Kursus Pemikiran Strategik, Inovatif Dan Kreatif Suruhanjaya Syarikat Malaysia pada 13-14 Mei 2019
Awaken Training & Consultancy Sdn Bhd telah dilantik oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia untuk mengendalikan Kursus Pemikiran Strategik, Inovatif Dan Kreatif pada 13-14 Mei 2019 yang lalu bertempat di Bilik Latihan Korporat Tingkat 13, Suruhanjaya Syarikat Malaysia, KL Sentral. Kursus ini dihadiri oleh 28 orang peserta yang terdiri daripada Ketua-ketua Unit dan Eksekutif daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia yang datang dari seluruh Malaysia.
Cabaran dan masalah yang wujud dalam organisasi adalah sebahagian daripada realiti kerja. Kakitangan bukan sahaja dibayar gaji untuk menjalankan kerja yang diamanahkan, tetapi menggunakan kecerdasan akal (IQ) untuk melahirkan idea-idea baru dan menangani masalah organisasi serta mencegah masalah daripada berlaku agar perkembangunan organisasi tidak akan terhalang.
Pekerja yang mempunyai pemikiran analatikal, kreatif dan inovatif selalunya bekerja dengan penuh semangat dan kurang mengelami tekanan jika masalah datang melanda. Justeru itu setiap pekerja wajar didedahkan dengan ilmu, kemahiran dan sikap yang betul dalam menilai kemahiran berfikir agar dapat meletakkkan mereka sebaris dengan mereka yang bekerja dengan kreatif dan inovatif bagi meningkatkan produktviti organisasi.
Pemikiran kreatif ini banyak digunakan untuk mencipta idea-idea dan hasil-hasil yang baru untuk tujuan meningkatkan produktiviti kerja. Pemikiran kreatif dan inovatif juga adalah alat untuk membuat keputusan dan menyesaikan masalah.
Selain daripada itu, objektif Kursus Pemikiran Strategik, Inovatif Dan Kreatif yang diadakan bersama para pegawai kanan Suruhanjaya Syarikat Malaysia ini adalah seperti berikut :
- Menyedari dan menyakini keupayaan yang mereka miliki dari segi keupayaan minda, emosi untuk di manfaatkan dengan sepenuhnya.
- Menghasilkan idea-idea untuk tujuan produktiviti kerja serta menyelesaikan masalah.
- Berupaya menggunakan kemahiran berfikir bagi memenuhi sasaran organisasi dan keperluan pelanggan.
- Mengesan punca masalah serta melaksanakan langkah-langkah pencegahan dan menyelesaikan masalah dengan cara yang terbaik.
- Mempraktikkan 27 kaedah kreativiti dan inovasi.
Terima kasih kepada penganjur di atas jemputan dan kepercayaan untuk kami mengendalikan Kursus Pemikiran Strategik, Inovatif Dan Kreatif Suruhanjaya Syarikat Malaysia ini. Semoga ilmu yang dikongsikan dalam kursus ini beroleh nilai yang tinggi dan bermanfaat dalam melonjakkan kerjaya dan profesion setiap peserta, dan memperolehi kejayaan yang cemerlang dalam kehidupan di dunia dan akhirat.
Kami kongsikan antara maklum balas dan pendapat daripada para peserta secara keseluruhan berkaitan Kursus Pemikiran Strategik, Inovatif & Kreatif Suruhanjaya Syarikat Malaysia ini :
-
- Penceramah: Vibrant, knowledgeable & humorous. Ceramah/Program: Bermanfaat dan padat. – Mohd Zulkhairi Bin Kamaruzaman – Ketua Seksyen Litigasi
- Sangat energetic dan menarik – Mohd Zamri Hassan – Eksekutif
- Kursus ini sangat menarik dan membantu dalam menyegarkan minda – Sukarno Mat Husain – Eksekutif
- Penceramah seorang yang berpengalaman luas, mudah didekati – Mohd Zainuddin Salleh – Eksekutif
- Terbaik – Fahmi Affendy – HOU
- Penceramah sangat baik dan berpengalaman – Rashdan Rashidi – KSP Pulau Pinang
- Kursus ini mencapai objektif dan pengisian sesuai dengan tajuk kursus – Ruslan Bin Daud – Eksekutif
- Terbaik – Zulkapli Salim – Eksekutif
- Menarik & mempunyai pengetahuan / pengalaman bagi topik yang disampaikan – Muhammad Faiz Tumiran – Pegawai Penyiasat
- Berpengalaman, mesra peserta, kreatif, memahami peserta, bertenaga – Ashraf Zuwairi – Ketua Unit
- Kursus ini amat baik – Ahmad Nizam Samsoo – Pengurus cawangan
- Amat baik – Siti Fatimah Mahamud – Gred 53
- Amat baik – Mohd Yazid Muhammad – Eksekutif
- Sangat baik – Mohd Hamdan Mohd Jeffri – KSP
Anda berminat untuk mengadakan Kursus Pemikiran Strategik, Inovatif & Kreatif ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci kursus ini beserta sebutharga.