Kursus Pengurusan Krisis.
Awaken Training & Consultancy Sdn Bhd telah dilantik sebagai penyedia khidmat latihan oleh Institut Latihan Sektor Awam Negeri (INSAN) untuk mengendalikan Kursus Pengurusan Krisis pada 12 hingga 13 Februari 2020, bertempat di Bilik VIP, Kompleks Sukan Sipitang, Sabah.
Kursus kepimpinan dan menangani krisis ini akan melengkapkan kakitangan dengan teknik menangani krisis yang banyak timbul di dalam organisasi terutama ketika zaman mencabar ini. Tekanan dan bebanan kerja juga menyebabkan fakor yang mendorong krisis berlaku ditepat kerja dan menjejaskan produktiviti organisasi. Kursus ini secara amnya ialah untuk membantu peserta memahami dan meningkatkan kemampuan dari segi kepimpinan dan kaedah penyelesaian masalah, konflik dan krisis. Kedua-dua aspek ini digabungkan sejajar dengan keperluan kepimpinan untuk membimbing pasukannnya dan mampu menangani permasalahan dan krisis yang berlaku dalam pasukan yang dipimpin.
Objektif kursus ini adalah peserta berupaya
- Menggunakan teknik yang efektif untuk menangani krisis yang timbul di dalam organisasi
- Meningkatkan kemahiran komunikasi yang mampu menghalang krisis yang tidak sepatutnya timbul.,
- Menyelesaikan krisis dengan cara yang mudah, ringkas dan pantas tanpa menjejaskan kerja berpasukan.,
- Memahami ciri-ciri pemimpin, fungsi-fungsi serta unsur-unsur kepimpinan serta kepengikutan yang cemerlang.,
- Memahami punca-punca krisis dalam organisasi dan menyelesaikannya.
Antara modul-modul yang dalam Kursus Pengurusan Krisis ini yang dikongsikan kepada para peserta sepanjang 2 hari ini adalah Komitmen & Tanggungjawab Pemimpin, Komunikasi Efektif Pemimpin, Pengenalan Pengurusan Krisis, Melatih Pengurus Menangani Krisis, Pelan Pengurusan Krisis dan Latihan Menggunakan Teknik SWOT dan SOIF Dalam Menangani Krisis Pengurusan Media & Internet.
Kami mengucapkan selamat maju jaya dan mendoakan yang terbaik untuk semua peserta.
Kami kongsikan antara maklum balas dan pendapat daripada para peserta secara keseluruhan berkaitan Kursus Pengurusan Krisis ini :
- Mantap 5 Haah – Rhymie Abd Rahman – Pen. Pegawai Tadbir
- Sangat Memuaskan – Suziana Piturus – H11
- Informasi yang cukup padat – Mohd Nur Ariff Bin Mohd Arshad – N19
- Bijak, Berkebolehan – Mohammad Nazri Bin Jamiri – N19
- Seorang yang sporting, lucu dan program ini keseluruhannya mudah saya fahami dan dapat diterapkan dalam pekerjaaan – Yatimi Muyassarah Binti Asli – N19
- Cool, sporting mesra serta ada ayat-ayat manis – Ahmad Safridin – KP11
- Bersahaja dan mempunyai komunikasi yang baik – Siti Rupiah Binti Yusof – Pembantu Perpustakaan
- Amat baik – Ali Bin Hj Mursalin – Pembantu Tadbir N22
- Baik – Budiman Amat – N19
- Happy dan senang – Zoolihsan Bin Omar – H11
- Terbaik, Cemerlang dan gemilang – AB. Kadir B. Menado – A19
- Seorang Penceramah yg berilmu – Stephan Kinsai – PPD
- Sangat baik – Nurafidah Sahat – Pes. Khidmat Pelanggan
- Sangat berpengetahuan – Mazita Maidin – N22
- Memuaskan – Jamain Kasim – Penolong Pegawai Tadbir
- Fasilitator secara keseluruhan adalah baik – Jesmin Toluh – G22
- Alhamdulillah – Mohd Amsyari Emran – N19
- Memuaskan – Zainal Romio – Pen. Pegawai Tadbir
- Sangat Baik – Ahmad B. Kassim – Pemaju Mukim
- Penceramah adalah seorang yang tidak membosankan dalam penyampaian ceramah – Henry E Sham
- Sangat memberi impak yang baik dan membuka minda kepada peserta – Rukinah Hj. Basrin – Pembantu Awam
- Dapat memberi ilmu cara menyelesaikan krisis dalam organisasi dan krisis dalam diri sendiri – Noridah Aripin – Pembantu Tadbir
Anda berminat untuk mengadakan Kursus Pengurusan Krisis ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci bengkel ini beserta sebutharga!