Kursus Pembudayaan Inovasi Pemikiran Kreatif Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan Pada 6–7 Disember 2021
Terima kasih kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan di atas peluang dan kepercayaan kepada Awaken Training & Consultancy Sdn Bhd untuk mengendalikan Kursus Pembudayaan Inovasi Pemikiran Kreatif selama dua hari bertempat di Hotel Thistle, Port Dickson pada 6–7 Disember 2021. Kursus ini disertai oleh eramai 27 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan.
Masalah adalah sebahagian daripada realiti hidup. Kakitangan bukan sahaja dibayar gaji untuk menjalankan kerja yang diamanahkan, tetapi menggunakan kecerdasan akal (IQ) untuk melahirkan idea-idea baru dan menangani masalah organisasi serta mencegahnya berlaku agar perkembangunan organisasi tidak akan terhalang. Pekerja yang mempunyai pemikiran analitikal, kreatif dan inovatif selalunya bekerja dengan penuh semangat dan kurang mengalami tekanan jika masalah datang melanda. Justeru itu pekerja wajar didedahkan ilmu, kemahiran dan sikap yang betul dalam menilai kemahiran berfikir agar dapat meletakkkan mereka sebaris dengan mereka yang bekerja dengan kreatif dan inovatif bagi meningkatkan produktviti organisasi. Pemikiran kreatif ini banyak digunakan untuk mencipta hasil-hasil yang baru untuk tujuan meningkatkan produktiviti serta juga sebagai alat untuk membuat keputusan dan menyesaikan masalah.
Objektif utama kursus pembudayaan inovasi dan pemikiran kreatif adalah agar peserta mampu untuk menyelidik secara mendalam sebelum membuat sebarang cadangan dan idea penyelesaian serta tindakan, mempunyai kemahiran mengkaji kekuatan dan kelemahan sebarang idea dan membuat pilihan yang terbaik, serta mempunyai kemahiran membuat keputusan yang tepat berdasarkan kekangan dan halangan yang dihadapi sehingga menghasilkan impak yang sangat positif. Ia juga untuk menghasilkan idea-idea untuk tujuan produktiviti kerja serta menyelesaikan masalah dan berupaya menggunakan kemahiran berfikir bagi memenuhi sasaran organisasi dan keperluan pelanggan, serta mengesan punca masalah serta melaksanakan langkah-langkah pencegahan dan menyelesaikan masalah dengan cara yang terbaik.
Antara perkara-perkara yang dipelajari oleh para peserta dalam Kursus Pembudayaan Inovasi Pemikiran Kreatif selama dua hari ini ialah:
- Modul 1: Pengebalan Pemikiran Kreatif
- Modul 2: Pengenalan Kreativiti, Inovasi & Produktiviti (KIP)
- Modul 3: Sumber-Sumber Kip & Teknik Kreativiti
- Modul 4: Teknik Kreativiti Il
- Modul 5: Pengenalan Menyelesaikan Masalah
- Modul 6: Teknik Penyelesaian Masalah
Penghargaan kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan di atas lantikan dan kepercayaan untuk kami mengendalikan kursus ini. Alhmdulillah kami bersyukur di atas peluang ini dan sambutan serta maklum balas yang amat memberangsangkan daripada para peserta terhadap konten dan penyampaian kami selama dua hari ini. Kami mengucapkan selamat maju jaya dan mendoakan yang terbaik untuk semua peserta.
Kami kongsikan antara maklum balas dan pendapat daripada para peserta secara keseluruhan berkaitan Kursus Pembudayaan Inovasi Pemikiran Kreatif ini:
- Keseluruhannya program ini banyak memberi idea dan membantu – Kasmani Binti Ismail – Penolong Pengarah, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan
- Penceramah sangat energetik dan sangat membantu – Khairunnisa Binti Zainal – Pegawai Pembangunan Masyarakat
- Penceramah sangat menarik dan banyak memberi input – Nur Fatin Mawaddah Binti Abdul Ghani – Penolong Pemelihara Hutan
- Penceramah sangat membantu dalam memberi input dan penerangan yang jelas – Shah Fazlina Bte Mohd Sah – Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
- Terbaik – Norazlin Binti Mohammad – Penolong Jurutera
- Penceramah yang bagus – Nabilah Binti Abu Talib – Pegawai Tadbir, Majlis Bandaraya Siban
- Penceramah berjaya menyampaikan ceramah dengan baik – Arfizan Bin Ramly – KetuaPenolong Pengarah, Pejabat Tanah dan Galian
- Penceramah bersemangat dan mudah berinteraksi dengan peserta – Ahmad Fuad Bin Murat – Penolong Setiausaha Kerajaan
- Sangat interaktif dan mudah difahami – Siti Zaharah Mohamed Ismail – KPT, MDILP
- Baik dan bagus hati – Asnizan Binti Muksin – PPKU
- Penyampaian yang jelas & difahami – Nurhaziyah Binti Ibrahim – Penolong PegawaiDaerah
- Baik – Intan Sharaini Binti Mohammadi – Penolong Pentadbiran Tanah
- Baik – Abdul Halim Bin Abdullah – Penolong Pegawai Tadbir
- Mesra dan peramah – Safarul Izwan Bin Misnon – Penolong Pegawai Syariah
- Sangat baik cuma masa singkat – Mohd Nazimsham Bin Mohd Najib – PerancangBandar
- Baik – Muhd Taufik Bin Ismail – P. Jutera
- Amat baik – Jairil Bin Nor Azman – Pegawai Tadbir
- Amat baik – Muhammad Nasrullah bin Mohd Safawi – Penolong Pegawai Tadbir
- Terbaik! – Mahazan Bin Mansor – Penolong Pegawai VET
- Keseluruhan memuaskan – Mohd Nor Azdwan Bin Zainal – Pen Jurutera
- Amat Baik – Mohd Firdaus Bin Haron – PPTM, Majlis Daerah Tampin
- Baik – Muhammad Dzakiyy Bin Yahya – Penolong Pegawai Belia & Sukan
- Secara keseluruhan terbaik – Muhammad Zaki Bin Razani – Penolong Kerator
Anda berminat untuk mengadakan Kursus Pembudayaan Inovasi Pemikiran Kreatif ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci kursus ini berserta sebutharga!