur di atas jemputan untuk kami mengendalikan Kursus Memperkasa Kerja Berpasukan ini kepada Hospital Slim River Perak. Semoga ilmu yang dikongsikan beroleh nilai yang tinggi dan bermanfaat dalam melonjakkan kerjaya dan profesion setiap peserta, dan memperolehi kejayaan yang cemerlang dalam kehidupan di dunia dan akhirat.