Kursus Pembinaan Pasukan Cemerlang
Kursus Pembinaan Pasukan Cemerlang ini telah berlangsung selama tiga hari dua malam bermula pada 17 hingga 19 April 2019. Awaken Training & Consultancy Sdn Bhd telah dijemput oleh Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Kelantan untuk mengendalikan kursus ini bertempat di EryabySuria, Cherating Pahang.
Seramai 26 orang peserta yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan Jabatan Keselamatan Kesihatan Pekerjaan Kelantan berkumpul di sini selama 3 hari ini bagi mendapatkan ilmu dan teknik terbaru dalam pembinaan pasukan cemerlang.
Perkhidmatan yang berkualiti dan cemerlang dalam sesebuah organisasi sangat dituntut oleh pelanggan dan pihak-pihak berkepentingan (stakeholders) lebih-lebih lagi dalam era globalisasi. Untuk mencapai tahap yang diharapkan ini modal insan yang berkualiti dan produktif amat diperlukan kerana hanya modal insan seperti ini sahajalah yang berupaya menyumbang kepada perkhidmatan yang berkualiti dan mendorong kepada kecemerlangan organisasi.
Setiap ahli dalam organisasi tidak kira sama ada pengurus atau pekerja perlu membina perpaduan dan persefahaman bagi menjamin perkhidmatan dan produk yang bermutu tinggi. Bagi merealisasikan keadaan seperti ini pembinaan pasukan kerja yang mantap perlu diwujudkan dalam organisasi tersebut.
Awaken Training & Consultancy Sdn bhd mengambil inisiatif ini dengan memperkenalkan kaedah Effective Learning Activities (ELAS). Kaedah ini menggunakan aktiviti-aktiviti dan ‘games’ yang dijalankan sebagai tools dalam sesi latihan. Peserta akan melalui pengalaman di dalam setiap aktiviti dan games yang dijalankan dan mendapat pembelajaran melaluinya atau lebih dikenali sebagai learning by doing atau fun learning dan lebih seronok dalam menjalani latihan.
Di akhir setiap aktiviti dan games, peserta akan mengupas atau melakukan debrief dengan mengaitkannya dengan subjek yang sedang dibincangkan bagi memastikan para peserta dapat memahami mesej yang ingin disampaikan. Kaedah Effective Learning Activities (ELAS) ini juga membantu peserta merapatkan jurang antara peserta dengan aktiviti dan games yang dijalankan mengikut kehendak, keperluan dan gaya generasi kini.
Kami kongsikan antara maklum balas dan pendapat daripada para peserta secara keseluruhan berkaitan Kursus Pembinaan Pasukan Cemerlang ini :
- Wow wow wow wow wow ! Good job – Irwan Sumardi Bin Ismail – PPKJ
- Penceramah yang berjaya membuka minda dan hati – Noorulaini Aziela Mohamad – Pembantu Tadbir Kewangan
- Sangat berkredibiliti dan berpengalaman (semua) – Maelen Bin Mansor – PKJ
- Penyampaian yang baik dan berkesan. Gabungan perceramah muda dan berpengalaman – Haizul Afta B. Masri – PKJ
- Cemerlang – Aswan Bin Ab Ghani – PPKJ
- Jelas. Jitu – Abdul Rahman Ibrahim – PPKJ
- Terbaik – Mohamad Firdaus – PKJJ
- Cikgu terbaik. Farid bagus walaupun nampak muda. Bob terbaik – Mohd Marzuki – PPKJ
- Terbaik – Abdul Aziz – Pengarah
- Baik – Mohd Zamri Bin Mohd Yusuff – PKJ
- Good – Ishak Ibrahim – Penolong Penyelia
- Memuaskan dan sentiasa ceria – Hisyam Irwan – PKJ
- Penceramah yang tidak membosankan. Program yang menyeronokkan – Roslaily Idayu Bt Ramli – PPKJ
- Sangat Baik – Nor Mariana Binti Muhamad Adnan – Pembantu Tadbir
- Terbaik – Ummu Asma’ Bt Mohd Ghazali – Penolong Akauntan
- Terbaik wow – Azlina Bt Ismail – PT
- Very very good – Siti Hanina Mar Jusoh – PA
- Memuaskan – Syed Mohd Puan – PPKJ
- Sungguh ceria – Adura Muhammad – CC
- Semua bagus – Idarahar – PKP
- Terbaik – Nurul Zaitulakmal Zainudin – Jururawat
- Baik dan menarik dan ceria – Ariman Haiyady Aufa – PPKJ
- Bagus – Asnida Ismail – Pembantu Tadbir
Anda berminat untuk mengadakan Kursus Pembinaan Pasukan Cemerlang ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci bengkel ini beserta sebutharga!