Kursus Pengurusan Masa Lembaga Kemajuan Bintulu Pada 19-20 Januari 2022.
Terima kasih kepada Lembaga Kemajuan Bintulu kerana di atas peluang dan kepercayaan kepada Awaken Training & Consultancy Sdn Bhd untuk mengendalikan Kursus Pengurusan Masa Lembaga Kemajuan Bintulu Pada 19-20 Januari 2022.
Kursus Pengurusan Masa ini dilaksanakan dengan menggunakan platform online conferencing iaitu aplikasi Zoom dan Xsplit Broadcaster. Kursus yang berlangsung selama dua hari ini telah disertai oleh 30 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan Lembaga Kemajuan Bintulu yang dibawah kategori A, Kategori B dan Kategori C.
Masa adalah sesuatu yang terhad. Ianya hendaklah digunakan secara yang bijaksana untuk meningkatkan produktiviti diri dan kerja. Cabaran pengurusan masa kini kerap memerlukan pengurus “menghasilkan lebih dengan sumber yang semakin mengurang”. Semua orang mempunyai sama banyak masa, akan tetapi orang yang berkesan dapat mengamalkan gaya hidup yang lebih berproduktif. Mereka dapat menghasilkan lebih (dan mendapat keputusan yang lebih baik) dengan menggunakan masa yang sama.
Kunci utama kepada peningkatan produktiviti peribadi dan keberkesanan kendiri orang yang amat berkesan terletak dalam cara mereka menguruskan masa dan “mengutamakan yang utama.” Kemahiran pengurusan masa yang berkesan merupakan satu kemahiran yang paling penting untuk berjaya dalam hidup ini. Ia menentukan keseimbangan-hidup dan gaya hidup yang lebih berproduktif. Kemahiran ini boleh dipelajari oleh sesiapa pun dan kursus ini akan menunjukkan kaedah-kaedah pengurusan masa yang berkesan.
Objektif utama kursus pengurusan masa adalah untuk memahami kepentingan pengurusan masa efektif untuk gaya hidup yang berproduktif, juga memahami dan mengamalkan prinsip-prinsip pengurusan masa yang efektif. Melakukan tugas ikut tugas ikut keutamaan. Pentingnya pengurusan masa yang teratur, keperluan priority matrix, mengatasi dateline, belajar teknik penjadualan yang berkesan, mengaplikasi teknik delegasi yang betul, mempraktikkan tip-tip untuk menjimat masa dan melakukan kerja secara sistematik.
Antara perkara-perkara yang dipelajari oleh para peserta dalam kursus selama satu hari ini ialah:
- Modul 1: Pengenalan
- Modul 2: Tabiat Pengurusan Masa Yang Berkesan
- Modul 3: Matrik Pengurusan Masa
- Modul 4: Kemahiran Pengurusan Masa
- Modul 5: Teknik Delegasi & Sistem Yang Betul
- Modul 6: Tip-Tip Untuk Menjimatkan Masa
Alhamdulillah kami bersyukur di atas peluang ini dan sambutan serta maklum balas yang amat memberangsangkan daripada para peserta terhadap konten dan penyampaian kami dalam Kursus Pengurusan Masa ini.
Tahniah kepada semua peserta diatas penyertaan aktif dan komitmen yang hebat sepanjang kursus. Kami ucapkan selamat maju jaya dan kami mendoakan yang terbaik kepada semua peserta
Kami kongsikan antara maklum balas dan pendapat daripada para peserta secara keseluruhan berkaitan Kursus Pengurusan Masa ini:
- Penceramah yang sangat peramah dan profesional dan program ini sangat membina minda dan diri – Raymond Ak Ngabong – Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran /Jabatan Environmental Services/ Bahagian Environmental & Enforcement Department / Seksyen Kesihatan & Sanitasi/Unit Pengurusan Pasar & Penjaja
- Penceramah yang peramah dan senang untuk bertanya soalan – Ritchie Mensing Anak Grasing – Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran/Seksyen Environmen dan Sanitasi (ESS)/SWM
- Good and kalau dapat face to face maybe lebih seronok lagi – Sharandy Bin Majir – Pembantu Tadbir (P/O) Sukan, Rekreasi dan Parkir
- Bermanfaat dan banyak ilmu diperolehi – Zulqarnain Bin Zaidin – Pembantu Keselamatan, SSS
- Baik dan memberi motivasi yang tinggi – Sadan Anak Nira – Pembantu Penguat Kuasa/Enforcement and Public Health Department
- Mudah faham – Malvin Majang Anak Edward Seliman – Kesihatan Awam
- Memuaskan – Cyinthia Lenyai Anak Perry – Penolong Pegawai Pertanian/Lembaga Kemajuan Bintulu, Bahagian Landskap dan Kemudahan Awam, Seksyen Taman Tumbina Bintulu
- Peramah – Mohd Isha’ak Bin Ismail – ESS/SWM
- Terbaik ?? – Lovina Anak Nyulong – Pembantu Tadbir P/O, Seksyen Pentadbiran Pejabat
- Terbaik – Phisnaadika Bin Philip – Pembantu Kesihatan Awam, EPH
- Mesra – Nur Baidzura Basir – Penolong Pegawai Undang-Undang, Undang-Undang
- Baik – Kong Yien Lin – Penolong Juruaudit/Seksyen Audit Dalaman
Anda berminat untuk mengadakan Kursus Pengurusan Masa ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci kursus ini berserta sebutharga.