Kursus Motivasi : Effective Learning Activities anjuran Lembaga Hasil Dalam Negeri Pada 23 Jun 2022

Kursus Motivasi : Effective Learning Activities anjuran Lembaga Hasil Dalam Negeri Pada 23 Jun 2022 di Hotel Crystal Crown, Kuala Lumpur.

 

Terima kasih kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri Cawangan Industri Khusus, Kuala Lumpur di atas peluang  dan kepercayaan yang diberikan kepada Awaken Training & Consultancy Sdn Bhd untuk mengendalikan Kursus Motivasi : Effective Learning Activities yang telah berlangsung pada 23 Jun 2022. Kursus Motivasi ini telah berlangsung di Hotel Crystal Crown, Kuala Lumpur dan telah dihadiri oleh seramai 75 pegawai-pegawai daripada Cawangan Industri Khusus LHDN yang terdiri daripada Pengarah Bahagian, Pengarah Seksyen, Pakar Kewangan, Pakar Insurans, Pakar Petroleum, Eksekutif Hasil Kanan, Penolong Eksekutif Hasil, Pembantu Hasil Kanan dan Pembantu Hasil.

 

Perkhidmatan yang cemerlang dan berkualiti  dalam sesebuah organisasi sangat dituntut oleh pelanggan dan pihak-pihak berkepentingan (stakeholders) lebih-lebih lagi dalam era digital ini. Dalam usaha merealisasikan matlamat ini,  modal insan yang berkualiti dan produktif amat diperlukan kerana hanya modal insan seperti ini sahajalah yang berupaya menyumbang kepada perkhidmatan yang berkualiti dan mendorong kepada kecemerlangan organisasi.

 

Kursus Motivasi Effective Learning Activities anjuran Lembaga Hasil Dalam Negeri Pada 23 Jun 2022 12

 

Selain itu, setiap ahli ataupun individu dalam organisasi tidak kira sama ada pengurus atau pekerja perlu membina perpaduan dan persefahaman bagi menjamin perkhidmatan dan produk yang bermutu tinggi. Bagi merealisasikan keadaan seperti ini motivasi berpasukan dan dan pembinaan pasukan kerja  yang mantap perlu diwujudkan dalam  organisasi tersebut .

Oleh itu, Awaken Training & Consultancy Sdn bhd mengambil inisiatif ini dengan memperkenalkan kaedah Effective Learning Activities (ELAS). Kaedah ini menggunakan aktiviti-aktiviti dan ‘games’ yang dijalankan sebagai tools dalam sesi latihan. Peserta akan melalui pengalaman melakukan aktiviti dan games seterusnya mendapat pembelajaran melaluinya atau lebih dikenali sebagai learning by doing atau fun learning dan ini akan menyebabkan pengalaman yang lebih menarik dan seronok dalam kursus. 

Di akhir setiap aktiviti dan games, peserta akan mengupas atau melakukan debrief dengan mengaitkannya dengan subjek yang sedang dibincangkan. ELAS juga membantu peserta merapatkan jurang di antara sesama peserta dengan aktiviti dan games yang dijalankan mengikut kehendak, keperluan dan gaya generasi kini.

 

Kursus Motivasi

 

Objektif utama Kursus Motivasi : Effective Learning Activities adalah untuk memberikan motivasi dan semangat bekerja serta memahami langkah membudayakan kerja berpasukan bagi mencapai matlamat organisasi. Objektif Kursus Motivasi : Effective Learning Activities ini juga adalah untuk memperkasakan kemahiran kepimpinan dan berkomunikasi secara berkesan serta memahami pentingnya komunikasi interpersonal dalam kerja berpasukan. Selain itu, kursus ini diadakan untuk membudayakan semangat bekerjasama dan mengatasi sikap menyalahkan antara satu sama lain dalam mencapai matlamat organisasi dan mengaplikasikan nilai-nilai korporat sebagai salah satu eleman dalam kerja berpasukan. Selain dari itu, kursus ini menekankan bagaimana membina budaya kreatif dan inovatif dalam menghasilkan prestasi cemerlang, memahami pentingnya menjadi SATU pasukan dan mengukuhkan persefahaman serta kerjasama, mendorong dan memotivasikan diri serta rakan lain untuk sentiasa bekerja dalam semangat berpasukan yang jitu dan padu.

 

Antara perkara-perkara yang dipelajari oleh para peserta dalam Kursus Motivasi: Effective Learning Activities  ini ialah:

  • Modul 1: Breaking Your Mental Block
  • Modul 2: The Power of Change 
  • Modul 3: Action & Vision Board
  • Modul 4: Pengurusan Emosi
  • Modul 6: Stress & Conflict Management

 

Alhamdulillah kami bersyukur diatas sambutan serta maklumbalas yang amat memberangsangkan daripada para peserta terhadap konten dan penyampaian kami dalam Kursus Team Motivasi : Effective Learning Activities ini. Tahniah kepada semua peserta diatas penyertaan aktif dan komitmen yang hebat sepanjang kursus. Kami ucapkan selamat maju jaya dan kami mendoakan yang terbaik kepada semua peserta.

Kami kongsikan antara maklum balas dan pendapat daripada para peserta secara keseluruhan berkaitan Kursus Motivasi : Effective Learning Activities ini :

  1. Sangat efektif, interaktif dan menceriakan program – Mohd Razin bin Roselan,  Eksekutif Hasil
  2. Penyampaian menarik – Merwati binti Basri, Pengarah Seksyen
  3. Bersemangat dan menghiburkan – Nor Azila Abd Aziz, Pengarah Seksyen
  4. Sangat Baik dan KEEP IT UP! – Muhammad Jamil bin Laharadi@Lahuri, Eksekutif hasil kanan
  5. Cemerlang dan Berjaya menarik minat peserta – Najlaa binti saidi
  6. Terbaik dan sesuai – Mohd Isa bin Abd Rashid, Eksekuif Hasil Kanan
  7. Ceria dan menghiburkan – Mohd Shafizan bin Sapie, Eksekuif Hasil Kanan
  8. Bagus dan tidak membosankan – Koh Siew Hong, Pengarah Seksyen
  9. Very Good – Nor Asikin binti Abdul Hasib, Eksekutif Hasil Kanan
  10. Terbaik – Noor Azlina binti Mohd Arif, Eksekuitf Hasil kanan
  11. Best – Nor Aini binti Kamarudin, Eksekutif Hasil Kanan
  12. Terbaik – Mohd Najib bin Mohamad Nawi, Eksekutif hasil kanan
  13. Menarik – Yusni bin Nawi, Eksekutif Hasil Kanan
  14. Bagus – Nordiayana binti Ghazali, Eksekutif Hasil
  15. Bagus – Effaliana binti Mohd Farid, Eksekutif Hasil
  16. Terbaik – Syahada binti Adam, Eksekutif Hasil
  17. Terbaik – Nur Aisyah binti Abd Aziz, Eksekutif Hasil

 

Anda berminat untuk mengadakan Kursus Motivasi : Effective Learning Activities ini di tempat anda? Klik di sini  untuk mendapatkan maklumat terperinci kursus ini berserta sebutharga!

Related posts

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x